~ • 🤍 • ~PICU pistol ditarik. Kemudian tangan diangkat sebaris dengan arah mata. Bulatan hitam yang berada tidak jauh dari tempat dia berdiri menjadi sasaran utama.
"BANG!"
"Headshot! Bravo!" Bunyi tepukan gemuruh datang dari arah belakangnya. Faiq, Kael dan Rudy bertepuk tangan. Mereka sangat terpegun dengan bakat yang Emma miliki.
Memang tepat terkena sasaran!
Caiyalahh geng.
Emma tersengih lebar apabila mendapat pujian daripada Faiq. Kembang sekejap dirinya bila dipuji sebegitu.
"Nah."
Emma menggapai botol air mineral yang dihulurkan oleh Shawn.
" Thanks." Air botol itu diteguk rakus. Haus! Dahlah sekarang ini tengah panas terik. Kena berlatih menembak pula tu.
"You are so good." Shawn ralit memandang Emma yang sedang minum air. Cantik. Macam bidadari. Matanya dari tadi tak lepas pandang keindahan di depan matanya. Shawn mula terleka bersama angan-angan pak jeninnya.
Alangkah indahnya jika...
"Hey bro, your eyes." Tersentak Shawn apabila tiba-tiba disergah oleh Zafran. Hilang terus angannya terbang pergi bertemu ayah pink. Shawn merengus kasar.
Tak guna punya kawan. Nasib baik dia tak ada sakit jantung.
"Ish kau ni. Kacau daun betullah. Kau sweet-sweet dengan bini kau boleh pula." Rungutnya. Walaupun masih berslang British dalam percakapannya, bahasa melayunya tetap lancar. Maklumlah, waktu dia nak pikat sorang awek ni, dia kena belajar.
Awek depan dia ni lah, awek mana lagi.
Zafran tersengih. Aku dah kahwin, tapi kau tu?
"Mana Nathan ni... Lambat betul bersiap." Zafran mencekak pinggang. Sepupunya tu kalau bersiap mengalahkan perempuan! Entah apa lah yang Nathan buat sampai lama sangat bersiap. Tunggu import baju dari London ke?
Jam tangan dikerling. Kemudian, poket seluar jean yang dia pakai diseluk dan telefon diambil. Tangan menekan-nekan skrin telefon untuk mencari nombor Jonathan.
Setelah jumpa apa yang dicarinya, Zafran segera beredar daripada tempat latihan menembak.
"HAI!"
"Eh, Zahrah! Hai!" Emma memeluk Zahrah erat. Memandangkan hanya mereka berdua sahaja perempuan di sini, Zahrah dan Emma dah jadi kawan baik. Hehe.
"What are you doing?" Zahrah memandang beberapa jenis pistol yang diletakkan di atas meja. Ada sniper, pemanah dan banyak lagi. Rambang matanya melihat semua alat senjata yang berkilat-kilat ni.
Mesti mahal dan berkualiti!
"Boleh saya cuba?" Soal Zahrah. Mata bundarnya memandang Rudy yang sedang mengelap pistol di situ. Jarinya ditunjuk ke arah sepucuk pistol yang dari tadi menarik minatnya. Rekaan yang unik, juga cantik. Berwarna silver dengan ukiran emas. Eksklusif!
Rudy tergamam. Terkulat-kulat dia ingin membalas soalan Zahrah. Nak bagi isteri boss dia pistol? Err.
"Tapi Zahrah..."
"Bolehlah, bagi saya cuba, please." Mukanya dicomelkan. Haraplah yang Rudy cair.
"Are you sure? I mean awak pandai?" Lambat-lambat Rudy berkata.
Bukan kerana dia pandang rendah dengan kemampuan Zahrah. Tetapi memandangkan Zahrah seorang yang lembut dan sopan, dia berasa tidak yakin.
"Of course lah saya pandai!" Penuh keyakinan Zahrah berkata. Lantas tangannya mencapai pistol tadi tanpa teragak-agak dan terus berlalu ke tempat menembak. Rudy pula sudah tercengang melihatnya.
YOU ARE READING
DIA, LELAKI MISTERI✓
RomanceAwalnya hidup dia sama sahaja seperti manusia lain. Bangun pagi, bersiap pergi kerja, pulang kerja dan tidur. Itulah yang berulang-ulang setiap hari. Sehinggalah suatu hari, matanya telah menyaksikan satu mayat yang terkujur di atas jalan, dengan...