~ • 🤍 • ~"KAU pegang sini, lepastu lipatkan ke sini." Kain samping songket berwarna krim emas itu dia pandang.
Berkerut dahinya cuba memahami ilmu memakai samping seperti yang sedang diajarkan oleh sepupunya, Zafran.
"Macam ni?"
"Eh no! Itu dah macam orang perempuan pakai kain batik pula aku tengok. Macam ni lah..." Zafran segera mendekati sepupunya dan melipatkan kain samping songket itu.
Nak belajar lipat samping pun susah ke?!
"Okey done!"
Nathan memandang cermin besar dihadapannya. Raut mukanya berubah kelat. Kenapa dia rasa macam pelik je cara Zafran ajar dia pakai samping ni?
"Betul ke ni? Macam pelik je aku tengok."
"Betul lah. Memang orang lelaki pakai macam ni," balas Zafran. Matanya turut memerhatikan belakang tubuh Jonathan.
"Memang lah orang lelaki. Mana ada perempuan pakai samping." Nathan buat muka menyampah.
"Eh, perempuan pun ada pakai samping tau. Time dia bersilat." Zafran tersenyum sinis.
Nathan menjeling Zafran. Tangannya diangkat bercekak pinggang.
Ehhhhh maleh aque nak layan manusia ni!
"Bruh, nice joke."
Meletus tawa Zafran melihat wajah bengang sepupunya. Jarang-jarang nak nampak Nathan yang selalu happy-go-lucky ni marah.
Biasanya sepupu dia tu riang sahaja macam kanak-kanak ribena terlebih minum air ribena.
Angin monsun barat daya sepupunya itu hanya datang jika ada yang mengganggu emosinya sahaja. Barang kali Nathan sedang period.
Pfftt.
Bongok hang.
"Nah, nanti kau kena pakai yang ini juga." Zafran menghulurkan sesuatu berwarna hitam kepada Jonathan.
Nathan memandang sepupunya tidak percaya.
What the hell, man?
"Kau nak aku pakai ni?"
"Yup!"
"No way! Never and ever. Kalau ya pun nak suruh aku pakai bagi lah yang helokk sikit." Songkok di tangan Zafran di pandang lama.
Ini songkok pak haji mana dia nak suruh aku pakai? Tinggi dia mengalahkan burj khalifah aku tengok.
"Pakai jelah. Tak salah pun. Lagi satu, aku tak jumpa songkok lebih. Yang ada pun anak aku punya mesti kepala kau tak muat. Ini jelah yang tinggal." Zafran sembunyi senyum.
Kalau dia pun memang dia tak nak pakai.
HAHAHA.
Songkok itu sudah bertukar tangan. Jonathan memandang tajam ke arah songkok itu. Permukaan berwarna hitam itu dia gosok perlahan.
YOU ARE READING
DIA, LELAKI MISTERI✓
Storie d'amoreAwalnya hidup dia sama sahaja seperti manusia lain. Bangun pagi, bersiap pergi kerja, pulang kerja dan tidur. Itulah yang berulang-ulang setiap hari. Sehinggalah suatu hari, matanya telah menyaksikan satu mayat yang terkujur di atas jalan, dengan...