Chapter 47

245 22 0
                                    


  
      Melihat pemandangan yang indah di luar menemani sepi dan malam.Teringat akan pertemuan mereka dengan Raja dari Kingdom Rainbow itu.

     Dia terasa ada benda yang pelik terhadap raja itu..tak tahu apa...tapi perkara itu yang membuatkan dia terasa tidak sedap hati sampai sekarang.

     [FLASHBACK]

        "Duduklah"

         "Baiklah,terima kasih tuanku kerana sudi memberi kebenaran kami bermalam disini"kata Hunter setelah melihat Richard hanya menayangkan muka bekunya.

         *"Mereka ni..memang macam ni ke??Perlu harapkan orang lain ke??"*

            Huh!!Sudah..Hunter mengamuk..haha..

         Richard hanya menggangukan kepalanya dan hanya tersenyum sedikit sebelum dia menyilangkan tangannya ke dada.

           *"Buat apa aku nak hormat..Sama je pangkat..Aku raja,dia pun raja..tiada beza"*

           Dan kelihatan yang lain menunduk hormat sebelum duduk di bangku yang telah disediakan untuk mereka.

            "Kamu semua ada nak minum apa-apa ke?Beta boleh suruh orang-orang beta sediakan??"kata raja itu sambil matanya tidak lepas-lepas memandang ke arah Agnese yang duduk disamping Richard.

         Richard yang perasan akan keadaan itu lalu...

         "Tak apalah..kalau nak minum air..kami sendiri tahu cari dekat mana ..Kaki ada,tangan pun ada..tak cacat pun..tapi kalau dah tak cacat..jangan pula mata tu asyik sangat nak melihat hak orang lain"katanya lalu memandang tajam ke arah raja itu.

     Takut semua keliru..raja Kingdom Rainbow itu kacak sangat!!Nak tahu kenapa..sebab dia ialah keturunan vampire..walaupun umur dia sudah beratus-ratus tahun..

       Sebab itulah mata dia asyik melihat ke arah Agnese atau lebih tepat lagi..leher gadis itu..Ya darah gadis itu yang diperlukan olehnya untuk meningkatkan kekuatannya

       Dia dapat merasakan aura yang kuat daripada gadis cantik itu dan yang paling penting..darahnya berbau manis.

    

        "Kalau macam itu..tidak apalah..jadi..beta teruskan apa niat beta memanggil kamu semua kesini "

       Mereka yang lain hanya mendiamkan diri setelah merasakan ada aura yang seram dan menakutkan di sekeliling mereka.Macam kenal sangat aura ni siapa punya.

         "Kenapa dengan mereka itu?"kata Keeya lalu memandang Liam Yang duduk disebelahnya dengan nada yang berbisik.

          "Sebab cemburu"

           "Cemburu??"

           "Err..sebab raja Kingdom Rainbow itu asyik pandang hak orang"kata Harlene sambil separuh berbisik.

King Of Ice And Miss CinderellaWhere stories live. Discover now