Kelihatan seorang anak lelaki yang berumur 10 tahun sedang duduk di bawah pokok yang rendang.Menikmati pemandangan dengan beriak kosong yang ditayangkan."Ayahanda..kenapa tinggalkan kami..ayahanda tidak sayang kami lagi ke??"kata Richard dan tanpa dirinya sedari..matanya turut tumpah..
Sedang dirinya sedang melayan tangisan..tiba-tiba...
Boommm!!
Bunyi letupan telah mengejutkan semua para istana pada hari yang indah itu.Richard lalu bangun dan terkejut melihat sesuatu yang pelik dihadapannya dan benda itu ialah..
Seekor naga!!!
Richard berasa terpegun kerana inilah pertama kali dia melihat naga yang sebenar dan nyata..ingatkan dongeng tetapi ianya benar.. wow,mengagumkan!!Dan tiba-tiba..
"Wahai anak muda yang lagi gagah perkasa..bolehkah dirimu dekat lagi dengan ku"
Richard yang seperti dipukau lalu melangkah perlahan-lahan ke arah naga yang bersisik emas itu.Semua yang berada di istana itu melarang putera mereka untuk mendekati naga itu.
"Jikalau kau tidak mahu dibunuh,sila jauhi putera kami!!"kata pengawal istana sambil bersedia untuk menikam naga itu dengan pedang.
Naga itu tidak mengendahkan langsung ugutan para pengawal istana disitu malah makin menyuruh Richard mendekatinya lebih dekat.Sesampainya Richard di hadapannya dia lalu mengusap kepala Richard dengan sayapnya yang besar dan lebar.
Ratu Kayla,bonda Richard lalu melangkah mendekati Richard dan naga itu dengan bertujuan untuk menjaga keselamatan anaknya itu.
"Jauhi anak beta..wahai naga yang perkasa"
"Jangan risau tuanku..aku kesini hanya ingin memberikan sesuatu ke putera ini dan ingin memberitahu sesuatu kepadamu tuanku"
"Apa yang ingin kamu beri kepada anakanda beta??"
Mendengar kata-kata Ratu Valtoria itu,naga itu lalu menyeru sesuatu daripada langit sambil melebarkan sayapnya.
"Wahai dewa dan dewi..dengarlah seruan ayat patik ini,patik ingin semua memberikan sedikit kekuatan dan kuasa kepada putera ini..kerana sesungguhnya dia berhak untuk mendapat kuasa cahaya itu dan dia juga dapat menghapuskan alam kegelapan"
Serentak dengan kata-kata itu..bunyi dentuman guruh dan pancaran petir nyambar-menyambar di Kerajaan Valtoria.Dan tiba-tiba satu cahaya memancar daripada langit lalu memancar laju ke arah Richard.
Ratu Kayla yang melihat keadaan itu lalu cuba untuk menarik Richard,namun ada sesuatu yang menahannya daripada bergerak.Dan..
Zupp!!
Dan cahaya itu masuk ke dalam badan Richard.Membuatkan putera yang berumur 10 tahun itu lagak seperti kena renjatan elektrik sebelum dia jatuh pengsan dan serentak dengan itu guruh dan petir pun reda dengan serta-merta.
"Wahai Ratu Valtoria,lindungilah anakmu ini kerana dirinya yang akan menyelamatkan dunia daripada musnah akibat alam kegelapan dan benda ni juga jangan lupa..pada tepat masa yang sesuai..dirinya akan bertemu dengan seorang gadis terpilih ..dan gadis itu juga akan membantu anakanda tuanku ini dalam menghapuskan alam kegelapan..gadis itu merupakan nyawa kedua kepada putera ini"
"Siapakah gadis itu??Berasal dari manakah dia??"
"Gadis itu sudah pun ditakdirkan dan dia bukan berasal dari dunia ini..jadi,tunggulah bila masa itu sudah tiba..dan gadis itu digelar "Protector of Dragon Heroes" kerana dia juga yang akan menjaga putera ini tanpa dirinya sedar dan nyawanya juga telah bersatu aliran"
"Maksudnya??"
"Kedukaan dan kesakitan akan dirasai..bila mereka saling mencintai antara satu sama lain"serentak dengan kata-kata itu..naga itu pun lalu melebarkan sayapnya lalu terbang meninggalkan Kerajaan Valtoria.
"Anakanda,bonda akan menjaga keselamatanmu walau apa pun terjadi"
Done
#TBC❤️
YOU ARE READING
King Of Ice And Miss Cinderella
Fantasy" Richard Sanchez Javiero" atau Raja dari Kerajaan Valtoria.Dikenali dengan sikapnya yang pemurah dan sikap yang sering mengambil berat tentang rakyatnya.Berwajah tampan dan perwatakannya dingin menambah lagi ketertarikkan dirinya. "Agnese Hayden "g...