45 - VENDETTA

8.2K 525 10
                                    


~ • 🤍 • ~

ZAHRAH melangkah perlahan-lahan. Sebentar tadi, Luna tinggalkan dia sekejap sebab Luna mahu memeriksa kawasan di situ terlebih dahulu. Agak lama menunggu, Luna tak sampai-sampai. Zahrah pula yang naik risau.

Jadi, Zahrah membuat keputusan untuk mencari jalan keluar sendiri.

Bunyi tembakan pistol yang bersambung-sambung menyentakkan Zahrah. Tubuhnya menggigil kerana keadaan sekarang ini tidak ubah seperti di medan perang.

Terus dia berselindung di sebalik semak-samun yang tinggi itu. Yakin bahawa itu tempat yang paling selamat.

Matanya mencerlung tajam memandang ke arah punca bunyi bising. Dari situ, dapat dia lihat anak-anak buah Zafran sedang berlawan dengan musuh mereka. Mata Zahrah masih tercari-cari kelibat suaminya.

Jantungnya berdegup laju. Risau. Zahrah mengecilkan tubuh di sebalik semak itu. Dalam hati dia berdoa.

Berharap agar Zafran tidak tercedera atau terluka.

Zahrah mula berganjak ke kanan sedikit. Supaya lebih jelas untuk dia perhatikan mereka semua.

Sebaik sahaja tukar posisi kedudukan, tampak batang tubuh tinggi Jonathan yang tangkas berlawan dengan seorang lelaki yang tak kurang tangkasnya juga.

Ada Sufi, Kael, Rudy, Faiq, Nick, Shawn, Emma dan Luna juga.

Zahrah gak terkejut melihat dua orang gadis itu begitu tangkas, dan licik bermain senjata dan berlawan. Tak sangka betul yang Luna rupanya di pihak Zafran. Nampaknya dia dah bersangka buruk terhadap Luna dulu.

Mata masih mencari kelibat Zafran. Terus Zahrah bergerak sedikit ke kanan lagi. Dan sebaik sahaja dia kembali fokus memerhatikan mereka, jantung Zahrah terus berhenti berdegup.

Nafasnya tersekat.

Membuntang matanya.

Di situ jelas dia lihat tubuh sasa Zafran sedang terbaring di atas tanah sambil tubuhnya dipijak oleh seorang lelaki berbadan tegap. Dan lelaki tersebut sedang mengacukan pisau ke arah suaminya.

Jelas kelihatan pisau itu tajam berkilat.

Jantung terus berdebar-debar. Zahrah kembali memerhatikan yang lain. Semuanya masih sibuk berlawan. Tidak sedar bahawa nyawa ketua mereka sedang dalam bahaya. Mungkin juga kerana Zafran berada di tempat yang agak terlindung.

Zahrah cemas.

Ya Allah. Tak boleh jadi macam ni!!!!

Terus dia bangun...

TANGAN kuat menahan supaya pisau yang tajam itu tidak tertusuk di dadanya. Semua tenaga dikumpul  dan dia terus menolak tubuh musuhnya jatuh ke tanah. Serentak itu satu tumbukan padu dihadiahkan ke tulang pipinya. Tersembur darah yang keluar dari mulut itu.

Zafran terus berdiri tegak. Meregangkan urat saraf dan otot-otot yang kebas. Tangan dikepal penumbuk dan kaki bersedia memasang kekuda.

Mata helangnya tajam memerhatikan musuhnya yang bersusah payah ingin bangun. Muka lelaki itu penuh dengan darah dan bengkak. Tapi dia tetap tidak berputus asa untuk berlawan dengan Zafran.

Tak faham, apa yang susah sangat nak mengalah ni?

Musuhnya berdiri tegak. Mata jelas menunjukkan kebencian dan dendam kesumat yang telah lama tersimpan. Seperti ada api yang bernyala-nyala di dalam matanya.

Jari telunjuk di tunding tepat ke arah Zafran.

Zafran hanya tenang.

When you're facing your enemies, try to look calm. So, they will think that they are strong despite the fact that actually they are not. While in your mind, you think about 1001 ways to put them down.

DIA, LELAKI MISTERI✓Where stories live. Discover now