58 - MY LOVE

10.2K 509 31
                                    

~ • 🤍 • ~

ANGIN malam meniup lembut wajahnya. Rambut ikal mayang beralun-alun mengikut rentak bayu.

Nafas ditarik dan dihela perlahan. Seketika kemudian bibirnya tersenyum manis tatkala ada sepasang tangan sasa yang merangkul pinggangnya.

Terasa hembusan hangat nafas seseorang di belakang telinga. Zahrah meletakkan tangannya di atas tangan seseorang yang memeluk pinggangnya itu. Pelukan semakin dieratkan.

Mereka berdua bersama-sama memandang langit malam yang terbentang luas di hadapan mata.

Cantik dan mendamaikan.

Tiada kata yang terungkap dibibir buat beberapa minit. Hanya senyuman menghiasi wajah masing-masing.

Zafran memalingkan wajah ke sebelah. Hatinya menjadi tenang memandang wajah isterinya yang bercahaya itu sedang tersenyum manis.

Wajah Zahrah menghangat apabila sepasang mata helang itu tidak berhenti merenung wajahnya. Perlahan tangannya menolak dagu lelaki itu mengelak daripada memandangnya lebih lama.

Namun Zafran masih berkeras. Tidak puas rasanya merenung wajah bidadari yang sentiasa mengisi ruang hatinya.

Pelukan semakin dieratkan semula. Zafran menyembamkan mukanya pada batang leher Zahrah. Kulit mulus itu dicium berkali-kali dan digigit perlahan. Mengeliat kecil wanita itu kerana kegelian.

"Sayang...." Perlahan suara garau itu berbisik di tepi telinganya.

"Hmm."

"I fall short of words , to tell you how much you mean to me. All I can say is that my life revolves around you, and nothing else matters. "

Hati Zahrah terharu mendengarkan bicara yang keluar dari mulut suaminya. Zahrah memusingkan badan menghadap Zafran. Mereka saling bertentang mata. Baru sahaja Zahrah ingin berkata, lekas-lekas Zafran meletakkan jarinya di bibir merah itu. Sekaligus membatalkan perbuatan isterinya.

"It's only you that i choose. I want you to always be there beside me in joy and sorrow."

Bibir merah Zahrah dicium sekilas sebelum Zafran bertindak menyambungkan kata-katanya.

"You complete me in every sense. You are everything. I just want to say a big thank you with a warm hug. Because you are my precious wife, my darling, my honey and my complement of life."

Air mata Zahrah mengalir perlahan. Segera Zafran menyeka mutiara yang jatuh ke pipi mulus itu.

"Don't cry darling." Ubun-ubun isterinya dicium lembut. Kemudian beralih ke dua kelopak mata, pergi ke hidung, pergi ke kedua belah pipi dan akhirnya beralih ke bibir merah yang lembut itu. Lama kucupan diberi.

" You are my everything. I love you."

~ THE END ~

Alhamdulillah syukur tak terkira bila Ally berjaya hasilkan penulisan yang tak seberapa ini. Dengan rasa rendah diri, Ally akhiri Dia, Lelaki Misteri dengan bab terakhir ini.

Terima kasih tak terhingga buat semua pembaca yang sudi dan sokong DLM ini. Ally mohon maaf sepuluh jari bagi segala kekurangan dalam DLM ini.

Ally tahu DLM merupakan penulisan pertama Ally yang berjaya dihasilkan sejauh ini dan berjaya dihabiskan. Berbanding cerita-cerita lain yang hanya separuh jalan.

Sudah tentulah banyak benar kekurangannya dari segi kesilapan ejaan, kekurangan idea, dan jalan cerita yang tidak menarik.

Ally minta maaf.

Sekali lagi, terima kasih sem sebab sudi menghabiskan bacaan Dia Lelaki Misteri.


Ally akhiri semua ini dengan rasa rendah diri dan perasaan terharu untuk semua.

SEKIAN, TERIMA KASIH !!! 🤍

DIA, LELAKI MISTERI✓Where stories live. Discover now