24 - OVERTHINKING

10.9K 653 39
                                    


~ • 🤍 • ~

KAKI dibawa melangkah masuk ke dalam bangunan yang gah berdiri. Zahrah melemparkan senyuman manis ke arah pekerja-pekerja yang memandangnya.

Mungkin mereka pelik.

Tetapi Zahrah langsung tidak menghiraukannya. Butang lif ditekan dan dia menuju ke bilik pejabat suaminya.

Sampai sahaja di tingkat 50, Zahrah disapa oleh seorang wanita. Cantik bertudung dan nampak muda.

" Tuan Zafran ada?" Wanita tadi memandang pelik ke arah Zahrah.

Oh! Zahrah lupa yang mereka mungkin tak tahu yang dia ni isteri Zafran. Hm.

" Er, Tuan Zafran ada di dalam. Cik ni siapa ye?"

" Saya Zahrah Ameera. Saya nak jumpa Tuan Zafran. Nak bagi dia ni."

Mangkuk tingkat itu diangkat tinggi.

Bertambah berkerut dahi wanita itu. Zahrah hanya menyembunyikan senyuman lucu.

"Sekejap ye. Saya maklumkan pada tuan dulu."

"Cik, Tuan izinkan masuk."

"Terima kasih." Senyuman manis dihadiahkan kepada wanita itu. Mungkin setiausaha Zafran.

Pintu kaca ditolak dan Zahrah memboloskan diri ke dalam pejabat Zafran. Zahrah terpegun dengan kecantikan dan kemewahan perabotnya.

Wow!

Susun atur perabot nampak kemas dan mewah. Dengan sofa kulit berwarna coklat gelap di kawasan sudut bilik.
Almari kaca yang setinggi siling. Dan juga karpet hitam. Penuh maskulin dan mewah.

Zahrah berjalan mendekati meja Zafran. Kelihatan seorang perempuan berambut panjang sedang membelakanginya. Zafran juga nampak tekun mendengar apa yang dibincangkan bersama perempuan tersebut.

Namun, mukanya tetap sama. Tidak berekspresi, beku dan kosong.

Hmm..

"Assalamualaikum." Zafran dan perempuan berambut panjang itu menoleh memandang Zahrah.

Zahrah menghadiahkan senyuman kepadanya. Banyak betul harini dia senyum.

"You may go out, Luna. I want my privacy now."

Perempuan yang bernama Luna itu memandang Zafran semula. Mukanya cemberut. Dia seolah-olah tidak menyangka Zafran akan menghalaunya.

" But.. I'm not finish it yet." Luna berkeras tidak mahu keluar.

Cukup Zafran jeling sahaja sudah mampu membuatkan Luna cuak. Zahrah sendiri nampak yang Luna telan liur.

"Okay okay, I keluar.Thanks for your time." Luna memandang Zahrah sekilas.

"Bye baby." Terbeliak mata Zahrah memandang Luna yang dengan selambanya mem'baby' kan suaminya.

Zahrah menunggu reaksi Zafran. Tapi lelaki itu cuma diam dan tidak kisah.

What??

Kini tinggal mereka berdua di dalam bilik pejabat Zafran. Zahrah masih berdiri statik di tepi meja sambil memerhatikan pintu bilik.

Luna sudah keluar.

" Who's she?"

" My friend." Zafran menjawab tanpa memandang wajah isterinya. Dia sibuk dengan laptopnya.

"Really? Your friend or your baby boo?"

Aik.. macam ada yang tak kena je.

Macam ada bau-bau hangit benda nak terbakar.

DIA, LELAKI MISTERI✓Where stories live. Discover now