~ • 🤍 • ~MATA memandang ke arah tangan yang menggigil teruk. Beralih pula kepada kaki yang bergetar hebat. Nafasnya laju. Jantungnya berdebar ya amat.
Zahrah melihat sekujur tubuh yang pengsan di atas tanah. Ya, pengsan sebab sewaktu dia melihat lelaki berbadan tegap itu cuba mendekati Zafran sambil mengacukan pistol terus Zahrah bergerak secara perlahan dan dengan pantas dia sepak kepala lelaki itu ala-ala orang sedang bertaekwando.
Fuh!
Tapi Zahrah tak sangka pula penangan dia ini sampai menyebabkan lelaki itu pengsan. .
Kuat sangat ke aku sepak? Aku takut. Takut pula dari pengsan boleh mati lelaki ni sebab aku sepak kepala dia.
HAHAHAHHA.
Niat Zahrah hanya mahh selamatkan suaminya sahaja. Teringatkan suami, terus Zahrah dongak kepala memandang ke depan.
Kelihatan Zafran dan Nathan sedang memandangnya tak berkelip. Dengan muka pucat mereka, darah-darah kering di muka, rambut serabai, baju pun dah koyak.
Tak macho langsung!
Nathan memandang Zahrah silih berganti dengan tubuh Vixi. Cuba menghadam perkara yang baru sebentar tadi terjadi. Agak mengejutkan. Sebab Vixi boleh tahan tinggi, macam mana pula kaki Zahrah boleh sampai nak sepak kepala Vixi tu padahal Zahrah takat bahu Vixi saja.
Pelik bin ajaib.
Ajaib bin ajinamoto.
Eh?
Tiberr.
Itulah mungkin yang pepatah pernah kata, jangan pertikaikan kuasa wanita!
Sekali dia terbang boleh pengsan engkau.
Apa yang penting, Nathan sangat kagum dengan keberanian Zahrah yang telah menyelamatkan mereka.
Thumbs up!
Zahrah bergerak ke arah Zafran yang masih terkejut. Amboi cik abang, betul-betul terkejut ya sampai pucat lesi muka tu. Baru dia perasan dengan tangan Zafran yang berdarah ditutupi dengan lengan baju yang panjang.
Leher suaminya terus Zahrah peluk erat. Dia membenamkan muka pada leher
Zafran itu dan satu esakan terlepas dari bibirnya. Bersungguh-sungguh Zahrah menangis sebab dia masih dalam keadaan terkejut dan takut dengan situasi seperti ini.Tengoklah, tangan dia pun masih tidak berhenti menggigil lagi.
Hanya sebentar sebelum tangan Zafran naik mengusap belakang badan isterinya. Cuba menenangkan dan menyalurkan semangat kepada Zahrah. Tapi makin kuatlah pula isteri dia menangis.
Zafran terus memeluk tubuh Zahrah apabila dia melihat isterinya yang semakin tidak tenang.
"Shhhh, everything is okay. Semuanya dah tamat, sayang." Bisik Zafran perlahan.
Pipi isterinya dicium sekilas. Zafran cuba menolak badan Zahrah untuk melihat wajah isterinya, tapi Zahrah masih erat memeluk batang lehernya. Haih isteri dia ni.
Sementara Zahrah masih memeluk lehernya, Zafran mengarahkan mereka yang lain supaya mengemaskan bukti dan membawa pulang semuanya. Zafran juga mengarahkan Nathan untuk mengangkat tubuh Vixi. Tak kan lah nak tinggalkan lelaki itu seorang diri dalam hutan ni.
Nathan angguk. Faham.
Dia kemudiannya memanggil seorang anak buahnya untuk menolong angkat tubuh Vixi.
Dah penat berlawan mana larat woi nak angkat sorang-sorang. Dahlah tubuh Vixi ni besar, tinggi lampai.
Walaupun Zafran lagi tinggi dari Nathan, Vixi lebih sedikit daripada Zafran. Jadi, korang bayanglah sendiri kalau beza Vixi dengan Nathan.
Nathan merungut.
Aku rasa aku dah cukup tinggi, 183cm kot, kenapalah aku ada sepupu yang lagi tinggi dari aku. Adik-beradik galah ke apa.
Tak lama selepas itu, seorang anak buah Nathan yang berbadan tegap datang ke arah mereka bertiga. Nathan menyuruh dia untuk tolong angkat tubuh Vixi.
"Baik bos."
Berkerut dahi Zahrah mendengarkan suara anak buah Jonathan itu.
Macam pernah ku dengar, tapi di mana ya?
Disebabkan Zahrah yang masiy membelakangi mereka, mata Zahrah tidak dapat lihat siapa dia. Terus Zahrah berpusing. Matanya terbeliak memandang ke figura di hadapannya itu.
"ABANG HAKIM???!!!!!"
Haq yang terkejut itu terus berpusing ke belakang. Nampaknya dia juga terkejut melihat Zahrah yang sedang bercekak pinggang di hadapannya. Alamak, bala datang!
Zafran di sebelah Zahrah turut memandangnya sambil tersenyum sinis.
Cis! Tak guna punya biras.
"Hai Zahrah, err nanti-nanti kita bincang ya. Hehe. Zahrah tengoklah suami Zahrah yang dah penat tu dengan muka berdarah-darah. Abang pergi dulu ya." Cepat-cepat dia mengelak sebelum kena berleter dengan Zahrah Ameera.
Bukan dia tak tahu, Zahrah tu ratu berleter. Yelah, Hakim dengan Zahrah tu kan dah kenal daripada kecil lagi.
Zahrah mengalih pandangan ke arah suaminya pula. Wajah Zafran direnung lama meminta jawapan. Zafran pula buat-buat tak perasan dengan renungan isterinya.
"Dah lah sayang, jom. Abang sakit ni." Zafran buat muka kesian. Haraplah isterinya tu tak merajuk.
Zahrah mengeluh. Panjang muncung itiknya tanda tidak berpuas hati dengan semua orang.
Siap korang, satu-satu nanti aku masak gulai.
Mereka berdua bergerak ke kereta di mana semua anak buahnya berkumpul. Ramai yang tercedera, nasib baik tak ada pertumpahan nyawa. Musuh-musuh mereka semua berjaya ditumpaskan.
Semakin ke hadapan, Zafran berasa pelik apabila menyedari Zahrah di belakangnya menjadi senyap tiba-tiba. Lantas dia berpusing.
Zafran terkejut.
"Ya Allah, sayang!!!"
Tubuh Zahrah jatuh menyembah bumi. Terus Zafran menerpa ke arah isterinya. Tubuh kecil itu terus dicempung. Terkejut melihat Zahrah yang tadi baik sahaja tapi sekarang ini tiba-tiba pengsan tak sedarkan diri.
Zafran mendukung cinta hatinya dan pantas bergerak ke kereta. Lengan yang sakit akibat ditembak dia tak pedulikan. Yang penting isterinya!
Nathan yang menyedari situasi cemas itu terus berdiri tegak. Dan lantas menghidupkan enjin keretanya.
"Hospital."
Sepatah sahaja yang dikata oleh Zafran. Tapi cukup dia faham.
Zafran sempat mengarahkan anak buahnya dan anak buah Jonathan supaya pulang terlebih dahulu.
Jonathan memecut laju kereta lambo miliknya. Biarlah dia kena saman nanti, Zafran yang tolong bayarkan.
Choi!
Zafran di kerusi belakang pula sedang asyik mengusap dahi isterinya yang berpeluh-puluh. Tangan mulus Zahrah di ambil dan dikucup.
Sejuk.
Hatinya cukup risau melihat Zahrah sekarang ini. Sampaikan diri dia yang tak terurus dan serabai pun dia dag tak kisah.
Mereka bertiga semakin menghampiri perkarangan hospital.
I hope nothing serious.
~ • 🤍 • ~
Edited Version.
YOU ARE READING
DIA, LELAKI MISTERI✓
RomantiekAwalnya hidup dia sama sahaja seperti manusia lain. Bangun pagi, bersiap pergi kerja, pulang kerja dan tidur. Itulah yang berulang-ulang setiap hari. Sehinggalah suatu hari, matanya telah menyaksikan satu mayat yang terkujur di atas jalan, dengan...