Chapter 55

208 16 0
                                    


"Selamat kembali Tuanku dan selamat datang,Tuanku Richard"kata salah seorang penyambut tetamu puak Vampire.

*"Aku tidak pula disambut..adakah aku tidak dinampak..Ada kuasa halimunan kah??"*kata hati Liam dengan reaksi muka tidak puas hati terpapar.

Macam budak-budak..

"Selamat datang ke puak vampire,Raja Richard"kata Steward dengan senyuman yang lebar.

Richard dan Liam yang melihat senyuman itu..hanya beriak biasa dan selamba..

Orang cakap..saat diri kita di dalam genggaman musuh tanpa sedar..di saat itulah..mereka akan tersenyum dan ketawa terbahak-bahak untuk memusnahkan kita secara diam..

"Kalau begitu..bolehlah kita teruskan kunjungan ini"kata Liam setelah lama mereka mendiamkan diri.

Liam yang berasa kurang selesa dengan muka ceria yang terserlah di wajah raja vampire itu lalu menyiku Richard di hadapannya.

Baginya,reaksi ceria itu menandakan berita buruk kepada mereka.

"Tuanku,apa yang kita perlu buat sekarang ni??"bisik Liam dengan nada perlahan.

"Sekarang ini..kita hanya ikut rentak dia..kalau tiba waktunya..baru kita bertindak"kata Richard dengan berbisik tapi kedengaran tegas di nadanya.

Liam yang mendengar itu hanya mengganguk kepala..

Dah dia cakap begitu..turut sahajalah..haha..

Mereka pun mula teruskan aktiviti mengunjungi puak vampire itu..

°°°°°°°°°°°°°

Kelihatan semua reaksi mereka sama sahaja..

Resah,risau,gementar dan macam-macam..

"Apa yang kita perlu buat sekarang??"kata Agnese dengan nada risau sambil matanya memandang ke arah Aryaan yang beriak tenang..

"Itulah..kau ada idea ke??"Tanya Lydia pula..

Lydia yang risau akan keselamatan abangnya..memandang Aryaan dengan pandangan tidak puas hati.

*"Hikss..dia ni..semua orang tengah risau..boleh pula dia buat selamba dekat situ..tampar karang..*"kata hati Lydia dengan memandang Aryaan dengan pandangan yang tajam..

Dan tanpa mereka sedari..Aryaan sedang menahan senyum dengan badanya dipusing ke belakang..

*"Macam manalah..kalau mereka tahu..aku tahu baca fikiran mereka...pasti aku akan dihumban ke dalam laut*"kata hati Aryaan atau Ryder..

Aryaan memusing ke badanya berhadapan dengan semua empat orang yang memandang nya sekarang...

"Tak payahlah risau..Ada orang yang akan bantu kita nanti"

"Siapa??"Tanya empat manusia itu dengan serentak.

Serentak dengan pertanyaan itu..tiba-tiba sinaran cahaya hijau melepasi mereka..Dan dengan itu seorang wanita yang cantik Di hadapan mereka menjelma..

Mereka disitu memandang dengan terkejut..Apakah???...

"Siapa itu Aryaan??"Tanya mereka serentak termasuk Hunter yang sedang mengelap hidungnya yang mengeluarkan darah..

Hunter:*memandang author dengan pandangan tajam*

Author:Gurau pun tak boleh*dengan jarinya laju-laju memadam dan menukar skrip*

Dan hasilnya....

"Siapa itu Aryaan??"Tanya mereka serentak termasuk Hunter yang sedang memandang hairan ke arah wanita yang berdiri sebelah dengan Aryaan.

Aryaan yang mendengar pertanyaan mereka tersenyum lalu menghembuskan nafasnya perlahan sebelum menjawab..

"Dia..."katanya ragu-ragu sebelum wanita sebelahnya mengganguk kepala..

"Dia apa??"

"Dia....Dee..wi Flora"..

Semua yang mendengar kenyataan itu memandang antara satu sama lain sebelum...

"Apa!!!"kata mereka dengan serentak...

Omg..lawak apakah ini??🤔

°°°°°°°°°°°°°

Steward mengambil mengambil bekas berwarna merah itu daripada seseorang yang disuruhnya..Dan sekaligus yang dipercayainya..

"Ada orang nampak kau ambil benda ni tadi??"

"Takde,Tuanku"kata orang itu dengan menundukkan kepalanya..

"Bagus..tidak sia-sia aku..mengupah kau mencuri benda berharga ini"

"Tidak apa Tuanku..saya sentiasa menghulurkan bantuan"

"Baiklah..kalau macam itu..kau boleh beredar dan satu lagi..jangan lupa memberitahu raja mu..Aku disini menanti ketibaannya nanti"kata Steward lalu menyuruh orang itu beredar..

Sebaik sahaja orang itu beredar..dia lalu membuka bekas berwarna merah itu...

Dan dia pun ketawa dengan besar..melihat benda itu sudah ada ditangannya..

"Akhirnya perkara yang ku nanti-nantikan akan menjadi kenyataan sebentar nanti..hahaha!!!.."

Setelah dirinya berpuas hati..dia pun menyorokkan bekas berwarna merah itu ke tempat yang tersembunyi..

Ingin mencari mangsa...apalagi..mencari darah...setelah lama dia menahan kehausan...dia akan mencari mangsa sementara gadis yang diingini akan menjadi miliknya nanti..

Memikirkan perkara itu..dia tersenyum sehingga mengeluarkan gigi taringnya yang tajam..

Dan tanpa dirinya sedari..gerangan empunya mata berwarna biru sedang asyik memandangnya...

Melihat sahaja kelibat raja berketurunan vampire itu menghilang..dia pun menyelinap masuk ke dalam lalu menuju ke keberadaan bekas berwarna merah itu..

Dapat sahaja dia mengambil itu..dia pun lalu keluar membawa benda berharga itu..

*"Kau tamak..wahai Raja Steward..sanggup kau mengkhianati dan bersengkokol dengan mereka"*kata hati Carl dengan memandang ke arah langit..

Tiba-tiba masa sahaja Bulan Gerhana akan berlaku...




Done

#TBC❤️

King Of Ice And Miss CinderellaWhere stories live. Discover now