21 - CURIOUS

10.7K 736 0
                                    


~ • 🤍 • ~


"AMBIL  lagi, awak. Atas tu banyak yang dah masak."

Zahrah mengarahkan Zafran sambil kepalanya mendongak ke atas. Sebelum balik nanti, Zahrah fikir dia mahu bawa sekali buah rambutan banyak-banyak. Favourite betul!

Kena pula tengah musim buah sekarang ini.

Semua ahli keluarganya berkumpul bersama-sama di atas pangkin panjang. Mahu meluangkan masa bersama.

Bila lagi nak macam ini kan.

Zahrah sudah berkahwin, mestilah dia perlu ikut suaminya. Farah pula sudah bekerja. Menjadi seorang  guru ganti buat sementara waktu di sekolah rendah agama berdekatan tempat tinggal mereka.

Tinggallah umi dan abah berdua.

Bunyi motor memanggil mereka semua untuk menoleh.

"Assalamualaikum pakcik, makcik."

"Waalaikumussalam. Eh Hakim, kenapa kamu datang ke sini?" Soal abah.

Hakim ini anak sulung kepada Makcik Hajah dan Pakcik Harun. Kawan abah dan umi. Hakim ini juga senior Zahrah dan Farah sewaktu sekolah rendah dahulu.

Memang rapat lah mereka bertiga sebab dari kecil lagi dah macam belangkas.

"Mak suruh bagi ini, pakcik. Nak minta tolong jahitkan baju, nak pakai pergi kenduri  nanti."

"Oh jahit baju. Bagilah pada Farah."

Beg berisi kain dihulurkan kepada Farah. Hakim menghadiahkan senyuman manis kepada gadis itu. Malu-malu Farah dibuatnya.

"Amboi abang. Malu Farah tu abang dok tersenyum-senyum dekat dia."

Pandangan Hakim teralih kepada Zahrah. Riak muka itu bertukar teruja.

"Eh, Zahrah pun ada? Sejak bila Zahrah balik sini? Abang tak tahu pun." Ceria Hakim melihat Zahrah.

Sewaktu majlis pernikahan gadis itu, Hakim tidak dapat menghadirkan diri disebabkan oleh tugasnya di bandar. Dia pun tidak sempat lagi melihat wajah lelaki yang menjadi suami Zahrah.

"Macam mana abang nak tahu,kalau asyik teringatkan Farah je." Sengaja Zahrah mengusik Hakim dan adiknya. Macam lah dia tak tahu yang Hakim dah lama simpan perasaan kat Farah.

Muka Farah dan Hakim terus berubah warna. Masing-masing berasa malu. Seorang tunduk  memandang tanah, seorang lagi memandang jalan di hadapan. Hakim menggosok belakang lehernya. Nasib baik lah orang tua kedua-dua gadis itu berada jauh daripada mereka.

Kalaulah pakcik dan makcik dengar, naya hidup Hakim.

Zahrah ini memang lagi dulu kaki mengusik!

"Haa abang Hakim. Ni suami Zahrah. Zafran Aqeel namanya." Zahrah menunjukkan suaminya kepada Hakim. Dia tahu yang Hakim belum pernah lagi melihat wajah suaminya.

Berubah terus muka ceria Hakim. Wajahnya bertukar kelat. Dia terkejut. Tetapi hanya untuk seketika. Hakim juga mengawal ekspresi mukanya.

Hakim terus menghulurkan tangan kepada Zafran. Itupun nampak macam kekok sangat orang tengok.

Zafran menyambut huluran tangan Hakim. Mukanya hanya selamba. Dia memandang Hakim lama.

Sampaikan tidak tenang Hakim dibuatnya.

"Err Farah... Err Zaf.. Zafran, Zahrah. Abang balik dulu ye. Assalamualaikum."

Zahrah memandang pelik  Hakim yang sudah berlalu pergi. Salam hanya dijawab di dalam hati. Kemudian, perhatiannya berpindah kepada manusia yang tegak berdiri di sebelah.

"Awak kenal dengan Abang Hakim ke?"

Zahrah memandang Zafran.

Diam.

Satu saat.

Dua saat.

Tiga sa...

Lelaki itu hanya mengangkat bahu. Mulut terkunci rapat. Zafran terus berlalu ingin sambung kerjanya mengutip buah rambutan yang jatuh ke tanah.

Pelik.

Tak pernah-pernah pula Abang Hakim jadi macam itu sekali.

BUNYI deringan telefon mengganggu lenanya. Zahrah menutup telinga dengan sebuah bantal. Dahinya berkerut.

Kacau betul lah orang nak tidur.

Zahrah mencapai telefon bimbitnya di meja kecil sebelah katil. Lalu skrin telefon itu dilihat.

Bukan bunyi telefon dia.

Kemudian, tangan meraba-raba kawasan di sebelahnya. Kosong.

Eh, mana suami dia pergi? Mata di celikkan dan Zahrah terus memandang sekeliling biliknya.

Dapat dia lihat susuk tubuh Zafran di luar balkoni sedang bercakap dengan seseorang melalui telefon. Tegang sahaja muka itu. Sangat serius.

Gaya macam tengah marah pun ada.

Perlahan-lahan Zahrah bangun daripada katil dan mendekati Zafran. Zahrah berselindung di balik langsir sebab dia malas nak capai tudung.

"Awak."

Zafran sedikit tersentak dan segera berpaling ke belakang. Kelihatan kepala isterinya disebalik langsir. Dia memandang Zahrah tajam.

Mamai lagi ke budak ni.

"Kenapa awak duduk kat luar, tak sejuk ke?"

Sudahlah duduk luar malam-malam. Tak berbaju pula tu, hanya bahunya dibalut dengan tuala sahaja.

Itupun macam tutup tak tutup. Nasib baik dah malam.

"Ada orang call tadi. Dah jom sambung tidur."

Zafran segera menutup pintu kaca itu dan menarik tangan isterinya menuju ke katil.

Tangannya mengusap perlahan rambut Zahrah. Manakala Zahrah pula memeluk pinggang suaminya.

Zahrah mendongak melihat Zafran. Lelaki itu seperti sedang termenung.

"Awak..."

Tersentak Zafran lalu dia menoleh ke kiri. Ingatkan dah tidur isteri dia ni.

"Hmm.."

"Awak ada masalah ke?" Soal Zahrah.

Namun Zafran cuma diam. Tidak tahu bagaimana mahu menjelaskan kepada Zahrah.

"Emm.. Zahrah."

"Ye, awak."

"Kalau kita balik esok boleh?" Lambat-lambat dia berkata. Matanya membalas pandangan Zahrah.

Zahrah berfikir sejenak. Sepatutnya dua hari lagi baru mereka bercadang nak balik. Tapi kalau Zafran ada urusan, tak apalah.

Zahrah tersenyum manis.

"Boleh, awak. Saya faham mesti awak ada urusan. Jadi esok pagi kita gerak ya?"

"Thanks. Esok lepas breakfast  kita gerak."

Zafran menutup lampu katil dan dia terus berbaring memeluk Zahrah. Dia sangat bersyukur memiliki isteri yang sangat memahaminya. Zafran juga rasa bersalah kerana dia selalu membiarkan Zahrah dalam keadaan tertanya-tanya.

Hatinya belum bersedia untuk berkongsi segalanya.

Segala rasa.

Dan segala masalah.

Tetapi, satu hari nanti pasti semuanya akan terbongkar. Dan waktu itu, Zafran cuma berharap bahawa Zahrah akan sentiasa ada dengannya.

Kuat.

Dan menyokongnya.

~ • 🤍 • ~

Edited Version.

DIA, LELAKI MISTERI✓Where stories live. Discover now