"Ini bilik cik Agnese,jadi cik Agnese berehat dulu yee..""Baiklah"
"Kalau tiada apa-apa saya minta diri dulu.."kata dayang itu dengan senyuman sebelum melangkah pergi untuk meneruskan kerjanya.
Sebaik sahaja dayang itu hilang daripada pandangan mata..dia lalu melangkah masuk ke dalam bilik tidur yang akan dihuninya daripada sekarang.
Seusai sahaja dia menyiapkan tugas mengemas barangnya dia lalu ingin melangkah keluar untuk berjumpa dengan raja valtoria itu.Sebelum dirinya memulaskan tombol pintu,tiba-tiba pintu dibuka daripada luar sebelum dirinya sempat memulas pintu tersebut.Dan...
Terpacak seorang jejaka kacak di bilik tidurnya dengan tangan diletakkan di dalam kocek dan kakinya disilangkan.
"Kau dah siap kemaskan barang kau?"tanya Richard sambil matanya memandang arah Agnese yang berdiri sambil menundukkan kepalanya.
"Dah..tapi tu.."
Sesuatu lembut melekap di pipinya..Eh!
"Apa ni cium-cium orang ni??Dosa tahu tak!!"kata Agnese sambil mengusap pipinya..kalau pasal hati jangan cakaplah, hampir-hampir nak tercabut.
"Aku dah cakap jangan panggil aku tuanku..tapi kau buat juga dear"
"Haish!!Tapi kenapa awak..bagi saya menginap di dalam bilik yang besar ni??"
"Kau tak suka ke??Kalau tak suka aku boleh suruh orang tukar"kata Richard yang menyimpan senyuman di dalam hati.Dia suka melihat gadisnya itu marah-marah kepadanya..dah tak takut lagi seperti tadi.
"Bukan..saya terlebih sukakan bilik ni.Tapi masalah dia besar untuk saya,cantik pula tu..macam tak layak pula"
"Apa tak layaknya..tak lama lagi kau akan kahwin dengan aku"
"Masalahnya bilik ni besar"
"Dah kenapa masalah bilik ni besar atau tak?"
"Saya takut sebab bilik ni besar..boleh macam-macam benda pelik yang saya bayangkan nanti..pandang kiri nampak hantu pandang kanan pun nampak hantu..takutlah!!"
"Kalau macam itu..kau tidur dengan akulah..sebab kalau kau takut,kau boleh peluk aku dan aku pun boleh peluk kau..orang lain share barang,kita share kehangatan daripada pelukan"*"Gila ke apa raja ini!!"*kata hati Agnese sambil kedua-dua tangannya digabungkan.
"Jangan mengata aku di dalam hati..tak elok,aku kan bakal suami kau"
"Awak,saya nak tanya soalan boleh??"
"Apa dia??"kata Richard memandang sekeliling bilik tidur yang dikhaskan untuk permaisuri hatinya itu.
"Apa maksud awak tentang cincin yang saya pakai ini..adalah bukti yang saya adalah bakal isteri awak??"
"Ada seseorang yang telah beritahu"
"Siapa??"Tanya Agnese yang daripada tadi tertanya-tanya.
"Kau pernah bermimpi pasal seorang nenek??"
"Pernah...tapi kejap..macam mana awak tahu tentang nenek itu?"
Richard yang mendengar ayat yang keluar daripada mulut Agnese tersenyum manis dan makin menyakinkan hatinya lagi.
"Pastilah aku kenal...sebab dia yang beritahu aku tentang cincin itu"
"Tapi masalahnya yang bagi saya ini ialah seorang budak perempuan."
"Nenek itu boleh menjelma jadi macam-macam bentuk"
"Betul??Wow..pasti best boleh jadi macam-macam ni kan??"
"Kalau kau ditakdirkan boleh menjadi macam-macam itu..kau nak jadi apa??"
"Saya nak jadi burung supaya saya boleh bebas terbang ke sana sini"kata Agnese sambil berangan-angan dirinya boleh terbang.
"Kalau macam itu aku nak jadi sangkar"
"Sangkar??"
"Sebab..kalau aku jadi sangkar,aku boleh kurung kau dan sentiasa menemani aku"kata Richard dengan lembut dan agak romantik kedengaran.
Agnese yang mendengar itu lalu memandang ke arah Richard yang sedang memandangnya dengan pandangan lembut.Seakan dirinya seperti dipukau,dia lalu membalas pandangan Richard itu.
1minit,
2 minit,Dan..
Tiba-tiba,pintu daripada luar diketuk dan dibuka bersama dengan gerangan empunya badan yang yang mengetuk pintu sebentar tadi.
Richard dan Agnese yang mula sedar,diri mereka agak dekat lalu menjarakkan diri bersama dengan bunyi benda terjatuh dan...
Kelihatan Lydia terbaring pengsan melihat abangnya di dalam bilik tersebut serta berdua-duaan dengan Agnese.
.
#Terkejut pula saya dengan ayat romantik Richard tu kan?? Kawan-kawan tak terkejut ke??Manalah tahu sampai terjatuh daripada katil..
#Padan muka Lydia kan..kan pengsan..Done
#TBC❤️
YOU ARE READING
King Of Ice And Miss Cinderella
Fantasy" Richard Sanchez Javiero" atau Raja dari Kerajaan Valtoria.Dikenali dengan sikapnya yang pemurah dan sikap yang sering mengambil berat tentang rakyatnya.Berwajah tampan dan perwatakannya dingin menambah lagi ketertarikkan dirinya. "Agnese Hayden "g...