22 - MARRIED

11.9K 720 35
                                    


~ • 🤍 • ~

ZAHRAH menonton televisyen dengan pandangan kosong. Tak ada langsung cerita yang seronok baginya. Semua membosankan.

Mata mengerling melihat jam. Jarum jam yang melekat pada dinding itu hampir-hampir menuju ke angka 12. Mata dijulingkan ke atas. Badan dihempas perlahan di sofa lembut itu.

Bosan!

Hampir sebulan dia seperti ini. Pergi kerja dan balik kerja. Memasak dan tidur. Itu sahaja lah yang dia buat.

Zafran?

Hampir sebulan lelaki itu sibuk dengan urusannya. Keluar awal pagi untuk pergi ke pejabat. Dan balik pada tengah malam untuk selesaikan 'kerja' itu.

Pernah sekali suaminya pulang pada pukul 3 pagi dengan badan yang berpeluh-peluh macam orang baru lepas lumba lari.

Musykil Zahrah dibuatnya.

Suami aku ni bermarathon satu Malaysia ke?

Sudah tentulah masa Zahrah dengan Zafran sangat terhad. Lelaki itu betul-betul sibuk!

Perhatiannya beralih kepada telefon yang rancak berbunyi di sebelah.

Siapa pula call dia tengah malam macam ni?

Farah.

Lepas sahaja melihat nama pemanggil, cepat-cepat Zahrah angkat panggilan itu. Adiknya tidak pernah telefon orang bila tengah malam. Dan selalunya Farah lah yang paling cepat masuk tidur.

Kena sampuk apa budak tu?

Butang hijau digesek pantas.

"Assalamu...."

"Akakkkkkkkkkk!"

Tak sempat Zahrah nak habiskan salam, adiknya sudah menjerit di corong telefon.

Zahrah segera menjauhkan telefonnya daripada telinga.

Rasa berdesing sebelah kepala. Boleh pekak sekejap telinga dia dek jeritan Farah sebentar tadi.

"Woi, kau dah kenapa jerit-jerit?" Dengan geram Zahrah bertanya.

"Hehehe, aku excited lah kak. Teruja. Teruja."

"Teruja kenapa? Buang tebiat ke apa? Kenapa kau tak tidur lagi ni, bukan kau ke yang paling cepat tidur kalau jumpa katil." Bertubi-tubi Zahrah menyoal.

Farah mencebik mendengar bebelan kakaknya.

"Ala, aku tak boleh tidur. Aku nak cerita ni kak, kau jangan terkejut tau."

Gaya-gaya makcik bawang datang rumah jiran nak bergosip tepi tingkap. Zahrah segera memasang telinga.

Apa benda yang mustahak sangat ni? Nak gosip pasal masalah negara ke?

"Apa dia?"

"Ehem ehem, pengumuman pengumuman! Ladies and gentleman, akhirnya Farah Syuhadah Binti Abu Umar dah tak akan single lagi! Abang Hakim lamar aku jadi isteri dia!!"

Sekali lagi Zahrah rasa nak pelangkung je adik dia itu sebab tiba-tiba menjerit macam kak ponti tersedak susu.

Kalau dia pekak nanti, memang kena mulut budak ni dia sumbat dengan kasut but yang abah dia selalu bawak pergi kebun tu.

Ehhh... cop, cop.

Apa adik dia kata tadi?

"Apa kau cakap?? Abang Hakim?"

" Iyaaaa." Balas Farah dengan teruja.

"Seriuslahh??" Tidak dapat Zahrah tahan rasa terkejutnya apabila mendengar berita yang Farah sampaikan.

DIA, LELAKI MISTERI✓Where stories live. Discover now