44 - STRANGE

8.1K 552 23
                                    


~ • 🤍 • ~

KEPALA terasa sakit. Kelopak mata cuba dibuka perlahan-lahan. Cahaya yang silau menyakitkan pandangannya.

Dekat mana ni?

Zahrah memandang kawasan di sekelilingnya. Dia kini berada di dalam sebuah bilik berwarna putih yang tampak suram dan menyeramkan. Dengan tingkap yang sudah rongak dan daun-daun yang meliar di dinding.

"Umm-umm!"

Bunyi yang datang dari arah seseorang memaksa Zahrah untuk menoleh walaupun kepalanya terasa amat sakit.

Mata Zahrah membuntang.

Farah!

Macam mana adik boleh ada dekat sini?

Terus Zahrah mengengsot mendekati Farah. Tubuh Farah terikat dan mulutnya ditutup.

Zahrah berusaha untuk melepaskan ikatan di tangannya terlebih dahulu. Dengan beberapa kali percubaan, akhirnya ikatan tersebut berjaya dileraikan.

Sepantas kilat dia membuka ikatan di tangan dan di kaki Farah. Selepas itu, plaster di mulut adiknya Zahrah buka perlahan-lahan.

Tercungap-cungap nafas Farah sebaik sahaja dia dapat melepaskan diri. Badannya sakit kerana semalaman tidak dapat bergerak dan dia juga tidak dapat makan daripada semalam.

Tubuhnya betul-betul lemah.

Farah terus bersandar di sebelah kakaknya. Dia memandang ke arah Zahrah yang sedang memejam mata sambil tangan mengurut kepala.

Mulut Farah tercebik-cebik apabila dia memerhatikan keadaan mereka berdua. Lantas tubuh kakaknya dipeluk erat. Dan disitu dia menghamburkan semua tangisannya yang daripada semalam dia tahan.

Zahrah tergamam. Terkejut melihat adiknya yang tiba-tiba sahaja menangis bagaikan bayi baru lahir. Terus belakang tubuh Farah diusap. Menenangkan dirinya walhal diri Zahrag sendiri pun masih gusar dan gelisah.

Dalam fikirannya tertanya-tanya, kenapa dia dan Farah diculik?

Zafran sedar ke tak dengan kehilangan aku? Kalau lah aku diculik ni atas sebab diri sebenar Zafran, kenapa Farah juga jadi mangsa?

Demi Allah, Farah tak ada kena mengena langsung dengan semua ini. Kenapa adiknya juga terkena tempias? Abang Hakim sedar atau tidak dengan kehilangan Farah? Zahrah memandang hiba adiknya.

Dahi adiknya dia cium dan tangan sejuk Farah dia genggam untuk menyalurkan semangat.

Dalam hati, berdoa supaya mereka berdua selamat dan Allah hantarkan seseorang untuk mencari mereka.

SETELAH beberapa jam berlalu, mereka berdua ketiduran. Dalam keadaan yang lapar dan haus. Dengan keadaan yang tidak selesa, menakutkan dan banyak serangga.

Hari juga sudah senja dan hampir gelap sebab malam.

Zahrah mengeliat perlahan. Nasib baik tiada sesiapa yang masuk. Dia mula berura-ura untuk mencari jalan keluar. Kepala Farah yang bersandar di bahunya, ditolak perlahan. Cukup untuk tak buat adik dia tersedar.

Zahrag bangun dan meregangkan segala otot dan urat saraf. Terlalu lama duduk di atas simen tanpa alas apa-apa. Punggung pun dah kematu rasanya.

Tingkap bilik yang sudah rongak dan suram itu Zahrah tuju dan diintai keluar.

Cukup menyeramkan!

Dahlah kawasan berbukit. Dalam hutan pulak tu. Dekat manalah dorang culik aku ni.

DIA, LELAKI MISTERI✓Where stories live. Discover now