~ • 🤍 • ~
LUTH memandu kereta dengan tenang. Mereka dalam perjalanan menuju ke Restoran Nasi Ayam selepas habis meeting dengan klien sebentar tadi.Tiba-tiba sahaja tekak Zahrah ingin merasa nasi ayam. Nasib baik Luth okey saja bawa dia ke
sini walaupun jarak restoran itu agak jauh daripada butik."NASI ayam dan jus oren dua." Pelayan tersebut segera mencatat pesanan pada satu buku nota kecil.
Zahrah memerhatikan Luth yang masih tegak berdiri di sebelahnya. Dia memilih meja yang agak tersorok sedikit. Lagipun, meja itu merupakan meja paling selesa disebabkan oleh saiznya yang agak besar dan luas.
"Luth, duduklah. Kesian awak berdiri dari tadi."
"Tak apa, puan." Balas Luth. Dia sebernanya segan untuk duduk semeja dengan isteri tuannya. Luth sedar bahawa dia hanyalah seorang pekerja.
"Duduk sini dengan saya, teman saya makan." Pujuk Zahrah lagi.
Tak syoklah makan sorang-sorang kalau tak ada orang teman.
Dan Luth pun tiada alasan lain untuk menolak. Puan dah pelawa, tak akan pula dia nak lepaskan.
Tidak lama kemudian, makanan mereka tiba. Aroma daripada nasi ayam tu gerenti boleh buat orang terliur.
"Puan nak makan semua ini ke?" Pelik Luth melihat ada dua pinggan nasi ayam dan dua gelas minuman. Sudahlah satu pinggan nasi pun banyak kuantitinya.
"Eh taklah. Mana mungkin saya mampu habiskan dua pinggan. Satu ini awak punya. Mesti awak pun lapar juga."
Dari tadi lagi Luth setia menemani dia meeting bersama klien. Asyik berdiri tegak seperti patung cendana.
Memang layak dicop pekerja terbaik.
Yelah, mestilah Zafran pilih yang terbaik untuk jadi bodyguard isterinya. Bermaksud, Luth ini bukan calang-calang lah.
LUTH setia berjalan di sebelah Zahrah. Dia dah kata tadi biar dia ambil kereta dulu sementara Zahrah duduk makan.
Tapi Zahrah tetap berkeras nak berjalan kaki ke tempat parkir kereta.
"Dah lama kerja dengan Zafran?" Saja Zahrah bertanya. Nak hilangkan rasa janggal dia dengan Luth.
Macam ice-breaking gitu.
"Dah puan. Sejak saya 18 tahun."
"Wah.. Muda-muda lagi. Sekarang umur awak berapa?"
"22 tahun."
" Lah, yeke? Tak sangka pula saya."
"Kenapa puan?"
"Saya 23. Kiranya saya kakak lah." Ketawa Zahrah disambut Luth. Tidak sangka pula bahawa Luth lebih muda setahun daripada dia sebab lelaki itu kelihatan sangat matang dan selalu serius.
"Jadi, awak tak perlulah panggil saya dengan panggilan formal. Saya rasa janggal pula. Anggap sahaja saya ni kawan awak."
" Baiklah." Luth tersenyum senang memandang Zahrah di sebelahnya.
Wanita itu sangat sporting dan baik. Dia gembira dapat berkerja dengan Zahrah.
LENGAN baju di lipat hingga ke siku. Rambut panjangnya diikat gaya messy bun.
Malam ini, Zahrah nak masakkan makan malam untuk Zafran. Lepas sahaja pulang dari butik pukul 5.30 petang tadi, Zahrah terus mengajak Luth pergi ke pasar raya untuk membeli barang basah. Banyak yang dah habis.
Sebelum suaminya pulang daripada kerja nanti, Zahrah harap semua makanan ini sudah siap dimasak.
Ayam dicincang dadu. Sayur dipotong-potong. Keadaan dapur sekarang memang agak bersepah. Dengan dapur yang besar ini , memang tak menang tanganlah dia nak mengemas sorang-sorang nanti.
Rumah ini memang tak ada pembantu rumah.
Zafran pernah kata, hanya seminggu sekali sahaja dia akan panggil pembantu rumah untuk datang membersihkan rumahnya.
Tetapi, bila dah berkahwin, Zafran rasa dia tidak perlu panggil pembantu rumah itu lagi.
Jadi maksudnya, Zahrah lah yang akan mengemas sorang-sorang. Fuh!
Zahrah tekun memasak dengan senyap. Dia cuma berselawat. Umi pernah berpesan, jangan bernyanyi ketika memasak. Takut apa maksud lagu yang kita nyanyi tu tidak baik.
Zahrah memusingkan badan ke belakang untuk mengambil bekas garam.
" Arghhh!!!!"
Terlepas bekas kecil itu daripada pegangannya. Zahrah pandang ke bawah, mujur bekas itu bertutup rapat dan garam tidak berterabur di atas lantai.
Perlahan-lahan, Zahrah mendongak ke atas semula.
Macam nak tercabut nyawa apabila Zahrah melihat Zafran berdiri di belakangnya. Elok bersandar pada dinding bertentangan dengannya.
Lelaki itu masih berpakaian pejabat. Zafran hanya beriak kosong sambil matanya tajam merenung isterinya.
Tadi, sewaktu dia buka pintu, Zahrah tidak ada menyambutnya. Pelik. Kerana kebiasaannya, Zahrah akan sambut dia di muka pintu sebaik sahaja mendengar bunyi enjin keretanya.
"Bila masa awak balik?" Rasa terkejut masih tidak hilang lagi. Dia memandang Zafran.
"Ten minutes ago, maybe." Selamba sahaja Zafran menjawab. Tangannya disilangkan memeluk tubuh.
" Lah, kenapa awak tak panggil saya. Saya tak sangka pula awak balik awal hari ini. Dah pergi naik atas, mandi, solat, lepastu turun makan. Okey? Saya nak siapkan ini dulu."
Tangannya menolak perlahan tubuh Zafran naik ke tingkat atas. Zafran hanya mengikut sahaja perintah itu.
"AWAK... Weekend ni awak busy? Ada pergi mana-mana?"
" No. Why?"
"Jom kita balik rumah umi abah nak? Saya rindu."
"Okey."
Hampir melompat Zahrah di meja makan itu. Dia sudah rindu sangat nak jumpa umi dan abah. Nasib baik Zafran kasi balik. Kalau tak, memang nangis tepi bucu katil lah jawabnya.
Lagi satu, Zahrah bukan saja-saja mahu pulang ke kampung hujung minggu ini. Baru sahaja umi memberitahunya bahawa MakCik Milah, jiran mereka ada buat kenduri kesyukuran.
Makcik Milah jemput mereka sekeluarga. Jadi, orang dah jemput, kenalah datang kan?
Tapi satu perkara yang agak membimbangkan ialah, boleh ke Zafran sesuaikan diri nanti?
Yelah, Zafran kan tak suka keadaan yang sesak dengan ramai manusia.
Lagi satu, anak bongsu Makcik Milah itu, Alisya. Atau semua orang panggil Lily. Geli je Zahrah nak panggil dia Lily. Alisya itu memang terkenal dekat kampung.
Terkenal sebab perangai dia yang gedik dan muka ulat bulu. Perangai suka dekat lelaki handsome.
Pantang ada je yang kacak sikit, mesti nak menggeletis. Belum lagi cerita kalau lelaki itu datang dengan pakej lengkap siap berpoket tebal lagi.
Mesti sampai satu kampung dia canang itu dia punya. Fuh!
Memang musuh ketat dan abadi Zahrah dan Farah sejak dari sekolah menengah lagi.
Memang anti habis dengan minah tak cukup kain plus rambut berkarat tu.
~ • 🤍 • ~
Edited Version.
YOU ARE READING
DIA, LELAKI MISTERI✓
RomanceAwalnya hidup dia sama sahaja seperti manusia lain. Bangun pagi, bersiap pergi kerja, pulang kerja dan tidur. Itulah yang berulang-ulang setiap hari. Sehinggalah suatu hari, matanya telah menyaksikan satu mayat yang terkujur di atas jalan, dengan...