"Kerana ku sekuntum bunga mawar yang berduri..tidak mungkin ada perkataan putus asa dalam kamus hidupku"♡♡
•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
"Kring!!kring!!"Encik Pemanggil mula kedengaran. Agnese mencelikkan matanya sambil tangan menekan punat off alarm jamnya.Setelah sedar sepenuhnya Agnese melangkah ke tingkapnya untuk menyelak tirai dan membuka tingkap. Seusai tirai dibuka,maka bilik tidurnya diterangi cahaya Sang Mentari dengan kicauan burung kedengaran untuk memeriahkan suasana waktu pagi.Agnese bergegas ke bilik mandinya untuk membersihkan diri dan sekaligus memulakan rutin hariannya.
Agnese sememangnya yang sudah kehilangan kedua-dua ibu ayahnya sudah terbiasa menjalani hidup berdikari. Dia kehilangan ibunya pada berusia lima tahun dan hanya hidup dengan curahan kasih sayang seorang ayah.
Oleh kerana takut Agnese membesar tanpa kasih seorang ibu..Ayahnya melamar seorang wanita juga sudah kematian suami dan hanya ditemani oleh dua orang anak perempuanya selepas tiga bulan mengenali hati budi masing-masing.
Namun siapa sangka,langit tak semestinya cerah.Ibu tirinya yang dulu diharap mampu memberikan kasih sayang kepadanya.Rupa-rupanya hanya ingin menumpang senang dan ingin mendapatkan harta milik ayah Agnese.
Malang tidak berbau,Agnese digemparkan lagi dengan berita kemalangan ayahnya semasa dalam perjalanan pulang ke rumah mereka dan menghembuskan nafas terakhirnya dalam dakapan Agnese.Agnese yang selama kini hanya ditemani ayahnya..tidak mampu menerima pemergian ayahnya yang sudah mengikuti jejak arwah ibunya.Dia mengalami kemurungan dan hanya berkurung di dalam bilik sambil meratapi pemergian ayahnya..
Namun bulan berganti bulan,tahun berganti tahun..Agnese mula menerima pemergian ayahnya dan nenjalani kehidupan bersama keluarga tirinya.Walaupun sentiasa dicaci dan dimaki..namun dia tetap bersyukur kerana masih ada keluarga.
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
Setelah menyiapkan diri,Agnese bergegas ke tingkat atas untuk membangunkan ibu tiri dan adik tirinya.Dia sememangnya tidur di tingkat bawah terpaksa ke tingkat atas setiap hari untuk melakukan kerja rumah. Agnese dilayan seolah-olah pembantu rumah di tempat tinggal sendiri.
Bermula pintu pertama di sebelah tangga,Agnese mengetuk pintu sebelum masuk ke dalam bilik tidur dua orang adik tirinya,Lucia dan Aulia.
Antara dua adik tersebut,Lucia yang paling tua kemudian diikuti Aulia yang muda dua tahun daripada Lucia.
Agnese menahan ketawa melihat gaya dua orang adik tirinya yang sedang tidur. Tak ditahan dimarahi pula.Agnese memanggil mereka berdua supaya mereka berdua segera bangun daripada tidur mereka.
Dua orang adik tirinya yang masih bergelumang dengan selimut di atas tilam mendengus dengan kasar kerana tidur mereka terganggu.
"Siapa pula yang kacau tidur aku pagi pagi buta ni"
Agnese yang mendengar kata ii Lucia itu hanya menundukkan kepala, ketakutan.
"Sekarang sudah menjelang pagi,jadi kakak bangunkan kamu berdua untuk membersihkan diri sebelum makan waktu pagi"
Lucia lalu bangun dan menghentak-hentak kakinya dengan kasar.
"Pagi pagi dah mengacau orang,aku nak tidur pun tak senang,mengacau betul..dasar perempuan tak guna"kata Lucia lalu masuk ke dalam ke dalam bilik mandi.
Mendengar sahaja perkataan "perempuan tak guna"itu Agnese hanya menahan rasa di dalam hati.
Dah terlalu terbiasa dengan perkataan tersebut.. sampaikan dia tak ingin ambil kisah lagi dengan perkara tersebut.
Jadi, sekarang dia perlu fikir,bagaimana nak bangunkan seorang lagi adik tirinya,Aulia.
"Aulia,bangun hari dah pagi ni,nanti ibu marah kalau lewat bangun"kata Agnese dengan lembut.
Agnese dapat merasakan penolakan daripada adik tirinya itu.
"Tak baik bangun lewat..nanti tak nak lelaki kaya nak dekat Aulia"
Dengar sahaja lelaki kaya,Aulia segera membuka matanya dan duduk menghadap Agnese yang sedang berdiri di sebelah katilnya sambil memandang ke arahnya.
"Betul ke??Kalau bangun awal ..boleh dapat lelaki kaya??"
Agnese menahan gelakkan di dalam hati dan mengganguk kepalanya untuk menjawab pertanyaan tersebut.
Banyak ii cara ...itulah cara senang untuk membangunkan Aulia daripada tidurnya.
Maklumlah orang mata duitan ...sudah pasti lah nak cari orang kaya,kan?
"Kalau Aulia nak dapat lelaki macam tu, Aulia perlu bangun awal"
Aulia yang berasa malas mula ii nya ..pun melangkah mamai ke dalam bilik air ...
Nak beritahu ada dua bilik air dalam satu bilik...nak buat macam mana ..orang kaya memang macam tu lah.
Semasa Agnese sedang sibuk mengemas kedua-dua katil adik tirinya..
Dan dalam masa yang sama juga ada suara yang menjerit kedengaran ..
Agnese kenal suara tersebut..suara yang ditakuti selamanya ini.
"Agnese!!"
Mendengar suara ibu tirinya yang memanggilnya,dia tergesa-gesa keluar daripada bilik adik tirinya yang sedang bersiap siap.
DONE
*Macam mana kawan-kawan??Dah mula sakit hati dengan keluarga tiri Agnese ke??ataupun rasa dah nak buang mereka ke laut biar makan dek jerung..eh kejap jangan-jangan..sabar..🤣
#TBC
YOU ARE READING
King Of Ice And Miss Cinderella
Fantasy" Richard Sanchez Javiero" atau Raja dari Kerajaan Valtoria.Dikenali dengan sikapnya yang pemurah dan sikap yang sering mengambil berat tentang rakyatnya.Berwajah tampan dan perwatakannya dingin menambah lagi ketertarikkan dirinya. "Agnese Hayden "g...