Kelihatan Richard sedang duduk di kerusi ayahandanya pada satu ketika dahulu yang kini menjadi miliknya.Bilik kerja ayahandanya yang mepunyai pelbagai fail dan kertas kerja milik ayahanda nya itu diyakini perihal tentang kerajaan dan rakyatnya.Mengingatkan tentang ayahandanya,dirinya berasa kagum dengan sikap tegas,penyayang dan sentiasa bijak mengurus perihal kerajaan dan keluarganya.Membuatkan semua rakyat dan raja dari kerajaan lagi kagum apatah lagi dirinya sebagai anak.
Tapi sayangnya ayahandanya begitu awal meninggalkan mereka kerana sakit.Meninggalkan dunia tanpa ada bayangan dan pergi bila masih diperlukan.
Dan demikianlah seorang anak menangis teresak-esak di kerusi kerana merindui ayahnya yang sudah pergi jauh tanpa boleh dipeluk lagi.
°°°°°°°°°°°°°°°°
"Kak Agnese dah siap??Jomlah nanti kita lambat"laung Keeya kepada Agnese yang sedang bersiap di dalam bilik.
Sebaik sahaja Keeya melihat Agnese yang sudah keluar daripada bilik dia lalu menarik tangan Agnese tergesa-gesa.
"Eh,pergi mana tu??"tanya Kiara yang baru sahaja selesai menyiapkan tempahan pelanggannya.
"Nak pergi jumpa Harlene dan Lydia.Dan boleh juga kenalkan Kak Agnese pada Lydia."
"Kalau macam itu jangan balik sampai lewat petang takut pula sesat macam orang tu"
Agnese yang mendengar itu hanya tersengih dan mempamerkan riak muka tidak bersalah.
"Baiklah,kak.Patik menurut perintah"
Seusai sahaja berkata demikian dia lalu berjalan dengan laju sambil tangannya menarik Agnese yang berjalan perlahan.Apa kes dia ni nak cepat sangat ni??
°°°°°°°°°°°°
Setibanya mereka berdua tiba di kawasan taman bunga,Kelihatan Harlene dan Lydia sudah menunggu disitu.Lalu berpelukkan lah mereka bertiga..Hmm,dah namanya perempuan macam itulah dia..
"Lydia!!Harlene!!Awak berdua apa khabar..sihatkah??"
"Sihat sahaja..Kau Keeya sihatkah?"tanya Lydia kepada Keeya.
"Saya sihat sahaja.Jangan risau..awak Harlene?"
"Saya baik sahajalah..bukan kita berdua baru sahaja berjumpa beberapa hari yang lepaskah??"
"Wow..kamu berdua berjumpa tanpa saya..sampai hati korang berdua"kata Lydia pura-pura merajuk sebelum matanya memandang ke arah Agnese yang tepinga-pinga.Dah kenapa tu??
"Siapa gadis cantik tu,Keeya??Kawan kakak awak ke??"
"Ni kakak Agnese,kawan kak Kiara dan secara automatiknya kawan saya jugalah"
"Kami bertiga bukan berdua"kata Harlene tiba-tiba.Dah kenapa pula dengan dia ni??
"Maksudnya Harlene pun dah kenal Kak Agnese juga..Apakah??Kenapa saya seorang tak tahu apa-apa ni??"
"Dah awak sibuk dekat istana menemani bonda awak..takkan nak kacau pula..budak kecil ni"kata Keeya sambil menggosok kepala Lydia.
Agnese yang mendengar itu cuma tergelak kecil melihat terlatah mereka bertiga..hmm..macam-macam perangai..tapi dia ada dengar Keeya cakap Lydia menemani bonda di istana.Istana!! Puteri ke??
"Hmm..maaf kalau kak Agnese bertanya..hmm..Lydia ni puteri ke??"
"Ye kak..Lydia ni puteri tapi perangai macam bukan puteri"kata Keeya dan Harlene serentak.Ewah,ewah..serentak yee...
"Sampai betul hati korang berdua tak cakap pasal saya dekat kak Agnese sampaikan tak kenal saya pun tak"
"Tiadalah..Ada je mereka cakap pasal Lydia dekat kakak..hehe"
"Ye ke kak??"
"Yepp""Tengok,mana kami berdua Harlene lupakan awak..ish awak ni..tak payahlah merajuk..kami bertiga humban awak ke dalam kolam baru tahu"
"Apa ni nak humban orang dekat kolam ni..ingat saya ni umpan dapatkan ikan.."
"Siapalah nak humban Lydia yang cantik ni..kalau mereka berdua nak humban Lydia ke kolam..baik kawan kakak lagi bagus..selamat"
"Tengok kak Agnese..tak macam korang suka sangat buli saya..ish"kata Lydia sambil memeluk Agnese.
"Sampai hatikau yee Lydia..saya dengan Keeya ditirikan oleh Lydia.Apalah nasib"
Lydia yang mendengar itu hanya beriak selamba sambil menarik tangan Agnese menjauhi Keeya dan Harlene.
Alamak!!kita betul ditirikan oleh Lydia lah!!
°°°°°°°°°°°°
Richard yang sedang sibuk membaca aduan daripada rakyatnya dan mencari akal dalam menguruskan perihal kerajaannya.Kelihatan sibuk sambil ditemani dengan kesunyian.
Melihat maklumat tidak lengkap di dalam kertas kerja,dirinya bangun lalu ke rak buku yang dipenuhi dengan fail dan buku yang menyimpan maklumat hasil perolehi daripada kesungguhan ayahandanya.
Semasa dirinya sibuk membelek fail dan buku di rak buku,tiba-tiba salah satu fail terjatuh daripada rak dan semua kertas di dalam fail tersebut bertaburan di sekitar.
Oleh kerana dirinya,yang terkejut,dia lalu tergelincir dengan kepalanya terarah ke arah rak buku.Semasa dirinya sedang cuba untuk bangun,tiba-tiba..
Matanya terarah ke bawah rak buku yang kelihatan pelik bagi dirinya.Dirinya lalu mendekatkan diri ke bawah rak buku itu..lalu memasukkan tangannya ke dalam itu.
Tiba-tiba tangannya tercapai sesuatu dan dirinya yakin itu adalah butang.Kerana dirinya agak curiga,dirinya lalu menekan butang tersebut dan tiba-tiba...
Rak buku itu terbuka seperti pintu yang dibuka.Richard yang melihat kejadian itu hanya terpaku dan terus menjadi kaku dengan riak tidak percaya.
Apakah????
*Macam tak sampai je saspen dia tu 😭😭
Done
#TBC❤️
YOU ARE READING
King Of Ice And Miss Cinderella
Fantasy" Richard Sanchez Javiero" atau Raja dari Kerajaan Valtoria.Dikenali dengan sikapnya yang pemurah dan sikap yang sering mengambil berat tentang rakyatnya.Berwajah tampan dan perwatakannya dingin menambah lagi ketertarikkan dirinya. "Agnese Hayden "g...