31 - HONEYMOON

11.5K 639 3
                                    


~ •🤍 • ~

"SIGNORE, il signor Alvin mi ha detto di andare a mangiare." ( Tuan, tuan Alvin suruh turun makan )

Zafran mengeluh sambil tangannya mencapak t-shirt hitam di sebelah katil.

Sempat dia kucup bibir isterinya sekilas sebelum bangun daripada katil.

Membahang muka Zahrah dengan tindakan tidak terjangka suaminya itu. Pandai betul Zafran ambil kesempatan ya!

"Jom turun makan."

Zafran menggamit tangan mulus itu lalu turun ke ruang makan bersama isterinya.

NAPKIN di atas paha di ambil dan mulut dilap. Sewaktu makan mestilah kena beradab, senyap dan sopan.

Kemudian, pencuci mulut pula dibawa sebagai penutup hidangan.

Rambang mata Zahrah melihat semua makanan yang penuh di atas meja panjang ni. Selama hidupnya, dia hanya pernah lihat keadaan mewah seperti ini cuma di televisyen dalam drama-drama diraja sahaja.

Tidak sangka sekarang ini dia pula yang sedang mengalaminya.

Semua orang khusyuk makan makanan yang telah dihidangkan. Memang semuanya sedap-sedap!

Zafran di sebelah juga tekun mengopek kulit udang menggunakan sudu dan garfu tanpa mengeluarkan sepatah kata. Memang bagus! Semua orang senyap sewaktu makan.

Zahrah tidak perlu berasa risau tentang makanan ini sama ada halal atau tidak, sebab Zafran sendiri yang kata bahawa chef di rumah ini orang islam dari Pakistan. Memandangkan datuknya seorang vegetarian, datuk tak kisah pun nak ambil chef muslim.

Katanya lebih senang sebab, kalau ahli keluarga Zafran menziarahinya di sini, mereka tak perlu tercari-cari makanan halal di tempat lain.

"Quanto tempo hai vissuto qui?" ( Berapa lama kamu tinggal disini ). Suara yang datang daripada hujung meja iaitu suara datuk Zafran.

"Maybe a month, or two." Jawab Zafran.

Datuknya mengangguk perlahan.

"You too, Nathan?"

", seguo solo le parole di Matthew."

" Non vuoi andare in luna di miele con Mateo?" ( kamu tidak mahu pergi berbulan madu sekali ke Matthew )

Datuknya menyoal Zafran tapi matanya terarah kepada Zahrah. Zahrah pula nampaknya terkebil-kebil memandang Alvin Louis.

Diorang cakap apa sebenarnya ni?

Datuk Alvin segera berdehem perlahan. Sedar akan sesuatu.

"Kamu berdua tak nak pergi berbulan madu sekali?" Datuk Alvin menyoal kembali tetapi kali ini dalam versi bahasa melayu.

Zahrah memandang suaminya yang turut memandang ke arahnya.

"Datuk nak sponsor kami ke?" Gurau

Tapi apa pepatah melayu kata?

Kecil tapak tangan, nyiru Zafran tadahkan.

"Aku tak kisah. Janji aku dapat cucu nanti." Selamba sahaja Datuk Alvin berkata.

Zafran tersengih nakal. Dia memandang isterinya yang sedang menahan malu di sebelahnya. Terangkat-angkat keningnya sebaik sahaja Zahrah menoleh ke arahnya.

Zahrah mengetap bibir.

Ishh diorang ni bincang macam tak ada orang lain kat sini. Buat malu aku je!

Zahrah segera mencubit paha Zafran dari bawah meja. Zafran mendesis perlahan.

Fuhh sepit dia macam ketam!

PEMANDANGAN  indah di malam hari. Tak dapat dinafikan, rumah Datuk Alvin Louis  memang macam sebuah istana. Rumah yang besar dan serba mewah. Dengan halamannya yang luas. Terdapat juga swimming pool yang besar di bawah sana. Jauh daripada hiruk-pikuk kota dan hanya ada dua tiga buah  kejiranan sahaja di kawasan ini.

Siap ada private golf field lagi tu! Dan private lake untuk mereka yang ingin meluangkan masa bersama keluarga.

Sedang asyik Zahrah termenung, ada satu tangan sasa merangkul pinggangnya daripada belakang. Zahrah sedikit tersentak. Jelas deru nafas yang hangat menghembus leher jinjang nya. Tidak perlu toleh untuk tahu siapa.

"Termenung apa?" Dekat suaranya di tepi telinga Zahrah. Dapat dirasakan bulu roma isterinya meremang.

"Cantik kan langit malam ni?" Zahrah menukar topik. Saja untuk menghilangkan rasa gemuruhnya.

Zafran mengeratkan pelukan dan dagu diletakkan di atas bahu Zahrah. Dia turut memandang langit malam yang sangat indah dihiasi bintang-bintang yang bercahaya.

"Cantik."

Lama mereka berdiam diri. Menikmati angin malam yang sejuk menampar wajah.

"Kau betul ke tak nak pergi honeymoon?" Soal Zafran untuk kali ke seratus rasanya.

Selesai sahaja makan malam tadi, Zahrah terus menyatakan hasratnya untuk tidak menerima perlawaan datuk. Tapi atas sebab apa?

Zahrah lantas berpusing. Sebelah tangannya diletakkan pada dada bidang Zafran manakala sebelah lagi mengusap perlahan pipi suaminya. Zafran hanya diam memerhatikan tingkah laku isterinya.

"Awak kata awak ke sini sebab ada kerja?" Lembut Zahrah berkata.

"Memang betul, tapi boleh saja kalau kau nak pergi."

Zahrah tersenyum manis. Tunak matanya membalas renungan hangat daripada mata helang Zafran.

"Tak apalah, awak selesaikan kan dulu semua kerja awak. Nanti ada waktu free kita pergi okay?"

"Betul ni?" Soal Zafran tidak percaya.

" Ya."

Zafran memandang anak mata Zahrah untuk mencari kejujuran. Jelas di situ keikhlasan dan kejujuran dalam renungan itu. Zafran tersenyum manis. Rasa hati sangat bersyukur mempunyai isteri yang memahaminya.

" Lagipun saya tak kisah sangat selagi awak sentiasa ada dengan saya." Gumam Zahrah perlahan. Hanya dia yang mendengarnya.

Zafran tersenyum sumbing. Dia menarik Zahrah agar semakin dekat dengannya. Dahi ditundukkan rapat ke dahi isterinya. Zahrah tergamam.

Gulp! Zafran dengar ke apa yang aku cakap tadi?

Perlahan-lahan Zahrah mendongak membalas pandangan mata tunak Zafran.

Err... Kenapa dia rasa macam Zafran sedang menggodanya?

Aduii umii!!!

Tanpa kata, Zafran terus menarik tubuh kecilnyanya masuk ke dalam bilik. Pintu balkoni terus ditutup dan juga langsir.

Hampir terjerit Zahrah dengan tindakan drastik itu. Seperti tahu apa yang akan terjadi selepas ini. Jantungnya berdebar hebat.

Umi!!!! Tolong!!!!

~ • 🤍 • ~

Edited Version.

DIA, LELAKI MISTERI✓Where stories live. Discover now