Kelihatan Kiara sedang mengurut kaki Agnese yang bengkak akibat jatuh semasa dia melarikan diri daripada majlis semalam.Agnese mengerut-ngerutkan mukanya menahan kesakitan yang dialaminya."Itulah siapa suruh Agnese lari.Kan sudah menyusahkan diri"
"Alah kak..bukannya Agnese suka-suka lari daripada majlis itu kalau tidak bersebab.."
"Kalau ada sebab..boleh tak kakak nak tahu apa sebenarnya yang berlaku??"
Agnese yang mendengar soalan itu berfikir dalam-dalam sebelum menceritakan perkara yang berlaku malam tadi serta menceritakan perkara yang berlaku sebelum ini.
*"Kak Kiara perlu tahu pasal ini..dia pun sudah saya anggap sebagai keluarga"kata hati Agnese*
Selesai sahaja dia,menceritakan semuanya tanpa tinggal pun satu perkara.
"Jadi,Agnese faham bahasa haiwan dan pandai bercakap dengan haiwan?"
"Hmm..mula-mula Agnese tahu yang Agnese faham bahasa haiwan pun rasa terkejut dan macam tak percaya"
"Keeya tahu pasal ni?"
"Tahu tapi itu pun baru malam tadi dia tahu"
"Hmm..kalau macam itu..Agnese pergilah berehat..Kakak nak menyediakan makanan untuk tengah hari ini"
"Baiklah,terima kasih kak"
Kiara hanya mengganguk kepala sebelum melangkah ke luar.Agnese yang keseorangan hanya beriak biasa sebelum memandang kasut kacanya yang tinggal sebelah.
Mengingatkan kejadian malam tadi,dia mula berasa malu kerana berani menarik tangannya daripada pegangan raja itu.Tapi kalau tidak berbuat begitu,sudah pasti kawan Ater akan mati.
*"Dah macam cerita Cinderella pula kalau diingatkan semula pasal malam tadi...perlu balik sebelum 12 tengah malam,kasut tertinggal sebelah dan paling best boleh main kejar-kejar dengan raja kacak itu"*kata hati Agnese sambil tersengih-sengih bersendirian.
Dan Agnese pun perlahan-lahan menutup matanya untuk melayari lautan mimpi..
°°°°°°°°°°°°°°°°°
"Bonda,ada nampak Lydia?"
"Ada dekat taman bunga"
Selepas tahu keberadaan adiknya,Richard segera pergi ke taman bunga untuk berjumpa dengan adiknya.
"Lydia!!Lydia!!"panggil Richard setelah melihat kelibat adiknya yang sedang menghidu haruman bunga di taman bunga itu.
Lydia yang terasa dirinya dipanggil lalu memandang ke arah abangnya.
"Abang rupanya ingatkan hantu mana yang panggil Lydia tadi"
"Aku yang kacak ini kau nak samakan dengan hantu yang buruk wajahnya!!"
"Alah abang..adik gurau jelah..itu pun nak marah.Tapi kenapa abang nak cari adik tadi sebab tak pernah pula adik cari adik melainkan abang nak sesuatu daripada adik"
"Abang nak tanya sesuatu dekat adik"
"Apa??"
"Adik kenal tak gadis yang berpakaian serba biru semalam?"
"Yang mana satu..rasanya ramai gadis yang berpakaian serba biru semalam??"kata Lydia sebelum dia teringatkan sesuatu..Jangan-jangan!!
"Abang tanya tentang Kak Agnese ke??"
"Agnese??"
"Itulah nama gadis yang dengan abang menari semalam,Agnese Hayden"
"Siapa dia?"
"Kawan Kiara dan automatiknya kawan kami juga"
"Tak pernah pula adik sebut pasal kawan Kiara tu..tuptup..tiba-tiba dia muncul dalam majlis semalam"
"Sebab dia baru je dekat sini,dekat sebulan macam itulah"
"Apa maksud adik,baru je dekat tu??"tanya Richard lagi untuk mengorek rahsia pasal gadis yang telah mencuri sekeping milik hatinya.
"Kalau adik cakap..jangan beritahu orang lain tahu"
"Yee..cerita jelah!!"
"Sebenarnya kak Agnese tu bukan berasal dari sini...dia berasal dari dunia yang lain"
"Jadi,macam mana dia boleh berada disini??"
"Sebelum dia berada disini..ada seorang budak perempuan ni bagi dia cincin..sebab cincin itulah yang membuatkan dirinya boleh berada disini"
"Macam mana dia yakin sangat yang cincin itu yang membuatkan dirinya berada disini?"
"Sebab setelah dia menyarungkan cincin itu dia pengsan dan apabila sedar dia sudah berada disini"
Richard hanya mengangguk kepala tanda dirinya faham walaupun tiada siapa yang dapat teka isi hatinya sekarang.
"Kalau macam itu,abang masuk dulu nak berehat"kata Richard sebelum melangkah pergi dan tiba-tiba...
"Abang tanya soalan pasal kak Agnese ni..sebab abang mula sukakan kak Agnese?"
"Mana ada,abang tanya sebab abang nak pulangkan balik kasut dia yang tertinggal semalam"
Lydia hanya mengganguk kepala sambil melihat pemergian abangnya.Dan tanpa disedari oleh orang lain..terserlah senyuman manis di bibir Richard.
"Akhirnya saya dah jumpa awak gadis misteri"
#
Richard dah tahu dah..Gembira tak??🤣
Done
#TBC❤️
YOU ARE READING
King Of Ice And Miss Cinderella
Fantasy" Richard Sanchez Javiero" atau Raja dari Kerajaan Valtoria.Dikenali dengan sikapnya yang pemurah dan sikap yang sering mengambil berat tentang rakyatnya.Berwajah tampan dan perwatakannya dingin menambah lagi ketertarikkan dirinya. "Agnese Hayden "g...