Chapter 08

680 42 0
                                    


   Kedengaran bunyi kuali dengan sudip yang sedang berlaga antara satu sama lain dari arah dapur.Kelihatan Agnese  sedang bertungkus-lumus menyediakan sarapan pada pagi itu.

   Dia tidak tahu bagaimana untuk  berterima kasih dan membalas jasa kedua-dua adik beradik itu hanya mampu menyediakan makanan melalui hasil tangannya sendiri.Sedang dirinya sibuk memasak,tiba-tiba satu suara menyapa gegendang telinganya.

   "Selamat pagi,kak Agnese.Awal kakak bangun,siap dapat menyediakan sarapan sekali"kata Keeya dengan senyuman manis terukir di bibirnya.

   "Selamat pagi,Keeya..duduklah.Kakak awak  sudah awal pagi turun kerja.Jemput makanlah,Kak Agnese cuma masak nasi goreng dan roti bersama telur hancur"

   "Alah kak..ni pun sedap.Bukan biasa-biasa,Keeya tak pernah makan masakkan daripada hasil tangan orang lain selain kak Kiara"

  "Kenapa pula boleh macam tu,tapi kenapa Keeya cakap hanya pernah rasa masakkan hasil tangan Kak Kiara lalu bagaimana ibu kamu berdua?"

   "Sebab Keeya dah terbiasa bergantung hidup dengan Kak Kiara,lebih lagi hanya dia seorang sahaja saudara yang Keeya masih ada di dunia ini.Keeya hanya dapat merasakan kasih sayang ibu dan ayah hanya seketika sebelum mereka mati dibunuh sewaktu mereka dirompak.Pada waktu itu,Keeya baru lahir dan Kak Kiara berumur dua tahun."

   "Jadi,siapa yang menjaga kamu berdua selepas itu?"

   "Kami berdua dijaga oleh nenek tapi tu pun tak lama sebab nenek meninggalkan kami dan mengikut jejak arwah ibu dan ayah sebab sakit"

  "Perompak yang merompak dan membunuh arwah ibu dan ayah kamu berdua sudah ditangkap atau tidak?"

   "Sudah dua hari selepas kejadian tersebut.Mereka berjaya ditangkap dan dibunuh pada hari yang sama.Walaupun begitu,kematian mereka tidak dapat menggembalikan ibu dan ayah"

   Agnese yang mendengar itu hanya mampu memujuk Keeya supaya bertabah dan menerima takdir yang telah ditentukan.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

   "Sebenarnya kau ni wujud atau tak??"kata hati Richard sambil menghayati pemandangan hijau dengan ditemani air kopi yang setia bersamanya.

   Tidak pernah dirinya kusut seperti ini terhadap seorang gadis walaupun dirinya tidak pernah berjumpa dengan gadis itu tapi dia tetap tertarik..tak tahu kenapa??mungkin gadis itu terlalu misteri baginya.

   Setiap kali dirinya diutarakan oleh bondanya tentang perkahwinan sering sahaja dirinya mengelak dan tidak mengendahkan bondanya.Sejak dirinya sudah bergelar raja,dirinya terlalu sibuk dengan urusan kerajaan dan kalau urusan tersebut boleh dijadikan isteri sudah pasti dirinya akan setia dan tidak berpaling..

   Semenjak ayahandanya sudah pergi meninggalkan mereka..memang dirinya sebagai anak sulung yang bertanggungjawab dalam urusan keluarga mereka dan kerajaan.Tidak mungkin dia akan susahkan bondanya dalam menghadapi dan menguruskan urusan kerajaan.

   Semasa dirinya sedang mengelamun,tiba-tiba seorang wanita berusia menghampirinya.Richard yang mengenali wanita itu hanya menundukkan kepalanya tanda menghormati wanita itu.

   "Anakanda hanya bersendirian disini?Mana adikkmu,Lydia bukan bonda suruhnya jangan pergi keluar dan berehat sahaja"

   "Tadi anakanda lihat dirinya di taman bunga sedang bersiar-siar"jawab Richard kepada bondanya yang semakin hari semakin cantik di matanya walaupun sudah berusia.

   "Sudahkah anakanda bertemu dengan gadis misteri itu.Tidak sabar bonda ingin bertemu dengannya"

   "Anakanda sendiri belum lagi bertemu dengannya apatah lagi mengenalinya.Memang sukar untuk mencarinya sekarang..Tapi,anakanda sudah mengupah penyiasat upahan untuk mencari gadis itu.

   Dan dengan serta-merta..dia teringat akan perbualannya bersama Liam beberapa hari yang lepas.

[FLASHBACK]

   "Gadis?"

   "Ya tuanku.Waktu itu saya lihat si pemilik kedai jahitan itu menegur gadis yang tidur di depan kedainya"

   "Jadi,apa masalahnya?"

   "Setelah gadis itu sedar daripada tidurnya,tiba-tiba dirinya bertanyakan soalan yang agak pelik"

   "Apakah soalannya itu?"

   "Dia tanya dirinya di mana dan kenapa tempat ni agak pelik..dan paling ganjil sekali dia boleh menayangkan muka terkejut bila pemilik kedai itu menjawab pertanyaan itu mengatakan dirinya di kerajaan Valtoria."

  Richard yang mendengar itu lalu menayangkan muka terkejut sambil pen ditangannya diketuk-ketuk ke atas meja.

   "Kau sudah cuba siasat latar belakang gadis itu?"

   "Belum tuanku"

   "Aku nak kau siasat latar belakang gadis itu dan setelah kau dapat..terus beritahu kepadaku"

   "Baiklah,tuanku.Saya akan usahakannya dengan cepat dan lengkap.

[END FLASHBACK]

   Richard yang sedang termenung sambil mengerutkan keningnya diperhatikan oleh bondanya yang memandang hairan kepada anaknya.

   "Kenapa dengan anakanda?Ada sesuatu yang menggangu pemikiran anakanda..kalau ada kongsi dengan bonda mana tahu bonda boleh bantu. "Tanya bonda Richard sambil menepuk perlahan bahu anaknya.

  Richard yang terasa dirinya ditepuk lalu kembali ke alam nyata.

   "Tiadalah bonda.Anakanda baik-baik sahaja..jangan risaulah..bonda hanya jaga kesihatan bonda sahaja yee?"

   "Kalau macam itu bonda akan sokong apa sahaja yang anakanda buat..asalkan perkara itu mendatangkan kebaikan"

   "Baiklah,bonda"kata Richard sambil memandang pemergian bondanya.






*Rasa-rasanya kan??bonda Richard dan Lydia tu baik ke??

Done

#TBC❤️

King Of Ice And Miss CinderellaWhere stories live. Discover now