15 - DEJÁVU

12.2K 770 3
                                    


~ • 🤍 • ~


ZAHRAH menolong mengangkat pinggan mangkuk. Ya, dia sekarang berada di rumah mama dan ayah mertuanya.

"Eh Cik Puan Zahrah, kamu tak perlulah angkat pinggan tu. Biar Mak Munah yang angkat."

Zahrah cuma tersengih memandang Mak Munah. Pembantu di rumah ini. Puas Zahrah melarang Mak Munah memanggil dia dengan panggilan Cik Puan. Tak selesa.

" Tak pelah Mak Munah. Biar Zahrah tolong. Tak kan Zahrah nak tengok je Mak Munah buat kerja sorang-sorang." Zahrah meneruskan langkah ke meja makan.

Mak Munah cuma menggelengkan kepala. Degil betul menantu majikannya ini. Tak apa lah, degil-degil pun, Zahrah banyak membantunya. Zahrah suka tolong orang. Itu yang dia tahu sewaktu pertama kali melihat menantu majikannya ini.

Pinggan disusun kemas di atas meja. Sementara menunggu semua orang turun, baik dia pergi belakang tengok bunga.

Kaki dihalakan menuju ke taman bunga. Matanya meliar memandang sekeliling. Landskap taman ni cantik sangat.

Dulu, Zahrah tidak sempat untuk meneliti semuanya sebab dia pergi pun waktu malam. Sekarang ini, nampaklah dia semua kecantikan taman ini.

Semakin dekat perjalanannya, Zahrah sempat menangkap suara seseorang sedang berbual di dalam telefon. Dapat Zahrah melihat belakang badan Zafran daripada jauh. Macam pernah nampak, tapi dekat mana ye?

Tiba-tiba suara Zafran kuat menengking seseorang. Terhinjut bahu Zahrah mendengarnya. Dia terkaku.

Tak tahu nak buat apa.

Kemudian, Zafran memusingkan badannya. Zafran juga agak tergamam melihat Zahrah dibelakang. Kenapa dia tidak sedar langsung isterinya ada dibelakang?

Tak sampai sesaat, ekspresi beku kembali dimainkan.

Perlahan-lahan Zafran mendekati Zahrah yang terkaku macam tiang lampu.

Zahrah tidak mampu bergerak. Dia terkedu disitu. Akal suruh pergi, tapi entah kenapa kaki tak mahu melangkah. Dia cuma memandang Zafran yang sudah berdiri dihadapannya.

Tiba-tiba, Zafran merangkul pinggang Zahrah. Dalam mata hitamnya memandang anak mata Zahrah.

Pelukan dieratkan. Jantung Zahrah rasa macam nak berlari keluar sahaja daripada badannya.

Apatah lagi bila hidungnya dapat menangkap bau wangian yang datang daripada tubuh maskulin Zafran.

Bau ini seperti......

"Remembering me?" Dekat suaranya berbisik di telinga Zahrah.

" Aa...aaawaak.." Tergagap-gagap suaranya. Dia betul-betul tergamam apabila Zafran semakin mengeratkan pelukan di pinggangnya. Lama mereka berdua berpandangan.

Panahan mata hitam Zafran menusuk ke dalam hatinya. Terbit satu perasaan halus yang Zahrah  sendiri tidak tahu apakah itu.

Sehinggalah......

Zafran melepaskan pelukannya. Nasib baik Zahrah sempat berdiri tegak. Kalau tak, selamatlah badannya bercium dengan tanah.

"Apa yang kau buat dekat sini?" Riaknya hanya kosong dan beku. Zafran ni memang tak pernah senyum ke?  Asyik beku je.

" Err... Sa.. saya saja pergi sini. Ta..tak sangka pula awak ada dekat sini." Zahrah masih menunduk. Dia tak sanggup nak pandang Zafran sebab dia tahu lelaki itu sedang merenungnya.

Zafran melepaskan keluhan. Lalu dia berjalan pergi meninggalkan Zahrah yang sedang terkebil-kebil sendirian.

RAMBUT panjang ikalnya disikat perlahan. Zahrah cuma memandang Zafran yang sedang bermain telefon sambil bersandar di kepala katil melalui pantulan cermin.

Zahrah ingin bertanyakan sesuatu tetapi entah mengapa mulutnya terasa berat.

Jadi, dia cuma memerhati tingkah suaminya. Lelaki itu kelihatan seperti sangat ralit dengan telefonnya. Sibuk mungkin. Dari tadi muka kacaknya serius saja pandang telefon.

Eh, bukan selama ni muka dia memang macam tu ke? Tak pernah nak bersenyum.

" What do you want to say?" Mata masih melekat pada skrin telefon. Tapi Zafran tahu, yang Zahrah asyik memandangnya dari tadi.

Zahrah agak terkejut apabila ditegur sebegitu. Dia berpusing dan bergerak mendekati katil.

Selimut diselak dan dia segera masuk ke bawah selimut. Matanya cuma memerhatikan Zafran disebelah yang tidak berbaju.

Dengan rambut yang masih basah terjuntai di dahi. Badan sasanya yang tegap itu pula sungguh mengancam!

Zafran yang terasa seperti dirinya sedang diperhatikan segera menoleh ke sebelah. Dia memandang Zahrah yang juga merenungnya.

Telefon diletakkan ke tepi.

" Kau nak tanya sesuatu ke?"

Zahrah menggigit bibir perlahan. Nak tanya ke tak eh. Kalau dia tanya agak-agak nanti Zafran marah ke tak?

Baik kau tanya dia sekarang, Zahrah.

~ • 🤍 • ~

Edited Version.

DIA, LELAKI MISTERI✓Where stories live. Discover now