30 - NIPÓTE

10.5K 633 14
                                    


~ • 🤍 • ~

PINTU kayu gergasi itu diketuk perlahan.

Dan beberapa saat kemudian pintu itu terus terbuka luas. Kelihatan seorang wanita tua yang agak gempal sedikit menyambut kedatangan kami semua. Mukanya kelihatan sangat terkejut dan tergamam.

"Signor Matthew?" Matanya memandang Zafran atas dan ke bawah. Seakan-akan tidak percaya.

Drama apa pula ini, Miska?

"Chi è Flora?" (Siapakah itu Flora).

Kedengaran suara seorang lelaki tua daripada dalam rumah.

Wanita yang bernama Flora itu terus menundukkan badannya sedikit dan pintu semakin diluaskan. Jelas sekarang ini di hadapan mereka semua seorang lelaki tua dengan muka yang agak bengis dan garang. Zafran di sebelah Zahrah masih tenang dan diam.

Hanya seketika sebelum muka lelaki tua itu berubah lembut dan tersenyum nipis.

"Congratulazioni a mio nipóte. Benvenuto in questo palazzo!" (Selamat kembali cucuku. selamat datang ke rumah istana ini.)

Lelaki itu mendepakan tangannya dan memeluk tubuh sasa Zafran. Kemudian belakang Zafran ditepuk perlahan. Hilang sebentar wajah bengisnya. Zahrah pun kecut perut juga tengok awal tadi.

Kemudian, suara seseorang merengus daripada belakang mereka.

"Nonno si ricorda solo di Matteo? Questo nipóte di un altro nonno è stato ignorato?" (Datuk ingat Matthew sahaja? Cucu datuk lagi seorang ini diabaikan?)

Zafran dan datuknya berpaling. Kelihatan Jonathan dengan muncung itiknya tanda tidak berpuas hati.

Ceit! Ingat comel ke buat muka macam tu.

Datuk Zafran ketawa kecil. Kemudian Nathan ditarik dan dipeluk. Hish!! Manja betul!

"Sei come un ragazzino!" (kamu ini macam budak kecil lah!)

Habis sahaja mereka berpelukan, datuk Zafran kembali bereaksi beku.

Eh? Agaknya Zafran ni ikut jejak datuk dia kot, sebab emosi boleh berubah sekelip mata.

Hish Zahrah! Kau jangan nak macam-macam pula. Nanti malam ada yang kena halau kang.

Zahrah menjadi semakin kekok dan tidak selesa apabila mata helang datuk Zafran tajam menikam wajahnya. Seperti sedang menganalisis sama ada rupa isteri cucunya ini macam model international atau tidak.

Sesuai ke idokk?

"Tua moglie?" (Isteri kamu)

"Sì, la mia cara moglie è mio nonno."
(Ya, isteri kesayangan saya, datuk)

Serentak itu tangan Zafran naik merangkul pinggang isterinya.Datuk Zafran cuma mengangguk.

"Bellissimo."

Zahrah yang tak faham sepatah haram pun apa yang mereka bualkan hanya mampu terkebil-kebil. Tetapi Zahrah dapat rasakan yang pipinya semakin membahang apabila melihat Zafran sedang merenungnya bersama senyuman nakal di bibir lelaki itu.

Oh tidak! Diorang mengumpat pasal aku ke tadi?

Kami semua melangkah masuk ke dalam rumah agam yang sangat besar seperti istana ini.

"Siete andati tutti a riposarvi in ​​quella stanza. Nanti maid akan tunjukkan." Datuk Zafran berkata sekali sebelum tubuh tua itu hilang disebalik pintu kayu.

Mungkin masuk ke dalam biliknya.

"SAYA tak sangka datuk pandai cakap Melayu."
Itu adalah fakta. Zahrah pun agak terkejut tadi. Bukankah Zafran pernah cakap yang datuknya itu memang orang asal Italy.

Zafran berpaling ke arah isterinya. Kemudian, dia mendekati Zahrah yang sedang duduk bersandar di kepala katil. Zafran turut melakukan perkara yang sama.

"Eh awak ni! Kalau ya pun pakailah baju dulu." Marah Zahrah.

Mukanya pula semakin membahang panas tatkala tangan sasa itu merangkul pinggangnya. Erat.

Hish, tak malu betul! Dahlah Zafran sekarang hanya bertuala sahaja dengan rambutnya berjuntai basah sebab baru lepas mandi.

Zafran cuma memekakkan telinga. Pelukan semakin dieratkan. Mahu atau tidak, Zahrah terpaksa patuh apabila Zafran menyandarkan kepalanya pada dada bidang lelaki itu.

Ceh, terpaksa lah sangat. Padahal kau suka kan Zahrah?

"Datuk memang orang sini. Tapi nenek orang Malaysia. Kuching, Sarawak."

Zahrah mendongak memandang Zafran. Begitu rupanya cerita dia. Patutlah rupa ayah mertuanya unik.

"Tapi ayah tak nampak macam mix asian pun?"

"Memang lah dari segi rupa ayah tak nampak macam tu, tapi dari segi citarasa memang macam orang asia."

Zahrah ketawa kecil. Memang betul lah apa yang Zafran kata. Sepanjang dia menjadi sebahagian dari keluarga itu, ayah mertuanya memang macam orang Asia.

Ayah mertuanya memang suka makan makanan Malaysia. Lagi-lagi tempoyak, laksa, sambal belacan, dan banyak lagilah. Ibu mertuanya pula suka memasak makanan tradisional Sarawak. Kalau ayah mertuanya start membebel memang betul-betul macam Asian lah! Sampai kalah Datin Khalisa punya bebelan. HAHAHA.

Barulah Zahrah faham sekarang.

"Tapi nenek bukan orang islam. Datuk pun bukan. Cuma ayah sahaja yang peluk islam lepas kenal dengan mama." Terang Zafran lagi.

"Ohh, unik betul keturunan keluarga awak."

Zafran mengangguk perlahan. Memang dia akui, salasilah keluarganya memang unik.

Zafran menyandarkan kepalanya ke dahi Zahrah. Dia cuba untuk melelapkan matanya. Penat sebab jet lag tak hilang lagi.

"Err awak tak nak pakai baju dulu ke?" Soal Zahrah setelah beberapa minit mereka berdiam diri.

"Siapa kisah." Ucap Zafran selamba.

"Awakkk, tapi saya ni kisah tahu tak?"

Tangannya menolak-nolak dada bidang suaminya apabila Zafran semakin mendekatkan muka ke muka Zahrah. Bertindak sebelum terlambat! Tindakan Zafran bukannya boleh dijangka.

"Kau tak suka ke tengok suami kau yang sexy ni?" Penuh sensual suaranya berkata. Zafran suka melihat Zahrah yang macam cacing kepanasan gelisah seperti ini.

Nampak bertambah comel dan lucu!

"Sana lah awak..." Perlahan saja suaranya merengek. Zahrah kini sedang ditindih oleh tubuh sasa suaminya. Memang dah tak sempat nak lari lagi kalau kedua-dua tangan sasa itu sudah kepung dia.

"Pandang mata aku."

Perlahan-lahan Zahrah membalas renungan mata helang tersebut. Mereka bertatapan agak lama. Zahrah rasa sekarang ini macam nak meletup sahaja jantungnya berdegup.

Zafran pula seperti dipukau dengan mata bundar yang indah di hadapannya. Semakin lama dia mendekatkan wajahnya ke wajah Zahrah.

Semakin dekat dan dekat.

Namun semua hasratnya terbatal apabila pintu bilik diketuk seseorang.

Cis! Kacau daun je lah orang nak beromantik!

Pintu diketuk untuk kali kedua. Zafran terus mengeluh kasar dan bangun daripada menindih tubuh isterinya.


~ • 🤍 • ~

Edited Version.

DIA, LELAKI MISTERI✓Where stories live. Discover now