13 - NOTHING

12.3K 821 30
                                    

~ • 🤍 • ~

PELUH di dahi dilap kasar. Hari sudah larut malam, Zahrah pula masih membasuh pinggan mangkuk.

Tetamu semua sudah beransur pulang. Yelah, majlis pernikahannya ini dibuat secara kecil-kecilan sahaja. Semua tetamu yang hadir hanya dikalangan saudara-mara yang berdekatan.

Disebabkan rumah mereka semua dekat-dekat, jadi, tidak perlulah menumpang tidur di sini. Senang.

"Eh Zahrah!" Terkejut Zahrah tatkala mendengar jeritan uminya. Habis terbang lamunannya sebentar tadi.

Dah kenapa dengan umi ni terjerit-jerit.

"Err kenapa umi? Kenapa umi menjerit tiba-tiba ni."

"Kenapa kamu kata? Haa kamu ni kenapa ada dekat dapur? Kenapa buat kerja ni? Kamu tu kan pengantin baru!" Zahrah menelan liur. Tahu apa yang dimaksudkan umi itu.

"Err Zahrah nak tolong kemas sikit. Sakit mata tengok sinki ni penuh." Perlahan sahaja suaranya membalas. Takut-takut dia memandang uminya yang sedang marah sambil bercekak pinggang itu.

"Tak perlu. Kamu pergi masuk bilik sana! Suami kamu ditinggalkan sorang-sorang dalam bilik."

"Err tapi umi..." Baru sahaja umi membuka mulut ingin membalas kata-katanya, datang seseorang mencelah perbualan dua beranak itu.

"Dia takut malam pertamalah, umi." Santai sahaja suara itu menyampuk. Zahrah menjengilkan mata ke arah adiknya.

Budak ni, tak tahu malu! Suka je menyampuk.

"Aduhhh umi! Kenapa pukul Farah pula!" Kepala digosok perlahan. Sakit betul umi pukul kepala dia dengan botol plastik. Nasib baik plastik.

"Kamu tu anak dara. Jangan sibuk menyampuk cakap umi."

Zahrah menunjukkan thumbs up  kepada adiknya. Farah membalas dengan jelingan tajam.

Huh!

"Kamu tu Zahrah, pergi masuk bilik sana!"

Alamak! Umi dah marah aku balik.

" Ye umi. Zahrah masuk sekarang ye. Assalamualaikum."

Tangan Puan Maria disalam. Sempat dia menjeling Farah yang sedang memandangnya sinis.

Suka lah tu tengok aku kena halau dengan umi.

Tiba-tiba idea timbul. Rasanya macam ada mentol kecil yang bernyala di tepi kepalanha.

Ting!

Zahrah melangkah ke arah adiknya. Senyuman manis diberikan kepada Farah yang sedang kehairanan melihat ke arahnya.

Pelik, kenapa tiba-tiba kakak dia tersenyum-senyum.

Tanpa amaran, Zahrah melanggar bahu adiknya itu dengan kuat.

Hambek kau!

Berpusing tubuh Farah ke belakang. Nasib baik tangannya sempat menahan hujung kerusi meja makan. Jika tidak, boleh melayang tubuh kecilnya disebabkan oleh pelanggaran bahu itu.

Tak guna punya kakak!

" Kakak! Kau ni dah kenapa! Sakit tahu tak!"

Segera Zahrah berlari menaiki anak tangga menuju ke biliknya di tingkat atas. Dibiarkan sahaja bebelan Farah dekat tingkat bawah.

Hahahaha padan muka kau!

KREEKKK... Perlahan-lahan pintu bilik dibuka. Zahrah nelangkah masuk dengan bacaan bismillah dalam hati.

DIA, LELAKI MISTERI✓Where stories live. Discover now