6 - NEW LEADER

12.6K 767 26
                                    

~ • 🤍 • ~

TAPI?

"Kau kena beritahu anak kau secepat mungkin. Pastikan dia sudah kuat dari segi mental dan fizikal. Aku tahu anak kau itu hebat. Tapi dia perlukan lebih lagi untuk mengetuai sayap kanan Louis. Sebab kita masih tidak tahu siapa musuh kita dan bila kita akan diserang. Kembali." Keras sahaja suaranya. Geram.

Geram kerana sehingga sekarang musuh mereka tidak dapat dikesan. Musuhnya itu seperti halimunan! Tak dapat dijejak!

Cuma apa yang mereka tahu, musuhnya itu berasal daripada kumpulan RonDragon.

"Terima kasih ayahnda kerana memahami saya. Saya pasti akan memberitahu anak saya secepat mungkin."

Bond bersyukur kerana ayahndanya memahami diri dia dan agamanya.

Keluarga Louis bukan beragama Islam. Cuma dia, anaknya dan beberapa anak buah mereka.

Dia mengenali Islam sewaktu ditakdirkan bertemu dengan seorang perempuan cantik di Venice, Italy. Dan perempuan itulah yang membuatkannya tertarik dengan islam.

Syukur, kini perempuan itu sudah menjadi isterinya dan melahirkan 4 orang anak yang cantik dan kacak, juga berani.

Menjadi keluarga Bond Louis mestilah kena berani, sentiasa berhati-hati dan kuat.

Haruslah, kerana Louis kan keluarga mafia. Musuh mereka ada dimana-mana. Lagipula dia mempunyai syarikat sendiri di Malaysia. BSa Empire. Yang sedang diketuai oleh anak lelakinya.

Bond ingin mencuci tangan daripada dunia kegelapan ini kerana dia ingin mendekatkan diri dengan Allah.

3 bulan lepas, dia telah berjumpa dengan seorang lelaki secara tidak sengaja. Waktu itu dia betul-betul dalam keadaan serabut dan seperti hilang arah.

Dia pergi ke sebuah surau kecil. Lawak kan? Selama dia menjadi mualaf, tak pernah sekali pun kaki ini menjejakkan kaki ke surau atau masjid. Dia takut identitinya terbongkar. Dia tidak mahu orang lain mengenali siapa dirinya yang sebenar.

Cukuplah jiran-jiran perumahan cuma mengenali dia dengan nama Datuk Borhan. Bukan Bond Louis.

Tetapi ketika itu, dia bukan berada di villa miliknya. Dia berada di Johor atas tugas syarikatnya. Dan disitulah Bond mengenali seorang lelaki berkopiah di surau kecil itu.

Lelaki itu banyak membantunya dan mengajarkannya tentang agama Islam.

Kehadiran lelaki berkopiah putih itu bagaikan sinaran baharu untuknya berubah kepada yang lebih baik.

"AYAH nak saya jadi ketua?"

"Ya, ayah yakin kamu boleh."

Kepala diangguk sekali. Dia tahu dia tetap akan menggantikan ayahnya di sayap kanan Louis, tetapi tidak disangka pula secepat ini waktunya tiba.

Kemudian, dia memandang ke arah ayahnya, Bond Louis , pakciknya, Brian Louis dan datuknya, Alvin Louis a.k.a The King Louis.

Akhir sekali, dia memandang pula ke arah Jonathan yang duduk di kerusi sebelah.

"Okey, i accept it."

Habis sahaja berkata begitu, dia terus berdiri tegak dan menunduk sedikit kepada tiga manusia berpengaruh di hadapannya. Tanda hormat.

Kaki melangkah keluar daripada bilik kebal diikuti dengan Jonathan dan beberapa pengawal peribadinya iaitu anak buah mereka.

Wajah kekal tanpa senyuman. Dingin sahaja pandangannya. Tajam sehingga mampu menakutkan semua orang yang memandangnya lebih-lebih lagi musuh mereka.

TUTTTT....TUTT...

Agak lama juga nak tunggu panggilan itu diangkat. Syahirah ni dah tidur ke? Lama betul nak angkat panggilan telefon daripada Zahrah.

"Hello." Suara serak Syahirah menjawab. Baru bangun tidur mungkin. Eh, ke dia tengah tidur sebenarnya tadi?

Al-maklumlah, waktu sekarang sudah memasuki 9 malam.

Agak lama dua sahabat itu berbual, akhirnya Zahrah memutuskan panggilan.

Zahrah mengeluh perlahan. Hari ini terlampau banyak dia mengeluh. Bukan apa, terlalu banyak perkara yang perlu diuruskan.

Tambahan lagi, Syahirah terpaksa mengambil cuti dan pulang ke kampung.

Ibu kepada sahabatnya itu sedang sakit.

Jadi, Syahirah dan kakaknya mengambil keputusan untuk pulang menjaga ibunya, Mak Cik Suria.

Zahrah tak menang tangan. Badan pula terlampau penat. Sekarang ini pun dia masih belum pulang ke rumah lagi.

Jam sudah menunjukkan angka 9.30 malam. Zahrah segera mengemas meja kerjanya dan ingin pulang.

Kaki dihayunkan menuju ke tempat parking kereta. Sudahlah tempatnya jauh dengan kawasan gelap lagi. Zahrah ingin cepat sampai, jadi dia mengambil keputusan untuk melalui lorong kecil di celahan bangunan kedai itu.

Tiba-tiba bulu romanya berdiri tegak. Apatah lagi apabila dia teringat akan berita tentang kes ragut yang pernah berlaku disini dua minggu lepas.

Alamak! Nak patah balik ke tak? Tapi kalau nak patah balik pun dah jauh ni.

Dalam sibuk dia berfikir. Zahrah terkejut mendengar bunyi tembakan di hadapannya. Dia melihat sekujur tubuh terkulai layu di atas tanah. Dan beberapa orang lelaki bersut hitam sedang membelasah mereka.

 Dan beberapa orang lelaki bersut hitam sedang membelasah mereka

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Zahrah segera menekup mulutnya menghalang daripada menjerit.

Apa yang aku tengah tengok ni!

Perlahan-lahan kaki diundurkan untuk berpatah balik. Dia tidak mahu lelaki-lelaki bersut hitam itu menyedari kehadirannya.

Malang tidak berbau, nasib tidak baik. Kaki Zahrah tersepak satu tin kosong tanpa disedari olehnya.

Dan kejadian itu menyebabkan semua manusia tadi berpaling ke arah Zahrah.

"Woii tangkap dia!" Arah ketua kepada anak buahnya.

Zahrah menelan liur. Tanpa berfikir panjang, dia segera berlari dengan laju untuk mengelak daripada dikejar oleh manusia bersut hitam tadi.

~ • 🤍 • ~

Edited version.

DIA, LELAKI MISTERI✓Where stories live. Discover now