~ • 🤍 • ~"HAI sayang." Pipi Zahrah dicium sekilas. Pinggang isterinya dipeluk erat daripada belakang.
"Hai abang." Zahrah tersenyum melihat perlakuan suaminya. Manja! Tangannya lincah memotong sayur.
Untuk dijadikan makan malam. Sayur masak kuah lemak. Hmm sedapnya!
"Abang, sudah lah tu. Kita kan dekat rumah mama." Takut nanti kalau ada sesiapa sahaja yang masuk ke dapur. Tak pasal-pasal menyaksikan drama tak berbayar.
Zahrah menyiku perlahan perut suaminya. Berharap supaya Zafran menjarakkan tubuhnya dengan tubuh Zahrah.
Tapi ni Zafran lah! Mana pandai nak dengar kata orang. Makin erat pula dia peluk. Tak cukup dengan itu, pipi Zahrah juga dicium berkali-kali.
Geram!
"Amboi, pengantin lama ni! Bersweet-sweet pula ya dekat dapur. Jangan sampai makanan tu terlebih manis pula sebab tengok korang bersemut."
Zafran dan Zahrah tersentak apabila ditegur oleh Datin Khalisa. Zahrah menjeling suaminya di sebelah.
Itulah! Dia dah warning. Zafran ni yang salah! Habis kantoi dengan mama. Dahlah ada Kak Jasmine sekali.
"Betul tu ma. Min yang tengok ni jealous pula. Kan Asyallie sayang?" Elena Jasmine mengagah bayi perempuannya yang baru berusia lima bulan.
Narnia Asyallie Jasmine.
Bayi yang cantik secantik namanya. Asyallie hanya tertawa apabila pipi tembamnya dicium bertalu-talu.
"Kamu buat apa dekat sini Zafran? Tolong masak juga ke?" Soal Datin Khalisa. Jarang-jarang anak lelakinya nak masuk ke dapur ketika berada di rumah ini.
"Eh mana ada mama, abang ni tak tolong apa-apa pun daripada tadi. Kacau orang je kerjanya."
Zafran menoleh ke sebelah. Membuntang matanya. Tidak percaya.
Eh budak kecil ni aku gigit karang baru tahu!
"Eh siapa kata? Abang dari tadi kat sini tolong sayang tahu?"
"Yeke? Tolong apa?"
"Abang tolong tengok je." Zahrah menjeling Zafran lama.
Geram heish! Rasa macam nak tarik je mulut lelaki itu yang sedang tersenyum nakal.
"Dah sudah, sudah. Jangan gaduh-gaduh lagi." Datin Khalisa geleng kepala.
Dua-dua tak nak mengalah!
Datin Khalisa terus keluar daripada dapur. Tak nak ganggu anak dan menantunya sedang bercinta.
Hek.
"HELLO, assalamualaikum!" Suara lantang seseorang menjerit mengejutkan mereka semua. Semua kepala menoleh ke arah punca suara dengan pandangan tak puas hati. Geram sebab ada yang datang mengacau waktu semua orang tengah syok tengok drama.
Zafiq hanya tersengih-sengih memandang mereka semua. Dia terus melabuhkan duduk di sebelah Asyallie yang sedang tidur pulas dalam dakapan kakak sulungnya.
Pipi bayi comel itu dielus-elus dan dicubit perlahan.
Sooooooo squishy!
Jasmine terus mengetuk tangan adiknya apabila Zafiq cuba mengganggu tidur anaknya. Bayi kecil itu baru sahaja terlelap, sudah ada yang ganggu.
" Sakitlah kak." Tercebik-cebik mulutnya sambil dia menggosok tangan yang kemerahan selepas dipukul.
Nampak saja tangan Jasmine mulus lembut tapi perit dia tak terkata.
Jasmine hanya membiarkan adiknya. Mata fokus melihat drama di TV.
Yang penting drama. Hehe.
Di ruangan itu juga ada Datin Khalisa dan Dahlia. Dahlia tak minat pun tengok drama macam ni, tapi bila semua berkumpul di satu tempat, Dahlia pun akan menyibuk sama tapi hanya bermain dengan telefon pintarnya.
Zahrah dan Zafran masih berada di dapur.
Entah masak ke bercinta, tak tahulah.
Jangan sampai kuali hangit sudah.
ZAHRAH menutup pintu bilik dengan perlahan-lahan. Tidak ingin menghasilkan sebarang bunyi. Baru sahaja dia hendak berpusing, ada satu suara yang menegurnya.
Kus semangat!
Nasib baik dia tak ada serangan jantung.
"Sayang kenapa?" Soal Zafran. Pelik melihat isterinya yang masuk bilik macam pencuri.
"Tak ada apa-apa." Zahrah tersengih sebelum wajahnya bertukar merah.
Zafran pula semakin pelik. Pahal pula isteri aku tercegat macam patung dekat situ?
Namun dia hanya membiarkannya. Tangannya kembali sibuk mengeringkan rambutnya yang basah.
Maklumlah, baru lepas mandi.
Sebaik sahaja tubuh kecil Zahrah melintasinya, Zafran terus menarik lengan isterinya kuat. Terkejut beruk Zahrah dengan tindakan drastik itu.
Dia tidak mampu berbuat apa-apa kerana kini tubuhnya telah dikepung oleh Zafran.
Zafran tersenyum sinis. Patutlah isteri dia malu. Rupanya sebab nampak dia yang sedang
seksi-seksa memandangkan dia baru lepas keluar daripada bilik mandi.Dagu runcing isterinya didongakkan ke atas. Mata hitam Zafran tajam memandang mata Zahrah.
"Kenapa blushing, hm?" Hidung dilagakan dengan hidung isterinya. Makin merah pipi Zahrah dibuatnya.
Zahrah terus ingin mengalihkan muka ke tepi. Belum sempat dia berbuat sedemikian, tangan kasar Zafran mencengkam rahangnya. Tidak menyakitkan namun cukup menghentikan perbuatan Zahrah.
Juga menghentikan detik nadinya. Dada terasa sesak dan sukar bernafas.
Oh help!
Mahu atau tidak, terpaksa juga Zahrah bertentang mata dengan suaminya.
"Aa--abang, saya nak tidur ni." Perlahan dia berkata. Takut-takut hendak memandang suaminya. Lelaki itu masih mengepung badannya rapat ke dinding. Dan apabila Zahrah mahu menolak dada Zafran, Zafran sengaja merapatkan tubuh mereka berdua.
"Hmmm, jangan lah tidur dulu."
"Ap--apa maksud abang?" Bergetar suaranya. Kaki dan tangan juga sudah menggigil apabila Zafran meniup batang lehernya.
" Hey sayang, kenapa takut sangat ni?" Zafran tergelak kecil melihat isterinya.
Comel! Takut-takut pun masih comel. Rasa macam nak gigit-gigit je.
HAHAHAHA.
Terus tubuh kecil itu di tarik menuju ke katil. Zahrah terjerit kecil. Zafran ni tak sah kalau tak buat dia terkejut!
Risau nanti makin pendek umurnya.
Takut makkk.
~ • 🤍 • ~
Edited Version.
YOU ARE READING
DIA, LELAKI MISTERI✓
Roman d'amourAwalnya hidup dia sama sahaja seperti manusia lain. Bangun pagi, bersiap pergi kerja, pulang kerja dan tidur. Itulah yang berulang-ulang setiap hari. Sehinggalah suatu hari, matanya telah menyaksikan satu mayat yang terkujur di atas jalan, dengan...