37 - JÓJÓ CARÓ

10.2K 574 7
                                    


~ • 🤍 • ~

"DIA , ialah abah."

"What??" Soal Zahrah tidak percaya. Terkejut.

Abah? Abah dia ke? Abu Umar tu?

Ke abah lain?

Eh.

Tapi bila masa pula umi aku kahwin lain?

Mengarut kau ni Zahrah!

"Abah? "

"Yes, abah."

"Jadi maknanya, abang kenal dengan abah dah lama? Sebelum kita kahwin lagi?"

Zafran angguk. Tangannya mengelus lembut lengan mulus isterinya.

"Waktu itu, hanya abang sahaja yang kenal dengan abah. Mama dan ayah tak tahu pun."

"Eh? Tapi abah kata, ayah kawan abah?"

"Yes, betul. Ayah kenal dengan abah. Dan ayah nak satukan abang dengan anak kawan baiknya. That's all a coincidence. Abang tak tahu pun perempuan yang mama dan ayah nak jadikan sebagai isteri abang itu merupakan anak kepada penyelamat nyawa abang." Terang Zafran.

Indahnya takdir.

Zafran tersenyum manis. Tangannya naik mengusap rambut Zahrah pula. Zahrah terus memeluk pinggang suaminya.

Langsung dia tak sangka! Macam jalan cerita drama tv3 pula. Nasib sahaja suaminya bukan anak tan sri.

"Abah tahu diri abang siapa? I mean, that one side?" Perlahan sahaja suaranya menyoal Zafran. Takut tersalah kata.

Namun Zafran hanya mengangguk. Jujur. Dia terleka mengusap rambut isterinya.

"Abah memang tahu, sayang." Bibir dibawa mencium dahi isterinya. Lega hati Zafran dapat meluahkan cerita yang sudah bertahun-tahun dia pendam.

Rasanya seperti satu bebanan yang berat sudah hilang.

KAKI  dibawa melangkah keluar daripada perut kereta mewahnya.

Sungguh bergaya, sungguh maskulin.

Perjalanan ke Milan tak adalah jauh sangat. Boleh sahaja kalau dia nak naik private jet miliknya, tetapi dia lebih memilih untuk memandu kereta.

Bahu digerak ke kanan dan ke kiri. Menghilangkan rasa lenguh memandu selama berjam-jam.

Matanya pula meliar memandang seluruh halaman rumahnya. Tidak ada sebarang perubahan pun sepanjang lima bulan dia tak balik ke sini.

Kolar baju kemejanya dikemaskan. Rambut juga dirapikan. Mestilah kena kemas, biar hensem. Nak jumpa insan tersayang ni!

Baru sahaja dia ingin menolak pintu besar itu, seseorang sudah membukanya daripada dalam.

"Mio caro! Finalmente torni!" (Sayangku! Akhirnya kamu pulang!)

Tubuh pemuda di hadapannya terus dipeluk erat. Kuat sangat sampai tak bernafas lelaki itu.

"Mommy, vuoi uccidermi? Non riesco a respirare adesso." ( Mommy, adakah awak mahu bunuh saya? Saya tak mampu bernafas sekarang ini.)

"Alla mommy manca davvero questa mommy piccola. Jójó caró." ( Mommy sangat rindukan bayi mommy ini. Jojo sayang.)

Pipi anaknya dicium bertalu-talu. Kiri dan kanan, kanan dan kiri.

Macam tak nak lepas!

"Mommy, stop it. We're not alone right now." Perlahan Nathan menolak wajah ibunya. Bukan geli, tapi dia malu. Sebab dia tahu ramai anak buah dan bodyguard keluarganya sedang memerhatikan drama jejak kasih mereka berdua sekarang ini.

DIA, LELAKI MISTERI✓Where stories live. Discover now