"Dah tahu nak pakai pakaian apa masa majlis tarian itu nanti??"tanya Kiara kepada Agnese dan Keeya."Kalau ikut tema majlis itu..semua yang dijemput hendaklah memakai topeng sebab tema dia Mask Masquerade Ball"
"Kalau macam itu nanti kakak fikir macam mana nak design baju kamu berdua"
"Kamu berdua??Kenapa Kak Kiara tak hadir ke majlis itu ke??"tanya Agnese dengan pandangan yang penuh pertanyaan.
"Banyak lagi tempahan yang perlu Kak Kiara perlu siapkan,Kalau tak siapkan tempahan..kakak memang tak nak ikut sebab kakak tak boleh dengar benda bising"
"Kalau macam itu Agnese pun tak nak pergi majlis itu,lebih lagi majlis diraja.Agnese mana pernah ikut mana-mana majlis seperti ini"
"Jadi,kalau macam itu..inilah masanya Kak Agnese membiasakan diri dengan majlis macam ini"
"Ttt..api"
"Tak payah risau Keeya kan ada,kalau kakak tak tahu menari..Keeya boleh ajar..kalau pasal pakaian..Kak Kiara kan ada.."
"Hmm..kalau macam itu,baiklah..Agnese akan hadir bersama dengan Keeya.."ujarnya dengan pasrah.
"Kalau macam itu,kakak buatlah cepat-cepat pakaian itu.Saya nak ajar kak Agnese menari.. selamat tinggal kak..."kata Keeya sambil melambaikan tangannya kepada Kiara.
°°°°°°°°°°°°°°°
Kelihatan semua pihak istana sedang bertungkus lumus menghias dewan tarian.Ada yang sibuk menyusun meja dan kerusi,ada juga yang sedang menyenaraikan makanan dan minuman yang perlu dihidangkan pada malam majlis itu.
Richard yang sedang melihat hanya riak kosong sahaja yang dipamerkan di wajah kacaknya.Dirinya masih mengingatkan tentang pedang yang bercahaya di dalam bilik tersembunyi diyakini milik ayahandanya.
Nasib dirinya bergegas keluar daripada bilik tersebut sebelum diketahui oleh Lydia dan juga Aryaan yang ingin berjumpanya untuk membincangkan tentang majlis tari-tarian bagi menyambut hari kelahiran bondanya.
*"Adakah pedang itu yang cuba disembunyikan oleh ayahandanya selama ini??Dan perlu disembunyikan daripada siapa..seharusnya persoalan itu perlu ditanya kepada orang yang tahu mengenai itu..mungkin bondanya??"*kata hati Richard yang sedang resah memikirkan perkara itu.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Agnese malam itu masih teringat-ingatkan,pada malam dia berjumpa dengan seekor tikus.
[FLASHBACK]
"Agnese tahu bahasa haiwan??"
"Yepp!!"jawab Agnese sambil memandang Ater,si tikus yang sedang makan keju dengan lahapnya.
"Tak sangka.Inilah pertama kali saya berbual-bual dengan seorang manusia seperti haiwan yang lain."
"Saya mula-mula pun terkejut bila saya tahu,saya faham bahasa haiwan"
Agnese macam rasa tak percaya yang dirinya pada malam itu sedang bercakap dengan seekor tikus seperti mimpi.Dicubitnya pipi ada pula terasa sakit..Betul-betul rupanya!!
[END FLASHBACK]
Agnese melihat loceng yang diberikan oleh Ater sebelum si tikus itu menghilangkan diri malam itu.Katanya kalau memerlukan bantuan,segera lah membunyikan loceng itu..dan dia akan segera datang seperti kilat.Agak-agaklah nak menipu..
Dirinya bercakap-cakap dengan Ater sehingga tidak sedar hari semakin lewat malam.Bercerita tentang bagaimana dirinya mendapat cincin,bagaimana dirinya mengetahui dirinya memahami bahasa haiwan.Dipendekkan cerita semuanya diceritakan seperti dirinya sedang berbual dengan Roses,si burung biru.
Mengingatkan itu dirinya hanya rasa bersyukur yang dirinya telah diberikan anugerah yang luar biasa itu.
*Kalau kawan-kawan diberikan kuasa ajaib..kuasa apa yang kamu semua nak dan kenapa??Kalau saya,saya nak kuasa telepotasi..sebab saya boleh ke sana ke sini tanpa guna pebelanjaan..🤣🤣
Done
#TBC❤️
YOU ARE READING
King Of Ice And Miss Cinderella
Fantasy" Richard Sanchez Javiero" atau Raja dari Kerajaan Valtoria.Dikenali dengan sikapnya yang pemurah dan sikap yang sering mengambil berat tentang rakyatnya.Berwajah tampan dan perwatakannya dingin menambah lagi ketertarikkan dirinya. "Agnese Hayden "g...