40 - WORRY

9.3K 569 16
                                    


~ • 🤍 • ~

"SAYANG betul tak nak abang temankan sekali? Abang tak kisah kalau masuk office lambat." Untuk kali kesepuluh, Zafran bertanya.

Zahrah memandang belakang tubuh suaminya. Kelihatan Zafran juga sedang memandang ke arahnya melalui pantulan cermin. Raut muka Zafran sedikit kerisauan.

Entah kenapa, hatinya berasa bimbang akan sesuatu. Atau lebih senang kata, tak sedap hati.

Kemudian Zahrah bangun dan melangkah mendekati suaminya. Tangannya naik menolong Zafran memakai tali leher. Rapat tubuhnya dengan tubuh Zafran sehingga Zahrah dapat menghidu bau wangian perfume Tom Ford.

Zafran hanya menunduk memerhatikan tingkah laku Zahrah. Bibir mencium lembut ubun-ubun isterinya. Pinggang Zahrah ditarik dan dipeluk erat. Zahrah hanya membiarkan sahaja perbuatan Zafran.

"Tapi abang risaulah nak tinggalkan sayang." Sekali lagi dia bersuara. Cuba meyakinkan isterinya.

Hmm..

Zahrah memegang pipi Zafran dengan sebelah tangannya. Pipi kasar itu dielus lembut.

"Kenapa abang risau sangat ni? Tak ada apa lah, sayang okay saja. Tak ada apa yang akan berlaku. Abang janganlah risau sangat. Kan abang ada mesyuarat penting pagi ni."

Matanya membalas pandangan mata hitam suaminya yang tajam merenungnya.

Zafran mengeluh berat.

Kalau itu yang dimahukan, dia tak boleh nak berkeras lagi.

"Sayang janji dengan abang, lepas selesai semuanya terus balik ya? Kalau ada apa-apa telefon abang tau."

"Baik abang." Tubuh Zafran dipeluk kemas.

Heish.. sejak dua menjak ni Zahrah menjadi semakin menggedik ya. Kerja nak melekat sahaja dengan Zafran.

Manja tu jangan cakaplah. Dia pun tak tahu kenapa diri dia jadi macam ni.

Sekali lagi ubun-ubun kepala Zahrah dicium. Kemudian beralih ke pipi. Kiri dan kanan. Akhir sekali bibirnya mendarat di bibir isterinya.

I'm still worried about you, honey.

PINTU kereta ditutup perlahan. Zahrah memandang keadaan di sekelilingnya. Semuanya kemas dan bersih.

Harini Zahrah pergi ke rumah lamanya, untuk membuat pemeriksaan kali terakhir sebelum dia memutuskan untuk menjual rumah itu. Agak berat juga nak yakinkan diri.

Sebab rumah lamanya itu mempunyai banyak kenangan.

Tapi apakan daya, dia sudah pun berkahwin, dan Zafran juga yang suruh dia jual rumah tu daripada dibiarkan tidak ada sesiapa yang duduk.

Mulanya, Zahrah ingatkan nak bagi sahaja dekat Farah sempena hadiah perkahwinan adiknya, tapi abang Hakim sudah sedia ada rumah sendiri.

Hairan juga Zahrah dibuatnya.

Abang Hakim pernah kata yang dia hanya bekerja sebagai pengawal, tapi bila Zahrah dan Zafran datang ke rumah adiknya, rasa macam tak percaya.

Sebab rumah itu besar dan sangat cantik! Tak macam kerja pengawal je. Entahlah, malas Zahrah nak menyibuk. Yang penting adiknya bahagia dengan Abang Hakim.

Tapi.... agak-agaknya pengawal apa ya sampai boleh ada rumah besar?

Zahrah jungkit bahu.

Kunci rumah dimasukkan ke dalam lubang tombol pintu. Sebaik sahaja pintu dibuka, Zahrah tergamam.

DIA, LELAKI MISTERI✓Where stories live. Discover now