39 - DISORDER

9.7K 537 9
                                    


~ • 🤍 • ~


"SO, what's next?" Soal seorang lelaki bertubuh tegap dengan parut panjang di mukanya.

"Kau tahu kan, kita akan teruskan rancangan aku."

Tersentak lelaki muka berparut itu mendengar balasan ketuanya. Liur ditelan kesat.

"T--tapi, susah nak kalahkan dia. Orang-orang dia ramai, boss."

"Bodoh! Kan aku dah kata, aku tahu kelemahan dia!" Lantang suara seorang lagi lelaki menjerit dan mengherdik lelaki muka berparut itu. Gelas kaca dibaling ke arah orang suruhannya. Namun, tersasar ke tepi.

Lembap! Benda senang macam tu pun tak boleh berfikir.

Tiba-tiba dia ketawa. Kuat suaranya bergema di dalam bilik yang luas dan suram itu. Semakin lama semakin kuat, entah apa yang lawaknya. Agak lama sehinggalah tawanya itu semakin perlahan.

Berganti pula dengan tangisan yang sayu. Bunyinya sama seperti seorang ibu yang kematian anak. Lelaki itu mula menumbuk - numbuk permukaan meja sebelum tubuhnya longlai dan rebah ke lantai.

Dia tersungkur. Tidak habis disitu, dia memukul pula kepalanya. Rambut ditarik-tarik dengan kuat. Wajahnya dicakar-cakar dengan kuku sendiri sehingga terhasil luka panjang di pipi kirinya.

Sekali pandang keadaannya tidak ubah seperti orang gila yang memerlukan rawatan mental.

Ya, dia sememangnya gila!

Kehidupannya yang teruk buatkan dia hilang kewarasan dan hilang akal. Yang tinggal hanyalah keinginan untuk membalas dendam.

Dendam kesumat.

Hutang nyawa diganti nyawa.

Kepalanya dihantuk kuat ke dinding. Sakit yang dirasakan langsung dia tidak peduli. Jelas darah pekat yang mengalir di dahi terus ke pipi putihnya.

"B--boss, stop it." Terketar-ketar lelaki berparut itu cuba menenangkan ketuanya. Manusia jika tidak waras, mereka sanggup melakukan apa sahaja.

"Macam mana aku nak berhenti, bodoh?! Beritahu aku!! Beritahu aku!! Arghhhh aku benci!! Aku benci dia!! Dia tak layak untuk hidup!! Dia tak layak bahagia kalau aku kat sini menderita!!" Lantang suaranya menjerit sehingga bergema di dalam bilik yang suram itu.

Rontaannya semakin mengganas. Lelaki tersebut mencapai apa sahaja yang berdekatannya dan terus baling ke dinding. Pecah berderai semua barang itu.

Itu bukan dia.

Ya, itu syaitan yang menghasut dirinya.

Sayang sekali, tiada apa yang mampu dilakukan oleh pembantunya setiap kali ketuanya 'bertukar'.

Kasihan ketuanya.

Punca daripada orang lain, akibatnya diri sendiri yang perlu tanggung.


~ • 🤍 • ~

Edited Version.

DIA, LELAKI MISTERI✓Where stories live. Discover now