Susunan angkatan tentera sudah pun diatur.Peralatan-peralatan untuk berperang sudah diasah dan dikilatkan.
Kelihatan Richard melihat para tenteranya yang sedang berlatih dan sedang menyediakan peralatan perang.
Dia tersenyum tanpa sesiapa tahu maksud tersirat sebalik senyuman itu.Bagi sesiapa yang melihat..pasti terasa ngeri dan dingin.
Richard tersenyum mengingatkan hukuman yang diberinya terhadap Lionell tempoh hari.
[FLASHBACK]
"Jadi,tuanku nak aku jadi mata-mata di kerajaan kegelapan??"tanya Lionell terhadap Richard yang duduk menghadapnya.
Richard ingin dirinya bertemu di taman bunga istana untuk mendengarkan hukuman yang akan dijatuhkan kepadanya.
Katanya..tidak mahu yang lain tahu hukuman yang akan diberi kepadanya.
Ternyata Lionell terkejut dengan penyataan Richard yang ingin menyuruhnya menjadi mata-mata.
Richard yang melihat riak terkejut Lionell tersenyum sinis.
"Kenapa,hukuman yang aku beri ni..terlalu mudah..jadi kalau macam itu..aku beri lebih lagi"
"Bukan itu maksud aku sebenarnya..maksud tuanku..aku perlu jadi mata-mata di kerajaan kegelapan untuk..??"
"Untuk??Kau berbuat tak tahu ke... kau dah jadi tak betul??"
Richard yang mendengar soalan tidak masuk akal daripada Lionell hanya menahan rasa di dalam hatinya.
Mendengar soalan nya dijawab dengan soalan..Lionell lalu berfikir..
Dan baru dia sedar...
"Tuanku..nak aku siasat strategi mereka berperang??"tebak Lionell sambil matanya memandang ke arah Richard.
"Tu pun salah satu sebab..tapi itu tak penting..sebab aku bukan seorang yang bermain kotor.."
Richard menghela nafas..penat..Dia bukan seorang yang jahat nak berperang dengan cara kotor..
"Kalau macam itu..tuanku nak aku buat apa??"
"Aku nak kau intip pergerakan mereka..kemana-mana sahaja mereka pergi kau perlu berada disitu"
"Kalau itu tuanku inginkan..baiklah..aku menurut perintah"kata Lionell sekaligus menerima arahan atau tepat lagi hukumannya.
Dia sedar salah dia..jadi dia terpaksa menerima apa sahaja yang akan dilakukan kepadanya.
"Aku suruh kau intip mereka..supaya aku tahu apa lagi rencana yang ingin mereka lakukan.. lebih-lebih lagi..kalau rencana yang ingin mereka lakukan adalah kerajaan ku dan keluargaku."
"Baiklah,Tuanku"
Sebelum Lionell meminta diri untuk pergi..Richard menahannya..
"Aku tak hukum kau..sebab aku tak layak..aku cuma nak kau berbakti kepada yang benar dan tidak bersalah..." Richard berhenti berbicara dan menghela nafas...sebelum menyambung...
"Takut kerana salah,berani kerana benar..dan aku tahu kau tak salah..kau cuma terpaksa buat macam ini...demi adik kau..ingat..keluarga susah dicari kawan susah didapti..dua-dua penting..jadi kau tahu apa maksud aku"
YOU ARE READING
King Of Ice And Miss Cinderella
Fantasy" Richard Sanchez Javiero" atau Raja dari Kerajaan Valtoria.Dikenali dengan sikapnya yang pemurah dan sikap yang sering mengambil berat tentang rakyatnya.Berwajah tampan dan perwatakannya dingin menambah lagi ketertarikkan dirinya. "Agnese Hayden "g...