Chapter 30

378 23 0
                                    


   Kelihatan empat jejaka sedang bersiap sedia dengan pedang mereka untuk berlawan dengan makhluk yang besar di depan mereka ketika itu.

    "Makhluk apakah ini??"

   "Occamy.Makhluk yang mempunyai bisa yang mampu melumpuhkan sesiapa sahaja yang dilihat olehnya"

   "Biar betul.Macam mana nak bunuh makhluk ini??"

     "Seumur hidup aku,aku tak pernah berlawan dengan makhluk macam ni"

    "Jadi,tuanku...apa yang kita nak buat sekarang??"

    "Kita fikirkan keselamatan empat orang gadis itu dulu dan jangan panggil aku dengan bahasa formal"

     "Baiklah,kalau macam itu..apa yang kita harus lakukan."

     "Aku nak kita berpasangan,senang nak jaga keselamatan antara satu sama lain"

    "Kau suruh aku berpasangan dengan Lydia??Dia pegang pedang pun tak pandai apatah lagi nak berlawan"

     "Kau tak dengar ke aku cakap k-e-s-e-l-a-m-a-t-a-n..KESELAMATAN!!!"ujar Richard sambil mengeluh.Susah betul nak cakap dengan orang yang tak faham bahasa.

    "Faham ke tak kau Aryaan??Itulah orang beri arahan,Dengar...ni tak mengelamun..mengelamun pasal apa tak tahulah??"

     "Kau cakap aku,Liam..tapi kau sama juga kan!!"

     Dan mereka berperang mulut sebelum Richard memandang tajam ke arah mereka.

     "Hoi,sudahlah tu..memekak"

Lydia yang memandang pandangan tajam Richard terpaksa masuk campur.Kalau abang  dia dah marah, nak bercakap pun susah..aura seram dia terlalu kuat.

     "Kenapa ni,awak??"kata Agnese melihat tangan Richard dihulurkan kepadanya.

     "Capai jelah tangan aku tu..kita lawan makhluk hodoh tu sama-sama"kata Richard sambil menghadiahkan senyuman manis kepada tunangannya itu.

     Tiga jejaka yang lain menayangkan muka menyampah.Ceh,asam punya raja beku..dengan kita serius memanjang dengan buah hati..senyuman lebar ditayangkan...Lydia,Keeya dan Harlene hanya menggelengkan kepala.

    "Semua sedia??"

     "Sedia!!"

     "Dan serang!!!!!"

   Dan perlawanan antara mereka dengan makhluk Occamy itu pun bermula.

     "Hati-hati,semua...dia akan menyemburkan bisanya ke arah kita!!"kata Richard lalu cuba melibaskan pedangya ke arah kepala Occamy itu sambil tangannya memegang erat tangan Agnese.

      *"Tak kusangka dia kacak seperti ini bila dia sedang berlawan"*kata hati Agnese sambil tersenyum.

      Keeya yang melihat Agnese sedang tersenyum lalu menayangkan muka pelik dan hairan.Gila ke??...Liam yang sedang cuba untuk menikam perut makhluk itu..berhenti seketika melihat Keeya terkaku di tempatnya.

      "Kenapa ni??"

      "Tttt..iada apa-apa"

     "Kalau macam itu..kau tolong aku boleh??"

     "Tolong apa??"

    "Tolong ikat hujung tali ni ke pokok besar tu"

     Keeya yang mendengar arahan itu lalu mengikuti tanpa bantahan.Selesai dirinya melihat Keeya sudahpun mengikat tali itu,dia pun lalu berlari sambil tanganya memegang erat tangan Keeya yang jelas terpinga-pinga ...Apahal dia ni lari-lari??Nak main kejar-kejar ke??

      Richard yang melihat perlakuan Liam yang ingin membelitkan tali itu ke makhluk itu lalu memberi arahan kepada Aryaan dan Hunter .

      "Aryaan kau cuba pegang erat ekor dia lepastu Hunter tikam pedang kau ke arah ekor dia!!"

      Mendengar arahan itu mereka berdua pun lalu menyuruh Lydia dan Harlene berundur ke belakang untuk mengelakkan mereka berdua tercedera dan untuk memudahkan mereka berdua berlawan dengan makhluk itu sekiranya dia berubah menjadi agresif.

    Liam terus berlari mengelilingi Occamy bersama Keeya dengan tali untuk membelit makhluk gergasi yang seperti ular dengan sepasang sayap dan kaki..Nasib pula dia ada membawa segulung tali bersamanya.kalau takda tak tahulah..pakai akar kayu lah jawabnya.

       Tiba-tiba,makhluk itu bertindak argesif setelah merasakan ekornya ditusuk dengan benda yang tajam.Kelihatan Hunter sedang menusuk pedang ke ekor ular gergasi itu.

       Zzzkk!!!Zzkkk!!Errr!!

     Makhluk itu cuba bertindak menyemburkan bisanya ke arah Hunter tapi sempat ditarik oleh Harlene yang sedang menyembunyikan dirinya di belakang Hunter.

     "Awak baik-baik sahajakah??"

     "Baik..jangan risau.Kau pula baik sahajakah??"

    "Ya"kata Harlene dengan muka merahnya seperti tomato sudah kelihatan.

     "Uhuk!!uhuk!!..nak bersemut nanti yee"

      "Ceh..kau Aryaan..nanti kau aku kerjakan"

     "Kenapa nanti dan kenapa tak sekarang"

     Hunter yang mendengar itu hanya menayangkan muka menyampah sebelum memandang ke arah Richard yang sedang melindungi tunangnya dengan menyorokkan Agnese di belakangnya.

      "Apa kita nak buat sekarang ni??"

    "Apa pun terjadi..kita perlu lawan dia!!"

   Empat jejaka itu mula menyerang dengan bersilih ganti untuk mengelirukan makhluk itu supaya tidak dapat meneka serangan mereka.Dan tiba-tiba,makhluk itu cuba menyemburkan bisanya ke arah Lydia yang berdekatan dengan pokok besar di hadapanya lalu...

     "Zzzkkk!!"

    "Kak Agnese!!"

   Richard yang melihat Agnese yang terbaring menahan kesakitan kerana semburan bisa makhluk itu yang tiba-tiba menjadi agresif.Lydia yang melihat abangnya begitu lalu menyuruh yang lain memberhentikan abangnya.

    "Richard..sabarlah..kau tak boleh marah macam ni..sabar"

    "Kau nak suruh aku sabar macam mana..tunang aku cedera disebabkan dia"

      "Awak jangan..saya baik sahaja ni.."

     "Baik apa!!!Kalau muka kau mengerut-ngerut menahan kesakitan!!"

     "Saya baik sahaja ni..jangan risau"

   Richard tidak mengendahkan kata-kata Agnese lalu cuba untuk menikam makhluk itu.Percubaan pertama tak menjadi,percubaan kedua pun tak menjadi,ketiga,keempat dan kelima pun tak menjadi.

     Kesabaran Richard sudah mula menipis dan tanpa dirinya sedar..badanya mula mengeluarkan cahaya berwarna emas di sekitarnya.Apakah??

     Mereka yang lain terpegun sebelum mereka tersedar yang Richard sedang menyerang makhluk itu dengan agresif.

     "Abang sedarlah..ini bukan diri abang!!"

    Makhluk Occamy itu semakin keletihan sebelum dirinya tumbang angkara libasan pedang Richard yang tidak berhenti malah berkali-kali asakkan yang diberi.

  









   Done

#TBC❤️

King Of Ice And Miss CinderellaWhere stories live. Discover now