~ • 🤍 • ~
KERETA dipandu dengan cermat. Berhati-hati di jalan raya.Zahrah bernyanyi kecil sambil memandu. Hari ini dia akan pulang ke kampung halamannya di Johor.
Kalau diikutkan hati, Zahrah mahu balik dua minggu lagi.
Tapi kalau uminya dah suruh pulang hari ini, terpaksalah dia pulang juga.
Kata umi, ada perkara penting hendak dibincangkan. Bila ditanya tentang apa, umi hanya menyuruh Zahrah balik dahulu.
Walaupun Zahrah rasakan seperti ada sesuatu yang bakal berlaku, dia tetap mengikut arahan uminya untuk pulang ke johor.
Kalau aku tak balik, naya woi. Tak berkat kerja aku kat bandar sebab tak nak dengar cakap umi.
Zahrah meneruskan pemanduan dengan cermat dan pantas.
Heh, aku ni handal tau bab bawa kereta dekat highway. Cilok-cilok itu perkara biasa. Yang penting dah pro. Dan janji tak sondol kereta lain .
"MAKAN perlahan-lahan lah kak. Kau ni macam tak pernah merasa makanan kampung je."
Zahrah hanya menjeling adiknya dan meneruskan makan.
Abu Umar dan Puan Maria yang melihat gelagat dua beradik itu hanya menggelengkan kepala.
"Zahrah, makanlah pelan sikit. Jangan gelojoh sangat. Tak berlari pun nasi tu." Zahrah hanya tersengih selepas di 'sound' oleh abahnya.
Abah yang cakap, tak kan nak balas pula kan.
"Macam mana dengan butik kamu? Semua okey? " Soal Puan Maria kepada anak sulungnya.
Sudah lama mereka tak berjumpa sebab anak sulungnya itu sibuk sangat bekerja. Anaknya juga nampak semakin cantik dan manis.
Sesuai sangat nak kahwin ni!
"Alhamdulillah semua okey je umi. Kalau ada masalah pun sikit-sikit je sebab perangai customer , yang lain masih dalam keadaan terkawal."
Puan Maria menganggukkan kepalanya.
Baru sahaja mulutnya dibuka untuk mengatakan sesuatu tetapi segera dibatalkan niatnya selepas terpandang panahan mata Abu Umar.
Suaminya itu seakan-akan menyuruhnya bersabar daripada memberitahu tentang 'perkara' tersebut.
Mungkin tidak sesuai untuk dibicarakan ketika mereka semua sedang makan malam.
"APAA!!"
Terkejut bukan kepalang.
"Betul ke umi, abah? " Soal Zahrah mahukan kepastian. Tapi apabila melihat wajah serius umi dan abahnya, tak mungkin mereka cuma bergurau.
Jadi, memang benar apa yang dikatakan mereka?
Arghhhhh.
"Betul Zahrah, kami dah terima pinangan daripada kawan abah. Abah kenal budak tu. Dia baik. Abah pasti Zahrah boleh bahagia hidup dengan dia." Ucap Abu Umar. Lembut menenangkan puterinya.
Zahrah terkedu.
Rupa-rupanya umi dan abah suruh dia balik ni sebab nak beritahu ada orang masuk meminang.
Dan mereka dah terima!
Huwarrgghh!!! Zahrah rasa nak menangis je sekarang ni.
Dan apa yang buat dia rasa nak hantukkan kepala ke dinding ialah,
Majlis itu dua minggu lagi akan berlangsung!!!
Tiga hari lagi, rombongan pengantin lelaki akan datang ke mari untuk menyarungkan cincin pertunangan.
Zahrah akan bertunang dahulu dan dua minggu kemudian baru lah pernikahan berlangsung.
"WEYH , aku nak balik sana." Panas telinga Zahrah bila dengar suara gelak di hujung sana.
Kalau budak ni ada kat depan aku, dah lama aku pelangkung kepala dia sekali.
"Kau ni kalau asyik nak ketawakan aku, tak nak lah aku cerita lagi. Kena bedok juga kang." Keluar sudah loghat Johor si Zahrah ni.
Jangan main-main dengan dia!
"Hehehehe sorry. Aku takleh tahanlah. Rasa kelakar bila dengar kau bercerita ni. By the way, aku cuma nak ucapkan tahniah ye, Zahrah. Kau dah tengok ke muka bakal suami kau?"
Zahrah mengeluh perlahan. Dia memandang jari manisnya. Cincin belah rotan yang simple dengan sebutir berlian kecil. Itu cincin tunangnya.
Tetapi Zahrah tahu, walaupun cincin itu simple sahaja, masih boleh dia agak harganya bukanlah murah.
Teringat kembali sewaktu keluarga bakal suaminya hadir untuk menyarungkan cincin tunang.
Terkejut woi bakal mertua aku tu sebernanya Datin Khalisa!
Tak sangka pula selama ini kawan yang dimaksudkan oleh abah ialah suami Datin Khalisa sendiri.
Tetapi waktu itu cuma Datin Khalisa, Zafiq dan Nuha saja yang ada. Suami Datin Khalisa mungkin ada urusan lain.
"Aku dah tengok, tapi Nuha cuma beri aku gambar abang dia waktu kecil. Katanya abang dia tak suka bergambar. Dan tak ada langsung gambar terkini. Macam mana aku nak tahu wajah sebenar bakal suami aku?"
"Huish. Susah juga macam tu."
"Macam mana kalau bakal suami aku tu tak handsome? Juling ke?" Tergelak Syahirah dengar bebelan Zahrah.
Amboi bukan mahen!
"Don't worry. Kan anak Datin tu semua good looking. Kau tengok Zafiq tu. Dia handsome betul! Mesti abang dia double handsome!"
"Amboi kau! Waktu ni juga lah kau nak menggatal ye. Ingat sikit, Zaf tu lagi muda dari kita ye, kakak Syahirah."
Memang tak dinafikan, Zafiq memang kacak. Badannya tinggi lampai, kulit putih. Ada lesung pipit lagi tu! Mesti jadi rebutan gadis-gadis di universiti.
~ • 🤍 • ~
Edited Version.
YOU ARE READING
DIA, LELAKI MISTERI✓
RomanceAwalnya hidup dia sama sahaja seperti manusia lain. Bangun pagi, bersiap pergi kerja, pulang kerja dan tidur. Itulah yang berulang-ulang setiap hari. Sehinggalah suatu hari, matanya telah menyaksikan satu mayat yang terkujur di atas jalan, dengan...