Chapter 29

414 26 0
                                    


   "Menyesal aku ikut rancangan gila kau ni"

   "Kalau kau tahu rancangan aku ni gila,kenapa kau ikut"kata Richard sambil meredah hutan untuk ke destinasi yang ingin ditujui oleh mereka.

   "Aku penat hadap urusan kerajaan..jadi lebih baik aku ikut rancangan gila kau ni"

   "Sejak bila..abang aku cakap ini rancangan gila..ni rancangan nak selamatkan kerajaan kita lah!!"

   "Tak baik tau..tengking bakal suami kau Lydia..dosa"

    "Keeya kau memang.."

    "Memang apa??"

    "Entahlah,aku pun tak tahu"

  Agnese dan Harlene hanya menggelengkan kepala mereka berdua.

   "Oi..korang berdua,kenapa korang berdua senyap je..bisu ke??"

    "Kita dekat hutan takkan nak bercakap melalak macam dekat rumah "

    Hunter yang mendengar ayat yang keluar daripada mulut Liam hanya menayangkan muka dengan riak muka"padan muka kau"..Aryaaan yang melihat itu hanya menayangkan muka menyampah.."Aku nak bising pun tak boleh!!"

    Kelihatan Richard sedang serius memandang persekitarannya dengan memikirkan kata-kata bondanya sebelum dia membawa kawan-kawan sengal nya itu ikut serta dengan dirinya.

   [FLASHBACK]

   "Bonda beritahu semua pasal lalu..sebab anakanda perlu tahu semua ni dan anakanda pun sudah bersedia untuk menempuhi cabaran yang lebih mencabar..jadi bonda percaya yang anakanda mampu"

   "Pasal pedang itu orang ramai orang tak tahu ke??"

   "Ramai yang tak tahu..pedang itu berada dan hanya orang yang tertentu sahaja yang tahu pedang itu disorokkan disini"

    "Siapa??"

    "Orang dari Hutan Wonderland"

   "Hutan apa tu??Tak pernah anakanda dengar?" 

   "Hutan tu..orang lain tak boleh nampak selain orang tertentu sahaja..dan hutan tu ..tak macam kita..mereka berlainan daripada kita"

   "Berlainan macam mana??"

    "Di sana macam dunia fairytale.Macam-macam ada..mereka ada sayap di belakang mereka,ada manusia separuh ekor dan macam-macamlah disana"

   "Biar betul bonda ni??"

   "Betul"

  "Tapi..apa sebab bonda beritahu pasal Hutan wonderland tu??"

  "Sebenarnya pedang yang disorokkan di dalam bilik rahsia ayahanda itu..adalah "Sword Slash"..pedang yang dihadiahkan oleh  orang dari Hutan Wonderland kepada ayah ayahanda kamu"

    "Kenapa mereka hadiahkan pedang itu kepada datuk??"

    "Sebab datuk kamu..bantu mereka dalam menyerang kerajaan kegelapan yang ingin merampas pedang itu"

   "Jadi maksudnya..pedang itu bukan dihadiahkan tetapi diserahkan kepada datuk untuk dijaga?"

    "Boleh dikatakan begitu juga"

   "Jadi,bonda nak Richard buat apa??"

  "Bonda nak anakanda pergi ke Hutan Wonderland"

King Of Ice And Miss CinderellaWhere stories live. Discover now