20 - NUMBER

10.9K 712 18
                                    

~ • 🤍 • ~

"ASSALAMUALAIKUM abah, umi."

" Waalaikumussalam. Ya Allah, Zahrah! Kenapa tak cakap nak balik awal ni?"

" Suprise. Hehehe." Zahrah memeluk Puan Maria manakala Zafran pula salam tangan Abu Umar.

Jika diikutkan perancangan asal, hari esok baru mereka berdua akan bertolak pulang, tetapi tiba-tiba sahaja  Zafran kata dia free.

Apalagi, memang terus pack barang lah nak balik. Dapat dia duduk kampung lama sikit. Haha.

"Sampai bila kamu nak berpeluk tu Maria? Lemas anak kamu nanti."

"Ala abang ni, saya rindu dia." Umi menarik muncung.

Cis! Dah tua-tua pun sweet lagi. Aku?

Zahrah menjeling lelaki di sebelahnya. Zafran hanya beriak kosong. Apabila merasakan bahawa ada seseorang sedang memerhatikannya, terus dia berkalih ke tepi.

Kening sebelah diangkat. Membalas pandangan isterinya.

Zahrah terus mengeluh perlahan.

Tak faham rupanya, suaminya.

" Dah, Zafran, Zahrah, pergi masuk bilik sana. Mesti kamu penat datang dari jauh ini."

"Baik abah." Serentak mereka berkata.

"HURMM sedapnya bau. Umi masak apa? Kenapa tak panggil Zahrah." Kaki diturutkan menuruni anak tangga. Zahrah menuju ke dapur.

"Masak sambal udang petai, dengan ikan bawal goreng je. Banyak tadi abah bawa balik memancing ikan ni."

Zahrah angguk kepala. Terliur melihat semua hidangan di atas meja.

"Mana Farah, umi?" Dari tadi Zahrag tidak nampak batang hidung adiknya itu. Selalunya Farah suka duduk terperap dalam rumah. Jarang-jarang nak keluar kalau tak ada hal penting.

"Umi suruh dia hantar kuih ke rumah Hajah."

"Ouhhh."

Makcik Hajah juga jiran mereka. Baik, dan sangat peramah.

"Malam ini jangan lupa kenduri rumah Milah. Nanti kita pergi sama-sama."

"Baik umi. Zahrah naik atas dulu ya, nak panggil Zafran."

ESOK HARI

"Pak Mail, santan ada?"

"Alamak Farah, santan habis. Kelapa pun tak sampai lagi ni." Pak Mail menggaru belakang kepala sambil memandang wajah sugul gadis dihadapannya itu. Kasihan.

Mana pula pergi anaknya si Mahmud. Tadi kata nak hantar kelapa cepat, tapi dari tadi batang hidung pun tak nampak. Bayang pun tak muncul-muncul.

"Hmm tak apalah Pak Mail. Tak dapatlah saya nak masak lemak harini." Kaki ingin melangkah keluar.

"Oi kau."

Sapa seseorang yang memang Farah tahu sangat siapa. Tak perlu teka siapa kalau bukan perempuan tak cukup lelaki ini.

"Assalamualaikum Cik Lisya." Niat nak menyindir si empunya rambut karat itu.

Muka Alisya terus berubah merah. Malu mungkin. Itulah siapa suruh tak ada adab sopan.

"Haa kau ni. Aku nak kau bagi aku nombor telefon abang ipar kau tu cepat."

"Ehh, apahal pula kau nak nombor telefon abang ipar aku? Gila?"

Sengaja Farah buat-buat tak tahu. Macam lah dia tak perasan semalam waktu kenduri. Bukan main lagi Alisya tenung abang ipar dia. Nasib baik Zafran buat-buat tak nampak dan hanya melayan kakaknya.

"Kau tak payah tanya kenapa. Bagi aku cepat." Desak Alisya lagi. Panas rasanya apabila melihat ramai mata yang sedang memandang mereka berdua.

Farah tidak mengendahkan permintaan Alisya. Dia terus ingin melangkah pergi. Buang masa sahaja.

"Hoi kau ni pekak ke?!" Tangan Farah direntap dan dipulas daripada belakang. Farah mendesis perlahan.

Serentak itu, Farah menghadiahkan penampar di pipi gadis itu. Alisya berundur setapak ke belakang sambil memegang pipi kirinya yang terasa kebas.

Jangan main-main dengan Farah. Walaupun dia nampak lembut, bertudung labuh macam ustazah, tapi hakikatnya dia ganas.

Dan Alisya memang tengah cari masalah!

"Kalau aku kata tak boleh, kau faham-fahamlah . Tak perlu aku ulang banyak kali. Atau kau ni tak faham bahasa? Kau tak ada maruah ke? Suami orang pun sibuk nak ambik. Buat malu mak ayah kau je dapat anak macam ni."

Usai berkata, Farah terus pergi. Meninggalkan Alisya yang masih memandangnya tajam. Huh, kisah apa aku!

Lagi lama dia duduk situ, lagi panas hatinya. Silap hari, mahu lebam muka si minah tak sedar diri itu!

Tanpa mereka sedari, seseorang sedang memerhatikan mereka berdua daripada jauh. Dia hanya diam dan melihat sahaja gadis idamannya itu.

Berani kau sentuh perempuan aku. Kau tengok nanti aku balas.

Motor dihidupkan dan dia terus memecut laju. Jalan kampung ke bandar ke, apa nak kisah.

~ • 🤍 • ~

Edited Version.

DIA, LELAKI MISTERI✓Where stories live. Discover now