Chapter 21

451 32 0
                                    


    "Dengar cerita..tuanku mahu cari gadis yang lari daripada majlis malam tu"

       "Betulkah ..tapi macam mana tuanku nak cari gadis itu..kalau gadis itu bertopeng malam itu?"

      "Kan masa dia lari tu..kasut dia tertanggal masa dia terjatuh di tangga tu.."

      "Oh..jadi..tuanku cari gadis itu..dengan kasut sebelah tu??"

       "Yepp!!"

    Dan berterusan-terusan..para rakyat Valtoria bercakap mengenai tuanku yang ingin cari gadis pemilik kasut kaca itu.

°°°°°°°°°°°™™

      Kelihatan Agnese dan Keeya sedang membuat kuih di dapur.Bergelak-gelak tertawa,tanpa mengetahui perkara yang berlaku di luar..

      Sedang mereka berdua sibuk menyiapkan adunan tepung mereka..tiba-tiba..

       "Agnese!!Agnese!!"

      Mereka berdua yang mendengar suara Kak Kiara memanggil  lalu segera ke ruang tamu.

          "Kenapa ni kak..terjerit-jerit panggil kak Agnese ni??"tanya Keeya sambil bercekak pinggang dengan sudip di tanganya.

          "Agnese..kakak nak tanya..kasut yang tertinggal dekat istana tu..milik Agnese kan??"

             "Kasut??Kasut siapa??"

     Kiara yang mendengar ayat keluar daripada mulut Agnese segera menepuk keningnya..Apasal budak ni lurus bendul sangat??

          "Aduh awak ni Agnese..kasut yang berada dengan awak sekarang ada sebelah kan??"

         "Yee"

        "Jadi..mana sebelah kasut lagi??"

         "Tertinggal dekat istana"jawab Agnese sebelum sesuatu terlintas di mindanya..

           "Ehh..kejap,kenapa kakak tanya pasal kasut tu?"

            "Macam ni..

    Dan Kiara pun menceritakan segala yang berlaku di kota tadi..

          "Kenapa,tuanku mahu cari pemilik sebelah kasut kaca tersebut??"

           "Tak tahu kakak pun tak tahu"

            "Macam mana ni kak..dia nak bunuh saya ke??"kata Agnese sambil membayangkan sebilah pedang yang akan menamatkan riwayatnya.

            "Tak mungkin dia nak buat macam tu dekat Agnese..kakak rasa ada sebab tersendiri dia buat macam tu.."

             "Rasanya..Keeya tahu kenapa abang Lydia cari pemilik kasut tersebut ..mungkin dia nak pulangkan kasut tersebut"

         "Kalau macam itu..apa yang perlu Agnese buat??"

      "Mengaku lah.."

       "Agnese perlu pergi istana ke??"

        "Tak perlu..sebab mereka akan pergi ke sini.."

          "Baguslah kalau macam itu..tak susah-susahlah Agnese pergi ke sana"kata Agnese sebelum sedar sesuatu..

"Apa maksud kakak yang mereka akan kesini??"

"Kesini lah...nak jelaskan macam mana"ujar Kiara sambil menggelengkan kepala.

*"Dah mereka nak kesini..kesinilah..alah budak ni"*kata Kiara di dalam hati.

      
    Agnese pun mula berasa gelisah di ruang tamu.

   "Bala apa pula yang datang kali ni!!"

°°°°°°°°°°°°°°°

        "Kau rasa memang dia ke yang kau cari??"

         "Ya"

*"Memang susah bercakap dengan orang yang suka menjawab sepatah..."* Kata Aryaan di dalam hati.

      Kelihatan Richard sedang merenung ke luar daripada kereta kudanya yang menuju ke rumah pemilik sebelah kasut kaca yang dipegangnya sekarang.

           "Jadi..kau yakin dia ialah gadis tersebut?"tanya Aryaan sambil riak risau di wajahnya.Bukan apa..dia takut Richard terlalu berharap..takut nanti gadis yang dicarinya itu..tiada di rumah.

  
     "Aku yakin itu adalah dia..sebab cincin yang dipakainya itu sama dengan dikatakan oleh nenek di dalam mimpi aku selama ini"

      "Kalau macam itu..aku harap tuanku berjaya dengan firasat Tuanku tersebut"

     Richard hanya menggangukkan kepalanya sambil menghayati pemandangan di luar.

      Selepas 2 jam berlalu..baru mereka tiba di rumah..dimananya tempat gadis pemilik sebelah kasut kaca itu.

       "Tuanku...kita sudah sampai"

        "Baiklah"jawab Richard sambil dirinya ditemani oleh  Aryaan yang memegang bekas kaca yang mempunyai kasut kaca milik Agnese.

     Setibanya..mereka tiba di depan pintu..Aryaan mula mengetuk pintu selama tiga kali.Dan ketiga kali..pintu dibuka daripada luar dan.....










Done

#TBC❤️

King Of Ice And Miss CinderellaWhere stories live. Discover now