Kelihatan semua hutan habis terbakar akibat peperangan dengan seekor naga berwarna emas dengan berjuta-juta manusia yang merupakan orang daripada alam kegelapan.
Naga itu sanggup menggadaikan nyawanya hanya demi seorang budak lelaki yang merupakan waris kuasa cahaya.Sebelum lelaki yang merupakan Raja Alam Kegelapan itu melepasinya ..dia akan berjuang habis-habisan melawan tanpa gentar.
"Wahai manusia..kamu perlu langkah mayat aku dahulu sebelum kamu semua ingin melangkah ke Kerajaan Valtoria!!"
"Baiklah..kalau kematian kau yang mampu membolehkan kami boleh tiba dengan senang ke Kerajaan Valtoria..Kami akan menentang kau habis-habisan!!!"
"Cubalah!!"
"Dan apalagi..serang!!!"
Dan bermulalah peperangan antara mereka..
Tombak-menombak,
Manah-memanah,
Tikam-menikam...
Naga berwarna emas itu atau lebih dikenali Ryder hanya mengelak dengan terbang bebas di langit dan hanya mempertahankan diri dengan semburan apinya.
"Kau tidak mampu melawan aku wahai manusia..."
"Kalau begitu..marilah kita berlawan sesama manusia ...tidak adil kalau kau dalam bentuk sekarang..jadi marilah kita berlawan sesama manusia!!"
Ryder yang mendengar kata-kata Raja Alam Kegelapan itu atau Raja Liones Anchez ketawa dengan besar lalu tersenyum sinis ke arah raja kegelapan itu.
"Tidak adil kau kata..sebenarnya kau yang tidak adil!!..Kau punya bilangan berjuta-juta..jikalau aku bertukar seperti kepada kamu semua...tidakkah aku..akan keseorangan..seorang berlawan berjuta-juta orang..itu lagi tidak adil!!"
"Kau memang pandai berkata-kata wahai naga jadian..tapi kau tak sangka itu adalah kelemahan kau!!kata raja kegelapan itu sebelum dia ketawa besar dengan aura hitam semakin kuat di sekelilingnya...
*"Apa maksud dia kelemahan aku??"*kata hati Ryder sambil memandang tajam ke arah raja kegelapan itu dengan pandangan berapi.
Sedang dirinya cuma ingin mengetahui maksud kata-kata raja kegelapan itu...
Tiba-tiba...
Satu tombak berapi menuju ke arahnya daripada belakang tanpa dirinya sedar...
Dan!!!
BOMMMM!!!!
Tombak berapi itu telah terkena ke arahnya sebelum dirinya sempat mengelak..dan baru dia teringat bahawa tombak berapi adalah kelemahan dia..sekiranya dia di dalam bentuk sebagai naga.
Dalam keadaan dia berasa lemah..dia sempat melihat ke arah gerangan yang menikamnya dengan tombak berapi dan itu adalah.......
°°°°°°°°°°°°°°
Visual putih kelihatan di sekeliling setelah dirinya membuka mata...
"Adakah dirinya sudah mati dan sekarang dirinya di dunia yang satu lagi??"
Sedang dirinya sedang tertanya-tanya..tiba-tiba satu pancaran cahaya daripada visual putih itu...
Terdapat seorang lelaki berjubah putih dengan benang emas menghiasi jubahnya itu...
"Kau siapa??"
"Aku ialah Dewa Pemberi Nyawa"
"Jadi..kalau begitu..kenapa aku boleh berada disini??"
Seingat dirinya dia sedang mempertahankan Kerajaan Valtoria daripada diserang oleh Kerajaan Alam Kegelapan..dan dirinya telah ditikam tombak berapi daripada orang yang tidak disangka olehnya...
* "Betulah orang cakap ..nampak sahaja luaran baik..tapi dalaman siapa yang tahu..Nampak sahaja berkuasa..kalau dah tamak..orang sendiri pun akan digadai.."*kata Ryder di dalam hati dengan perasaan yang sukar digambarkan..
"Wahai anak muda..ataupun wahai naga jadian..dirimu boleh berada disini..kerana dunia di sana masih memerlukan diri kamu..dan kamu juga yang akan membantu pewaris kuasa cahaya dengan pasangannya dalam peperangan nanti.."
"Kalau begitu..apa yang akan kau lakukan kepada diriku?"
"Aku akan menjadikan dirimu sebagai bayi semula dan diserahkan kepada Kerajaan Sywarrior.."
"Maksudnya??"
"Dirimu akan diserahkan kepada istana..dan diserahkan kepada Raja Sywarrior dan Permaisuri.."
"Huh!!Apa??"
Sebelum Ryder sempat bertanya dengan lebih lanjut..tiba-tiba...
Sinaran berwarna putih mengelilingi dirinya....
"Wahai matahari,tanah ,air dan semua segala benda hidup..berikanlah kuasamu ...dan bantu diriku..untuk membantu anak muda ini..untuk kembalikan kepada dunianya..dan jadikan dirinya sebagai orang baharu"
Dan..
BOOMMM!!
Ryder mengecil-ngecil daripada dirinya dewasa..kepada bayi...
Seperti bunyi bayi yang baru lahir...bunyi renggekan berlegar-legar di sekeliling...
"Uwerkk!!Uwerkkk!!"
Done
#TBC❤️
YOU ARE READING
King Of Ice And Miss Cinderella
Fantasy" Richard Sanchez Javiero" atau Raja dari Kerajaan Valtoria.Dikenali dengan sikapnya yang pemurah dan sikap yang sering mengambil berat tentang rakyatnya.Berwajah tampan dan perwatakannya dingin menambah lagi ketertarikkan dirinya. "Agnese Hayden "g...