7 - KIDNAP

12.4K 783 20
                                    

~ • 🤍 • ~

JANTUNG sedari tadi berdegup laju macam nak meletup. Zahrah masih berlari tanpa hala tuju. Satu saja yang dia fikir ketika lari.

Aku kena selamat! Selagi kaki ini mampu berlari, akan aku lari sejauh mungkin.

Lelaki-lelaki bersut hitam itu masih mengejarnya. Zahrah tidak tahu sudah berapa jauh dia berlari.

Mesti dia dah tersalah masuk lorong lain dan sudah jauh daripada tempat parking kereta. Apa yang pasti, lorong yang sedang dilalui oleh Zahrah  ini semakin gelap dan suram.

'Ya Allah, bantulah aku. Aku dah tak larat sangat nak lari ini'.

Hayunan kaki semakin melemah tetapi dia masih perlu meneruskan lariannya.

Manusia tadi masih mengejarnya. Melihatkan mereka semua berbadan sasa dan tinggi lampai, pastilah laju mereka lari.

Kecut perut Zahrah memikirkan perkara yang akan berlaku jika dia berjaya ditangkap.

Di satu lorong kecil yang teramat gelap, tiba-tiba lengan Zahrah ditarik. Terkejut dia dibuatnya dan dia hampir menjerit.

Baru sahaja Zahrah ingin menjerit mulutnya ditekup dengan satu tangan kasar. Lelaki. Siapa ini? Perogol sesat ke? Zahrah bertukar cemas. Badannya meronta-ronta minta untuk dilepaskan.

"Shhh, be quiet. Kalau kau tak nak diorang semua dapat kau, kau kena diam." Perlahan sahaja suara itu berbisik di tepi telinga Zahrah..

Semakin takut Zahrah mendengar suara dingin lelaki itu. Dia tidak dapat melihat mukanya kerana tempat itu sangat sempit dan gelap.

Untuk seketika, Zahrah tidak lagi mendengar derap kaki lelaki yang mengejarnya.

Fuh, selamat. Kalaulah lelaki ini tidak menarik tangan dia, tak tahulah apa yang akan terjadi.

Zahrah memandang ke arah penyelamatnya walaupun dia tidak dapat mengecam wajah itu.

Baru Zahrah ingin bertanya, tiba-tiba mulutnya ditekup dengan sehelai kain. Dia meronta-ronta dalam pelukan lelaki itu.

Pasrah dengan segala kudrat keperempuanannya yang sentiasa terhad, rontaan Zahrah semakin lemah.

Perlahan-lahan matanya mula memberat dan badannya semakin tidak stabil.

Sebelum menutup mata, Zahrah sempat mendengar apa yang dibisikkan lelaki tadi.

"Sleep well pretty, i'm sorry. I must do it."

Tubuh kecil gadis itu dicempungnya dengan mudah. Beg tangan Zahrah juga di bawa bersama. Dia kemudiannya menuju ke arah kereta miliknya dan membawa gadis itu pergi.

M'Louis.

No one can bother MLouis's.

PRANGG!!

Pinggan kaca ditangannya jatuh pecah ke lantai. Habis kaca bertaburan.

Puan Maria mengurut dadanya perlahan. Hati berasa tidak sedap dari semalam lagi. Seakan-akan ada perkara buruk yang telah berlaku.

"Ya Allah, umi! Kenapa ni? Astaghfirullah! Macam mana boleh pecah ni." Terkejut Farah  melihat kaca yang berserakan di atas lantai. Bertambah terkejut lagi melihat tangan umi yang berdarah terkena serpihan kaca.

Farah membantu Puan Maria membersihkan  kaca itu. Kemudian dia mengambil first aid kit untuk membalut luka di tangan uminya.

"Farah, Kak Zahrah ada telefon kamu?" Soal Puan Maria dengan nada risau.

Farah memandang uminya dengan pandangan hairan.

Kenapa? Pasti ada sesuatu yang terjadi. Kalau tak, takkanlah umi akan kusut seperti ini.

"Err tak adalah pula umi. Kenapa? Ada something menimpa kakak ke?"

"Entahlah, tapi hati umi ni rasa tak sedap je dari semalam lagi. Umi pun tak tahu kenapa."

" Perasaan umi je kot. Dah lah, jangan dilayan kan sangat. Kita doakan saja supaya Kak Zahrah dalam perlindungan Allah di sana."

Farah cuba menenangkan uminya walaupun hati dia juga terasa sangsi.

"Hmm yelah, umi cuba. Ni abah kamu dah balik surau ke? Lama sangat pula. Dah larut malam ni".

" Abah kata tadi mungkin dia balik lambat sikit. Ada mesyuarat ahli surau selepas bacaan yassiin di surau." Terang Farah.

"Sudahlah umi. Farah masuk bilik dulu ya. Nak tidur."

Puan Maria menganggukkan kepalanya. Dia cuma memerhatikan langkah anak gadisnya dengan perasaan sayu.

Entah kenapa, dia asyik terfikirkan anak gadisnya lagi seorang yang sedang bekerja di bandar. Iaitu Zahrah Ameera Abu Umar.

Puan Maria hanya dapat berdoa supaya anak gadisnya itu sentiasa di dalam lindungan Allah. Semoga tiada perkara buruk yang menimpa anak gadis sulungnya itu.

~ • 🤍 • ~

Edited Version.

DIA, LELAKI MISTERI✓Where stories live. Discover now