Chapter 37(Flashback)

315 19 0
                                    

    "Wahai naga yang gagah perkasa tetapi perasan hensem..mengapakah kamu memanggil aku kesini..adakah kamu merindui si serigala yang hensem bergaya ini??"

       "Kau jangan nak perasan sebelum aku sembur kau dengan api yang ada pada diriku ini"

     "Jadi,kenapa kau panggil aku kesini?"

      "Aku nak kau jadi seorang penjaga"

     "Penjaga??Penjaga untuk siapa??"

     "Menjadi penjaga kepada seorang tuan putera yang berasal dari Kerajaan Valtoria"

      "Dah kenapa dia perlu dijaga..tiada orang nak jaga dia ke apa??"

     "Dia orang yang terpilih tu"

   Dia sendiri pada mulanya agak terkejut saat mendengar kata-kata ikan-ikan di sungai yang dicari-carinya setelah berbulan-bulan dia menjejaki sungai yang dinamakan "Dream Water" yang mengatakan seorang budak lelaki yang akan menentukan nasib seluruh hutan dan puak.Dan orang itu berdarah kerabat diraja.

    "Kau dah jumpa!!Macam mana kau tahu??"

      "Ingat tak masa aku menghilangkan diri dalam waktu yang lama masa itu??"

      "Ingat..ohh,maksudnya kau menghilang sampai kena marah dengan para dewa dewi masa itu sebab kau pergi jejaki sungai itu"

      "Sebab itulah..dan aku juga dah jumpa budak lelaki itu"

        "Jadi,macam mana??"

        "Semua berjalan dengan lancar walaupun pada mulanya dilarang oleh dewi cahaya"

          "Dewi Flora??"

      "Yalah siapa lagi..tapi selepas itu dia tak marahlah malah dia dengan senang hati menyerahkan kuasa cahaya itu kepada budak lelaki itu dan dia juga percaya yang budak lelaki itu memang terpilih..sebab kalau bukan dia yang terpilih,dia dah jadi debu semalam"

         "Jadi,kau buat semua ni tanpa kebenaran lah??Gila kau ni..tahu tak disebabkan hal ni kau hampir nak dicabut nyawa oleh dewa kematian..haish kau ni...tak sayang nyawa ke??"

        "Kau tak sayang puak-puak kita ke??"

        "Sayanglah..takkan tak sayang..tapi kalau nak buat kerja macam ni..perlukan persetujuan daripada orang ramai..bukan main serbu je"

       "Semua rakyat dari kerajaan yang lain dan puak-puak yang lain akan terima punya sebab ni antara hidup dan mati"

       "Yalah,yalah..kau menang..tapi macam mana tentang penjaga kepada tuan putera tu tadi macam mana??"

      "Aku nak kau pergi Kerajaan Valtoria dan jangan jadi rupa kau sekarang..tapi ubah diri kau menjadi serigala..aku takut orang lain nampak kau..tiba-tiba..ada manusia ada telinga..tak ke pelik"

       "Wei..kau macam menghina aku nampak..kau tu apa kurangnya..ada ekor bawa kesana kesini..tak rimas ke..cuba macam aku..telinga aku ni boleh menyerlah kekacakkan aku..ramai para gadis akan tergoda dan tertarik"

        "Pftt..nak mampus kau ni rasanya..makin hari makin mengada-ngada perangai kau ni .."

     Sewaktu mereka berdua sedang bertelagah tiba-tiba,pintu dketuk daripada luar.

      "Tuan Ryder..Dewi Flora ingin berjumpa dengan tuan di puak cahaya"kata seorang gadis yang bersayap merah jambu di  belakangnya.

     "Baiklah..nanti aku kesana"

King Of Ice And Miss CinderellaWhere stories live. Discover now