"Kerajaan Valtoria""Huh!!Apa!!"
Agnese yang mendengar itu lalu merasakan pemandangan di sekitarnya yang mula kelam dan.........
Dia pun pengsan kerana terlalu terkejut.
Namun tanpa mereka sedar,ada sepasang telinga yang sedang mendengar perbualan mereka.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jari si gadis yang terbaring di katil,bergerak-gerak perlahan menandakan dirinya ingin sedar dari mimpi lenanya.Matanya yang bergerak-gerak dan.....
"Auch!!".Agnese mengaduh kesakitan bila matanya sakit setelah pancaran cahaya matahari yang menerobos ke matanya.Agnese memejamkan matanya semula sebelum dia perlahan-lahan mencelikkan matanya.
Setelah matanya boleh dicelikkan sepenuhnya,baru dia perasan yang dirinya di dalam bilik yang asing baginya.Semasa dirinya yang sedang asyik merenung persekitaran di dalam bilik yang dihuninya itu.Tiba-tiba,bunyi pintu dibuka daripada luar lalu menampakkan gerangan empunya badan yang membuka pintu.
"Hai kak Agnese..kakak dah bangun?"
"Err..hai.Siapa awak dan bagaimana saya boleh berada disini?"
"Hai nama saya Keeya adik kepada Kak Kiara.Tadi kakak pengsan di depan kedai kakak saya.Jadi,kakak saya bawa kakak Agnese balik ke rumah dia..eh bukan..rumah kami..hehehe.."kata Keeya sambil tergelak-gelak.
Agnese yang mendengar itu pun turut ketawa bersama-sama.Sebelum bunyi ketukan pintu yang memberhentikan mereka berdua.
"Amboi,dua orang ni..boleh didengar gelakkan mereka di seluruh pelosok rumah yee??"kata Kiara dengan tangannya yang memegang dulang makanan.
Agnese dan Keeya yang masih ada sisa-sisa gelakkan hanya menayangkan muka tidak bersalah yang hanya ada pun sengihan bibir mereka yang ditayangkan.
"Apa yang korang gelakkan tadi,tak nak kongsi dengan kakak ke?"
"Tiadalah kak Kiara.Keeya ni yang buat lawak sampai saya dengan dia tergelak tak ingat dunia tadi"
"Apa yang lawaknya?Betullah kan ,rumah kak Kiara..rumah saya jugakan?"kata Keeya sambil mengerdipkan matanya."Ohhh...jadi selama ini,Keeya nak jadi tuan rumah lah yee?"kata Kiara lalu mengetuk kepala adiknya.Huh!!kan dah kena..
"Aduh kak..sekali-sekala berangan macam Mat Jenin pun apa salahnya.Free of charge"
Agnese yang melihat terlatah kedua-dua adik-beradik yang sedang bergurau itu,hanya mampu menggelengkan kepalanya.Kedua-dua adik beradik itu memandang arah kepada Agnese yang sedang menggelengkan kepalanya.
"Kenapa,Agnese menggelengkan kepala..pening kepala ke??"tanya Kiara.
"Tiadalah.Saya cuma berasa seronok melihat terlatah kamu dua adik-beradik sedang bergurau"kata Agnese dengan nada buat-buat ceria.
"Hmm..kakak,kalau Keeya tanya..Kak Agnese jangan marah yee?"
"Tanyalah"
"Kak Agnese masih ada keluarga?"
"Agnese membesar dengan keluarga tiri selepas kematian ibu bapa saya"kata Agnese tapi tidak mengatakkan kebenaran tentang layanan keluarga tirinya.
"Maafkan Keeya.Keeya tak sengaja tanya soalan itu."kata Keeya lalu memeluk Agnese yang sedang menangis teresak-esak.
"Kak Kiara dan Keeya kan ada walaupun kita baru kenal.Saya pasti Agnese seorang yang baik."kata Kiara memujuk Agnese.
Agnese yang mendengar itu pun lalu membalas pelukan kedua-dua adik itu.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Richard yang sedang memandang ke luar tingkap melihat permandangan di luar sambil menunggu berita daripada penyiasat upahannya,Liam.Semasa Richard,sedang termenung memandang ke luar tingkap.Tiba-tiba..
"Tuanku!"
Mendengar dirinya dipanggil,Richard pun lalu memusing badanya ke belakang.
"Kau dah jumpa apa yang aku suruh"
"Belum tuanku..setakat ini seperti biasa tiada gadis yang mencurigakan yang kelihatan di kota"
"Teruskan pencarian sampai jumpa"kata Richard sambil melihat langit yang gelap menandakan hari ingin hujan.
"Baiklah tuanku.Tapi,kalau saya nak tanya sesuatu bolehkah?"
"Tuanku pasti yang gadis itu benar-benar wujud?"Liam pun bertanya setelah mendapat anggukkan daripada Richard.
"Aku yakin gadis itu benar wujud,tak mungkin mimpi itu menipuku"
*"Betul dirinya yakin gadis itu benar wujud.Kalau tak,kenapa degupan jantungnya seperti tidak keruan dua tiga hari ini.Tapi,betulkah mimpi berkenaan gadis itu hanyalah sekadar mainan tidur sahaja.Kalau begitu,apa maksud cincin yang diberitahu di dalam mimpinya itu jika iya tidak benar"*kata hati Richard sambil memicitkan kepalanya.
"Kalau begitu kata,tuanku. Saya akan mencari gadis itu tersebut"kata Liam setelah melihat Raja Valtoria itu sedang kusut.
Tidak pernah dia melihat Richard sekusut itu,kalau ada pun pasal kerajaan dan rakyatnya jauh lagi pasal gadis.Inilah kali pertama dia melihat raja itu sedang kusut memikirkan seorang gadis.Apapun,dia berharap raja itu akan bertemu dengan gadis misteri itu.
"Baiklah..kalau ada apa-apa berita,terus beritahu"
Tiba-tiba,Liam teringatkan satu kejadian di kota pagi tadi.Dirinya yang menolong seorang gadis yang pengsan dan membawanya ke rumah kawanya.Tapi,disitu juga..dia berjumpa dengan seorang gadis jelitawan.
Richard yang melihat Liam masih di dalam bilik bacaan dengan tersenyum-senyum membuatkan muka Richard berubah kepada riak hairan.
"Kau..kenapa ni?"
"Tiada apa-apa,tuanku.Tapi.."
"Tapi?"
"Pagi tadi,semasa saya pergi ke kota..ada sesuatu yang pelik berlaku disana.."
"Apa yang berlaku?"
"Ada seorang gadis tidur di depan kedai jahitan pakaian"
Serentak dengan itu,riak wajah Richard pun berubah.
*Kawan-kawan rasa..Liam ni macam Richard ke apa??
*Macam mana penulisan saya..mudah faham tak kawan-kawan??😭🤣Done
#TBC❤️
YOU ARE READING
King Of Ice And Miss Cinderella
Fantasy" Richard Sanchez Javiero" atau Raja dari Kerajaan Valtoria.Dikenali dengan sikapnya yang pemurah dan sikap yang sering mengambil berat tentang rakyatnya.Berwajah tampan dan perwatakannya dingin menambah lagi ketertarikkan dirinya. "Agnese Hayden "g...