"Keeya,Harlene,Lydia"kata Agnese membangungkan mereka sambil membuka tirai bilik tidur itu.
"Dah pagi ke kak??"
"Dah,Lydia."
Kelihatan Keeya dan Harlene memisat-misatkan mata mereka berdua..
"Sudah-sudah bangun..kita dah nak pergi ni.."
Kata Richard yang baru menjelma di depan pintu.
"Alah tak boleh lewat lagi ke abang??"
"Itulah aku tak nak bawa orang..sebab banyak orang akan menyusahkan.."
"Yalah,yalah..itu pun nak marah"
"Pergi mandi cepat..kalau lambat..tinggal"
Mendengar ugutan daripada Richard itu..mereka pun lalu bergegas menyiapkan diri..Kan dah kena terkam dengan harimau.
°°°°°°°°°°°°
"Terima kasih sebab tumpangkan kami sehari disini"
"Takpelah Richard..kamu semua pun kawan kepada Aryaan..lagipun korang sudah ayahanda anggap sebagai anak sendiri..maklumlah anak hanya seorang."
Mereka mendengar kata-kata Raja Sywarrior itu berasa lega kerana kunjungan mengejut mereka diterima dan dialu-alukan dengan mesra dan terbuka.
"Dan ayahanda nak pesan kepada semua jaga diri dan jangan lupa semangat setia kawan tu penting untuk berjaya..Aryaan juga jangan lupa awak tu tidak lama akan ditabalkan sebagai Putera Mahkota..jangan jadi budak-budak setiap masa"
"Haish..apa ni ayahanda..cakap macam tu kan anakanda..tak baik kan bonda??"
"Betulah apa ayahanda tu cakap..anakanda tu bukan budak-budak lagi,dah boleh jadi ayah budak"
"Macam mana nak jadi ayah budak..calon pun tiada apatah lagi nak kahwin"
"Siapa cakap kau tiada??"kata Liam dan Hunter serentak sambil tersengih-sengih.. Adalah tu..
"Siapa??"
"Lydia!!!"
"Oi..hantu korang!!Kecik besor kecik besor aku tengok korang ni!!"
"Kau samakan kami dengan hantu!!"
"Betulah korang kan hodoh macam hantu!!"
"Cehh!!"
Agnese,Keeya dan Harlene hanya tersengih-sengih manakala Richard hanya menayangkan muka bekunya.
"Sudahlah tu.."
"Huh..dengar tu..dah-dah tu..nanti sambung gaduh ..sekarang ni kamu semua perlu teruskan perjalanan ..sebab korang perlu redah satu lagi hutan iaitu Hutan Wind.Setibanya kamu semua sudah tiba di hutan itu..kamu semua hendaklah berhati-hati,sebab tersalah langkah kamu semua akan disedut ke dalam gua"
"Apa!!"
"Betul cakap ayahanda Aryaan itu..saya rasa kita perlu berhati-hati dan paling penting kita jangan takut dan berani menempuhi apa yang berlaku sepanjang perjalanan kita nanti"kata Richard dengan yakin kepada kawan-kawanya supaya mereka tidak berputus asa.
"Sebelum kamu semua pergi..ayahanda nak cakap sesuatu secara bersendirian dengan anakanda Richard"
Richard yang mendengar itu lalu mengikuti langkah Raja Sywarrior itu.
"Apa yang ingin tuanku katakan?"
"Aryaan sudah beritahu tugas dirinya menjaga keselamatan anakanda??"
"Tidak faham??Kenapa tuanku menghantar anakanda tuanku menjaga Richard sedangkan tugas anakanda tuanku adalah menguruskan hal kerajaan disini??"
"Sebenarnya..bukan sahaja anakanda sahaja yang dijaganya tetapi menjaga pedang yang dijaga disitu..Anakanda pasti tahu tentang "Sword Slash" kan??
"Bonda sudah ceritakan semuanya..yang ayahanda tuanku pun sama berjuang dengan datuk saya masa itu..tapi tidak hairan lah,kalau tuanku menyuruh Aryaan ke Kerajaan Valtoria dan kalau berkaitan dengan saya..saya memang tak tahu kenapa keselamatan saya perlu dijaga"
"Ada sebab kenapa anakanda perlu dijaga...tapi sekarang bukan masa yang sesuai nak menceritakan pasal ni..tapi ada satu benda yang anakanda perlu tahu...pak cik kamu,Liones..ada seorang anak lelaki dan dia juga merupakan Raja Alam Kegelapan..jadi,ayahanda harap kamu semua berhati-hati dan satu lagi..lindungi tunangmu.memang dirinya dari dunia lain..tapi dia mempunyai nyawa yang sama denganmu..jadi lindungi dirinya baik-baik.."
"Baiklah,tuanku..kalau macam itu..kami minta izin untuk pergi sekarang"
"Hati-hati!!"
°°°°°°°°°°°°°
"Aku nak kita singgah dahulu dekat kedai yang jual ubat"
"Kau nak beli apa dekat kedai ubat??"tanya Aryaan dekat Richard yang kelihatan serius daripada biasa.
"Cari herba yang dapat menyembuhkan luka dengan segera dan apa herba-herba yang berguna..yang lain beli minuman dan makanan"
"Baiklah!!"
Mereka pun segera membeli barang yang diperlukan oleh mereka dalam perjalanan nanti.
Selesai mereka membeli barang yang diperlukan..mereka mula meneruskan perjalanan ke Hutan Wind sebelum sampai di Hutan Wonderland..
Sewaktu mereka dalam perjalanan...Tiba-tiba,Harlene berhenti sehingga membuatkan yang lain memandang hairan ke arahnya.
Harlene tidak mengendahkan pandangan mereka,namun dirinya melangkah dekat ke arah sekuntum bunga sebelum memetiknya dan dia pun memetik tiga kuntum bunga yang sama jenis.
"Bunga apa yang kau petik tu??"tanya Keeya ke arah Harlene yang sedang memegang empat kuntum bunga bersamanya.
"Nama bunga ini ialah Argeline.Bunga ni boleh menghilangkan racun di dalam badan dan boleh merawat luka.Bunga ni istimewa sebab dia susah untuk dijumpai"
"Ohh..kalau macam itu..kenapa kau boleh jumpai"
"Tak tahu...saya pun pelik..macam mana bunga ada di sekitar hutan ni"
"Pelik..tapi mungkin kita dapat lihat bunga ni..sebab dia mungkin akan berguna untuk kita nanti"kata Liam.
Dan tanpa mereka sedari,cincin yang dipakai oleh Agnese bercahaya yang hanya perasan adalah Richard seorang sahaja yang melihat.
"Kenapa kita berdua perlu dijaga..aku dijaga oleh Aryaan dan kau perlu dijaga oleh aku..Siapakah kamu sebenarnya dan apa yang dirahsiakan oleh bonda dan ayahanda Aryaan daripadaku...Aku begitu kusut memikirkan semua ini...Agnese adakah kau sebenarnya gadis yang bersatu dengan nyawaku atau tepat lagi pemegang nyawa keduaku yang telah ditetapkan masa aku berumur 10 tahun dahulu kerana itukah Raja Sywarrior itu.. kata kau berkongsi nyawa dengan ku??kata hati Richard sambil matanya memandang ke arah Agnese.
#Saspen ke??
Done
#TBC❤️
YOU ARE READING
King Of Ice And Miss Cinderella
Fantasy" Richard Sanchez Javiero" atau Raja dari Kerajaan Valtoria.Dikenali dengan sikapnya yang pemurah dan sikap yang sering mengambil berat tentang rakyatnya.Berwajah tampan dan perwatakannya dingin menambah lagi ketertarikkan dirinya. "Agnese Hayden "g...