~ • 🤍 • ~"COME ON sir."
Shawn mengikuti langkah lelaki muda dihadapannya. Pembantu yang menyambut dia pulang di airport.
Keadaan sekitar dia pandang. Terasa lama benar dia tidak pulang ke Malaysia. Hampir lima tahun rasanya.
Terlalu sibuk menguruskan urusan anak syarikat keluarganya di London. Anak syarikat yang entah keberapa pun dia tidak pasti.
Troli beg ditolak perlahan-lahan. Beg yang banyak tentulah berat. Walaupun telah dipelawa oleh pembantunya tadi, Shawn tetap menolak dan memilih untuk melakukannya sendiri.
Dan sekarang, dia rasa menyesal pula. Dah lah beg berat, kena tolak jauh-jauh pula tu.
Itulah pasal, padan muka.
Orang dah offer tolong tadi pergi tolak!
Kaca mata hitam dibuka lalu disangkutkan pada leher kolar baju putih yang dipakainya.
Tujuan Shawn pulang ke Malaysia pun hanya disebabkan majlis rasmi yang perlu dia hadir.
Majlis penting katanya.
Kalau dah tuan badan sendiri yang call mestilah penting.
Siapa?
Siapa lagi kalau bukan Jonathan Brian Louis a.k.a sahabatnya itu.
Cewah geli pula nak panggil sahabat.
HAHAHA.
Majlis apa pula yang penting sangat tu? Haa nanti korang semua tahu lah ya.
"Sir."
Shawn tersedar daripada lamunannya lalu memandang ke arah lelaki muda itu. Kening dijongketkan ke atas.
Kacau jelah aku nak berangan kejap.
"Sir ada nak makan di mana-mana? Atau sir nak terus balik kondo?"
Shawn berfikir buat seketika.
"Balik terus lah, nanti order makanan sahaja."
Lelaki itu angguk kepala.
Dan kereta mewah itu pun bergerak menyusur keluar daripada perkarangan tempat parkir kereta di lapangan terbang Kuala Lumpur.
YOU ARE READING
DIA, LELAKI MISTERI✓
RomanceAwalnya hidup dia sama sahaja seperti manusia lain. Bangun pagi, bersiap pergi kerja, pulang kerja dan tidur. Itulah yang berulang-ulang setiap hari. Sehinggalah suatu hari, matanya telah menyaksikan satu mayat yang terkujur di atas jalan, dengan...