54 - TEASE

7.8K 487 10
                                    


~ • 🤍 • ~


"WEH, bang. Sini kejap."

Rayyan mengeluh. Penat betul layan mamat sorang ni. Nak pilih baju pun sibuk tanya orang. Kalau sekali tak apa lah juga, ini dah hampir lima kali Raykarl tanya baju mana yang lebih sesuai untuk majlis malam ini.

Cerewet satu hal, tak ada saiz satu hal.

Mengalahkan perempuan!

Rayyan terus tunjuk baju di tangan kanan Raykarl tanpa sempat Raykarl bertanya. Terjungkit kening si adik.

"Aku tak tanya pun lagi."

"Sebelum kau tanya, aku dah tunjuk awal-awal. Kau ni, kalau susah sangat nak pilih, ambil jelah semua. Bukannya papa kisah pun. Papa kan kaya." Selamba Rayyan berkata.

Amboi!

Nick yang berada tak jauh dari dua orang budak lelaki itu terjungkit kening ke atas.

Amboi anak bos ni!

"Alah tapi kalau tak pakai nanti membazir pula." Raykarl serba salah.

Dia tahu papanya kaya, tapi dia bukanlah seorang yang boros. Kalau beli sesuatu itu hanya untuk keperluan sahaja dan bukan mengikut kemahuan.

Raykarl bukan boros, itulah sifat yang diturunkan daripada mamanya, Zahrah Ameera. Raykarl banyak ikut perangai Zahrah. Sebab itulah, boleh dikatakan, Raykarl banyak mewarisi sifat Zahrah sekaligus menjadi seperti kembar mamanya.

"Hmm, aku ambik dua ni lah, biru dan hitam. Kau punya dah pilih ke?"

"Setengah jam yang lepas lagi cashier kat kaunter tu dah bungkus masuk dalam plastik."

Raykarl tersengih memandang jelingan abangnya.

Abangnya memang nacam tu. Semua kerja kalau boleh nak cepat siap.

"Lama lagi ke mama dan papa ni, Uncle Nick?" Soal Raykarl. Melingas matanya melihat semua manusia yang sibuk membeli-belah di situ.

"Tuan kata mungkin lagi dua puluh minit. Jadi Tuan Rayyan dan Tuan Raykarl bolehlah singgah mana-mana dulu."

Rayyan dan Raykarl angguk kepala. Raykarl leka memikirkan aktiviti selepas ini sementara menunggu ibu dan bapa mereka siap membeli barang.

Dan tinggg!!!

Bagaikan ada mentol di atas kepala, bibir Raykarl tersenyum lebar.

Kemudian, dia memandang ke arah abangnya, Rayyan dengan senyuman misteri.

Joker smile.

Sambil kening diangkat tinggi beberapa kali.

Mungkin kerana otak mereka berdua sentiasa terhubung bersama, Rayyan cepat menangkap maksud adiknya. Dia kemudiannya membalas senyuman itu dengan anggukan.

Nick yang berdiri di sebelah pula sudah telan liur. Kelat terasa mengalir di dalam tekaknya. Bagai dapat mengagak apa yang berada di dalam benak budak lelaki itu.

Faham dengan ragam misteri anak lelaki bosnya.

Habislah bala datang!

Terus Nick berjalan laju mengejar langkah dua orang budak lelaki tersebut. Tak boleh leka sesaat! Nanti hilang ke mana lah mereka pergi.


"NO! Saya tak nak tuan!"

"Please lah uncle, sekali ini sahaja."

"No!" Nick masih berkeras menolak pujukan Raykarl. Dia tidak mahu. Cukuplah sebentar tadi nyawanya hampir berpisah daripada badan selepas dipaksa oleh Rayyan Haziq untuk naik roller coaster.

Sudahlah Nick gayat!

Sekarang ini pula dia sedang dipaksa oleh Raykarl Hadi untuk masuk ke dalam 'Joy House'.

Iaitu sebuah permainan berbentuk rumah besar yang perlu didaki dan ada gelongsor yang besar lagi tinggi. Memang boleh buat dia pitam!

Dapat pula anak boss yang suka menyakat dan membulinya. Memang kena tempah wad hospital lepas balik ni!

"Non voglio! Per favore, signore, non posso!" Keras suara Nick membantah.

"Non essere così zio Nick, zio keta ha vinto quella paura. Vieni con Raykarl! "

Raykarl masih ligat menarik tangan Nick. Memujuk 'pakcik angkatnya' itu untuk menemaninya masuk ke dalam Joy House.

Namun lelaki itu tidak mahu bangun dari duduknya dan sengaja mengeraskan badan di atas kerusi.

Manakala Rayyan Haziq pula sedang seronok menonton drama swasta tidak berbayar di hadapan matanya. Lagi seronok daripada drama tv3 pukul tujuh yang entah-pape-tu. Sebelah tangannya memegang kemas batang aiskrim magnum yang baru sahaja dibeli sebentar tadi di kedai berhampiran dalam mall ni.

"Hello buddies!!" Suara garau seseorang menyelamatkan keadaan yang tegang itu.

Terutama sekali menyelamatkan nyawa Nick daripada dijemput malaikat Izrail.

Eh?

Ghisau.

"Papa! Mama!" Serentak Rayyan dan Raykarl menegur. Mereka mendekati tubuh ramping Zahrah yang sedang menolak stroller bayi. Kelihatan baby Rania sedang lena diulit mimpi.

Penat mungkin.

Nick pula terus menerpa dan memeluk tubuh sasa tuannya. Bukan main terkejut lagi Zafran dibuatnya. Terus Zafran menolak badan Nick menjauh. Bahunya ditepuk-tepuk seolah-olah ada kotoran yang melekat. Mata terus mencerlung tajam memandang wajah pembantunya yang pucat lesi itu.

"Thank you boss, you saved me!!" Perlahan suara itu berbisik di telinga Zafran. Zafran pelik.

Terangkat sebelah keningnya.

Aku save apa?

Mata hitam Zafran terarah pada dua orang heronya. Kemudian kepala digelengkan berkali-kali setelah menangkap sengihan daripada Rayyan dan Raykarl.

Pasti ada sesuatu yang mereka buat ni. Faham sangat dengan ragam anak-anak lelakinya yang suka membuli Nick.

Nasib kau lah Nick.

"So, barang semua dah ada? Dah siap shopping?" Tanya Zahrah.

Kaki dah penat nak berjalan. Hampir tiga jam mereka dalam mall ini, tapi suaminya masih cergas gaya macam nak beli satu mall.

Macam nak hangkut semua bawak pi balik rumah je.

"Okay, let's go home!"

~ • 🤍 • ~

Edited Version.

DIA, LELAKI MISTERI✓Where stories live. Discover now