~ • 🤍 • ~"Its done, everybody!!"
Habis sahaja Zafran berkata begitu, terus dapur memasak itu diserbu oleh kanak-kanak ribena. Siapa lagi kalau bukan tiga beradik itu.
Zahrah mendudukkan Rania di atas kerusi yang agak tinggi. Rania baru berumur tiga tahun, dan dia juga perempuan, jadi tubuhnya agak kecil dan comel. Berbeza pula kedua abangnya, dari kecil lagi dah tinggi lampai. Tak padan dengan umur mereka yang baru berapa.
Rayyan mengambil tempat duduk di sebelah Zahrah, Raykarl pula di sebelah abangnya.
"Papa, papa, faster! I'm hungry!" Ujar Rania dalam loghat pelatnya.
"Okay, baby." Sempat pipi tembam itu dicubit. Mencebik bibir kecil Rania apabila papanya berbuat begitu.
Tak suka.
Macam siapa? Macam Zahrah lah.
Pizza di keluarkan daripada ketuhar. Malam ini baby Rania request nak makan pizza tapi nak Zafran yang buat. Zafran pun layankan sahaja tuan puteri seorang itu.
Inilah untungnya kalau lelaki pandai masak. Tak perlu susahkan si isteri. Fakta tambahan, masakan lelaki lebih sedap daripada masakan orang perempuan.
Itu memang satu fakta yang tak boleh disangkal lagi.
"Emmmmm yummy!!" Riang suara kecil Rania selepas dapat sumbat banyak pizza dalam mulutnya. Gelojoh. Abang dia pun makan dengan sopan.
"Baby, comotnya!" Zafran mengambil tisu lalu mulut kecil Rania dia lap.
"Papa."
"Yes?."
"Emm tadi uncle Nathan call, uncle pesan jangan lupa event malam esok." Rayyan berkata.
Zafran hanya angguk kepala.
Sebenarnya dah lama Nathan pesan pada Zafran, tapi mungkin disebabkan kesibukan bekerja, Zafran terlupa. Nasib baiklah anak sulungnya ingatkan semula.
"YOU, stupid! Bastard!"
Gadis itu hanya mampu menunduk apabila dijerkah dan dimaki. Kepalanya juga ditunjal-tunjal tanpa belas kasihan. Ms. Clara hanya mampu memandang simpati kepada pekerja barunya itu.
Bukannya dia tak nak tolong, tapi puas dia mencuba sehingga tubuh kurusnya ditolak sehingga pinggangnya terhantuk pada bucu kaunter yang tajam. Lelaki yang sedang mengamuk itu tampak seperti gangster dan samseng. Bukan dari segi pakaiannya, tapi daripada segi perbuatannya.
Kesalahan gadis itu hanya kecil sahaja, dia tidak sengaja tertumpahkan air kopi di atas meja yang lelaki itu duduk. Dan air kopi itu terpercik sedikit ke baju putih yang dipakainya.
Tidaklah seteruk mana, tapi lelaki ini mengamuk seperti kesalahan dia terlalu besar.
Dengan tiba-tiba lelaki dihadapannya menjerit nyaring seraya menaikkan tangan ingin menampar gadis itu.
Namun hasrat terhalang dek kerana seseorang memegang kemas tangan lelaki tersebut.
"Woah woahh, calm down sir, a gentleman won't hurt women." Sempat Zafiq menjeling sekilas gadis itu. Kemudian Zafiq memandang tajam lelaki yang sanggup memukul perempuan di hadapannya.
"Look at my shirt, you think this shirt is cheap?"
Zafiq membalas pandangan lelaki itu dengan perasaan jengkel.
Kau fikir aku kisah? Setakat baju polo Ralph Lauren kau tu. Celah gigi aku je.
"How much?"
"Huh?"
"Are you deaf or not? I hate to repeat my question."
Merah wajah lelaki itu menahan marah. Mungkin kejap lagi ada lava berapi akan meletus disebabkan kelancangan mulut seorang Zafiq Ahmad.
Tapi.... tengok muka aku macam ada aku kisah?
"AUD 281.9803." Kata lelaki itu dengan bangga. Ms Clara dan gadis dihadapan mereka sampai terbeliak mata mendengar harga baju itu. Namun Zafiq masih tenang. Terbit senyuman sinis di bibir Zafiq. Sebelah keningnya dijongket.
RM 899 je?
Je?
"So cheap." Kata Zafiq dengan nada yang teramatlah annoying petala-langit-ke-tujuh.
Dengan selamba dia mengeluarkan dompetnya dan beberapa not besar dihulur kepada lelaki yang kurang beradab dan kurang ajar itu. Zafiq tak ada duit kecil, baki sikit-sikit tu dia halalkan jelah.
Eh, tapi layak ke lelaki tu? HAHAHA.
Membuntang mata lelaki bert-shirt Polo Ralph Lauren itu. Cepat-cepat dia menyambut duit itu dan segera ingin berlalu pergi. Tapi terhalang kerana Zafiq masih menggenggam erat wang tersebut. Lelaki tadi merengus kasar.
"Listen here Mr Bla Bla Bla...Clothes like this are made into rags in my house, and in your whole life, have you never heard of a machine called a washing machine? Urmm maybe you don't have enough money to buy them. It's okay, i'll give you extra." Beberapa keping not dikeluarkan lagi dan terus diberi kepada lelaki itu.
Tajam pandangannya memerhatikan langkah lelaki itu berlalu dengan mata helangnya.
'Melayang duit aku woi bulan ni. Kerek punya mamat muka pucat tak cukup zat tak cukup kalsium! Baju murah macam tu pun nak claim mahal-mahal. Entah-entah baju fake bukannya ori pun. Bocah betul. Nasib kau baik sebab aku malas nak panjangkan cerita. Huh.' Getus hati Zafiq.
Kemudian dia berpaling ke arah Ms Clara dan satu senyuman manis dihadiahkan kepada wanita awal 30 an itu.
"Can i have my order, miss?"
"Of course."
"Great. I want Strawberry Vanni Ice and Tiramisu cake 2 slices. Same like always. Also this fatty donut. Look delicious."
"Okay handsome." Sempat Ms Clara kenyit matanya ke arah Zafiq. Zafiq pula hanya tergelak kecil. Dia dan Clara memang agak rapat. Clara juga sudah dianggap seperti kakaknya di bumi kangaroo ini.
Di Melbourne, Australia.
Zafiq berpaling dan matanya terpaku pada gadis yang masih menunduk di sebelahnya.
"And you, follow me. Now." Kaki terus dihayun berlalu ke meja biasa.
Terpinga-pinga gadis itu mendengarnya tapi dia masih menurut arahan Zafiq. Langkah kaki yang panjang itu dia ikut.
~ • 🤍 • ~
Edited Version.
YOU ARE READING
DIA, LELAKI MISTERI✓
RomanceAwalnya hidup dia sama sahaja seperti manusia lain. Bangun pagi, bersiap pergi kerja, pulang kerja dan tidur. Itulah yang berulang-ulang setiap hari. Sehinggalah suatu hari, matanya telah menyaksikan satu mayat yang terkujur di atas jalan, dengan...