23 - READY

11.2K 677 17
                                    

~ • 🤍 • ~


"KAU dah jumpa apa yang aku suruh cari?"

"Sudah bos. Nampaknya, musuh seperti sedang berlindung di bawah pengaruh seseorang. Maklumat yang aku dapat sangat terhad."

Matthew berfikir sejenak.

Betul juga. Mereka semua susah nak jejaki musuh selama ini. Mungkin betul musuh mereka sedang berlindung di bawah kuasa seseorang.

"Kau agak, apa dia nak buat lepas ini?" Soal Nathan di sebelahnya. Lelaki itu juga serius dari tadi. Mereka sedang berbincang hal penting, mestilah kena serius.

"Serang kita lagi?"

"Atau kacau tempat kita?"

"Tak." Ringkas sahaja Matthew menjawab.

"Aku tak rasa semua itu. Aku rasa yang RonDragon akan guna cara halus untuk jatuhkan aku. Aku tak tahu apa. Tapi aku rasa macam itulah."

Penumbuk dikepal dengan kuat. Hatinya menahan seribu satu rasa.

Kalau lah muka musuh dia ada dekat depan mata sekarang ini, mesti dah lunyai dia belasah.

"Yang penting sekarang ini kita mesti bersiap sedia. Walaupun RonDragon tak buat apa-apa lagi."

MEREKA berempat tegak berdiri menunggu ketua mereka habis berbincang. Semua berwajah dingin dan serius.

Faiq menjulingkan mata ke atas. Lalu dia mengeluh.

Dia terlalu bosan dengan keadaan mereka sekarang ini.

Faiq lebih rela kalau bos suruh dia cari musuh, tangkap dan bunuh. Daripada berdiri tegak macam patung cendana selama 5 jam.

5 jam! Bukan lima minit.

Lagipun sekarang ni mereka semua berada di dalam bilik kebal. Dengan keselamatan yang paling tinggi.

Buat apa dia perlu bersusah payah berjaga disini?

Tapi.... Kalau dah arahan bos, kena ikut jugalah.

Faiq menyiku Sufi di sebelahnya. Sufi hanya menjeling sekilas. Dia malas nak melayan Faiq. Bukannya Sufi tak tahu dengan perangai Faiq.

Sengaja cari pasal.

"Eh Sufi, Haq mana?" Bisik Faiq.

Bisik-bisik pun tetap dapat menarik perhatian tiga orang rakannya.

"Tak tahu." Ringkas sahaja dia jawab.

Dah memang Sufi tak tahu Haq pergi mana sekarang ni.

Siapa Haq?

Haq itu adalah orang kanan bos Sufi, iaitu Nathan. Kiranya, anak buah paling terkuat lah.

Dan Haq juga merupakan ketua kepada anak buah Nathan yang lain.

Haq yang paling kuat, dan Haq juga di antara yang paling tua.

Tak adalah tua sangat. Rudy lagi tua setahun dari Haq.

Rudy pula orang yang paling dipercayai oleh bos Matthew.

Maksudnya, Haq dan Sufi merupakan anak buah yang paling dipercayai Nathan. Manakala Rudy, Faiq dan Kael pula Matthew punya.

Tapi, mereka semua tetap akan saling membantu antara satu sama lain walaupun dari bos yang berlainan.

"Dah lama aku tak nampak batang hidung Haq." Faiq terus berkata lagi tanpa dia sedar bahawa Rudy dan Kael sedang memandangnya tajam.

Sufi yang berada di sebelah Faiq pula yang rasa gerun.

Tiba-tiba pintu bilik itu dibuka daripada dalam. Menandakan perbincangan bos Matthew dengan Nathan sudah berakhir.

Mereka semua terus tegakkan tubuh dan memberi laluan kepada bos mereka.

Matthew dan Nathan berlalu pergi dengan raut muka yang beku.

Lagi-lagi Matthew, muka macam nak makan orang je.

BUNYI pisau tajam menghentak papan pemotong menghiasi dapur. Aroma daripada makanan yang sedang dimasak memang boleh buat sesiapa kecur liur.

Zahrah tekun memotong sayur.

Bila dah masuk dapur ni, dia memang tak ingat apa dah.

Dia pun tak ambik tahu Zafran buat apa lepas balik tadi. Zafran pun hilang ke mana.

"Hurmm sedapnya bau!" Zahrah teruja menghidu masakannya sendiri.

Harap-harap lah Zafran sukakannya.

Bunyi derap kaki seseorang memanggil Zahrah untuk menoleh kebelakang. Dan melopong mulutnya melihat keajaiban dihadapan mata.

Zafran berjalan santai membuka pintu peti sejuk untuk mengambil air. Lalu dia terus meneguk rakus minuman tersebut tanpa menghiraukan pandangan daripada Zahrah.

Dalam diam, Zafran terasa lucu melihat reaksi isterinya. Comel pun ada.

Tapi, Zafran cuma buat tak endah sahaja.

Pintu peti sejuk kembali ditutup. Kening sebelah terangkat apabila  melihat Zahrah  masih terkaku memandangnya.

Terpegun betul ye budak kecil ni. Zafran senyum jahat.

Smirk.

"Ehemm.. Sampai bila kau nak pandang aku?"

Terkejut Zahrah dibuatnya. Dia terus tersedar apabila memandang Zafran yang sedang tersenyum misteri itu.

Serta-merta pipinya berona merah macam buah tomato.

Malu siot!

Macam mana jantung Zahrah tak terkejut kalau Zafran dengan selambanya masuk dapur dengan badan yang berpeluh? Dengan tubuhnya cuma tersarung singlet kelabu dan seluar pendek paras lutut.

Mungkin baru habis bersenam di bilik gym sebab itu badan dia berpeluh-peluh. Apatah lagi dengan gaya maskulin Zafran yang membuak-buak dan menggoda naluri perempuannya.

Damn hot!!!!!

Ish, mengada betul engkau ni Zahrah.

Zahrah cepat-cepat tersedar dan dia lihat Zafran dah tak ada dekat dapur.

Fuh selamat!

Kalau Zafran masih ada lagi di sini, pasti jantung Zahrah  dah tak mampu berfungsi lagi.

Mengingatkan hal sebentar tadi, pipi Zahrah kembali merah.

Cis!

~ • 🤍 • ~

Edited Version.

DIA, LELAKI MISTERI✓Where stories live. Discover now