49 - FOR FUTURE

9.5K 560 33
                                    


~ • 🤍 • ~

"

SAYANG, jangan lah macam ni."

Zafran memicit dahinya. Pening kepala melihat isterinya yang enggan bercakap dengan dia sejak tadi.

Zahrah menggeleng laju. Tangannya memeluk tubuh dan bibir dimuncungkan. Dah macam itik tengah merajuk.

"Sini pakai tudung, kejap lagi diaorang semua sampai." Zafran masih lembut melayan isterinya.

Why honey?

Hari ini Zahrah sudah dibenarkan pulang ke rumah. Dan Zafran pun sedang sibuk mengemas barang-barang sebelum keluar hospital.

Tapi kenapa pula Zahrah Ameera merajuk sekarang ni?

Haaa kalau nak tahu............

"Assalamualaikum."

Zafran berpaling ke belakang. Kemudian dia menghadiahkan senyuman nipis kepada tetamu tersebut.

"Waalaikumussalam."

Zahrah masih diam tidak berkutik sambil memandang ke arah luar tingkap.

"Sayang......" kata Zafran perlahan dan meleret-leret. Belakang tubuh isterinya diusap perlahan.

"Mereka semua dah sampai tu. Nak jemput sayang balik."

Namun Zahrah masih statik disitu. Dia langsung tak endahkan panggilan suaminya.

Hati dia masih sakit.

"Sayang....." Sekali lagi Zafran memujuk isterinya. Namun kali ini, nada suaranya sedikit dikeraskan.

Zahrah mencebik. Perlahan-lahan kepalanya dipusing memandang tetamu mereka itu. Matanya dikecilkan memandang seorang lelaki yang tegak berdiri tidak jauh dari katilnya.

Lelaki itu meneguk liur. Gementar.

Kemudian mata Zahrah teralih kepada seorang perempuan muda yang duduk di atas kerusi roda untuk pesakit hospital.

Zahrah bertukar hiba. Tangannya menggamit kerusi roda perempuan muda itu dan ditarik mendekati katilnya.

Zahrah mengusap perlahan kekura tangan perempuan muda itu.

"Adik okay?"

"Adik okay... Kak, jangan lah marah lagi." Pujuk Farah. Zahrah sebak. Terus tubuh kecil adiknya didakap.

"Sampai hati kau. Manalah aku tak marah. Aku risaukan kau tahu tak?!" Dalam serak-serak suaranya, Zahrah masih sempat membebel kepada adiknya, Farah.

Dalam diam, Farah tersenyum. Alahai kakak dia ni. Garang-garang pun masih sayang. Lama mereka berpelukan.

Zafran dan Hakim hanya membiarkan isteri mereka berdua 'menjejak kasih di tengah-tengah wad hospital.'

Hakim agak kekok apabila berdiri bersebelahan Zafran. Atau lebih tepat lagi sepupu bosnya.

Sewaktu pertama kali Zahrah memperkenalkan suaminya kepada Hakim dahulu ketika berada di kampung, Hakim berasa amat terkejut. Sampai balik sahaja ke rumahnya, Hakim demam dua hari.

Mana tak nya dia tak terkejut, selama dia bekerja dengan bosnya, Nathan, Hakim sangat kenal dengan sepupu bosnya.

Apa yang dia tak sangka ialah, Matthew a.k.a Zafran adalah muslim. Menganuti agama Islam. Semua anak buah di Italy tidak tahu bahawa boss Matthew dan keluarga mereka adalah muslim. Kerana peribadi bos masing-masing adalah rahsia, walaupun seseorang itu telah berkhidmat selama bertahun-tahun. Bukan itu sahaja, Hakim juga tak sangka bahawa Zahrah Ameera berkahwin dengan Zafran Aqeel.

DIA, LELAKI MISTERI✓Where stories live. Discover now