Chapter 32

341 22 0
                                    


    "Yeahh!!Saya dah kembali..home my home!!"jerit jejaka itu sambil terlompat-lompat

      "Apahal dengan Aryaan tu..hilang tabiat ke??"

      "Kita sekarang dekat Hutan Knight"

      "Apa kaitan home dengan Hutan Knight untuk Aryaan sampai dia jadi macam itu??"

      "Serius lah kau,Hunter..kau tak tahu Aryaan tu Putera Kerajaan di Hutan Knight??"tanya Liam kepada Hunter yang jelas terpinga-pinga.

      Empat gadis di belakang mereka jelas terkejut dengan kenyataan itu..Dah kenapa dengan mereka ni??

     "Aku pelik lah..kenapa kau tak tinggal dekat kerajaan sendiri?"tanya Lydia.
   
     "Aku disuruh ayahanda aku menjaga keselamatan Richard"

      "Huh!!Tapi kenapa??"

      "Sebab dia aku tak tahu..nak tanya..tanyalah dia nanti"

     "Cehh!!"

   Dan mereka pun meneruskan perjalanan ke Kerajaan Sywarrior.

°°°°°°°°°°°°

     "Wow..cantiknya..kerajaan ni!!"kata Agnese sambil terlompat-lompat..

    Again!!

   (Kerajaan Sywarrior)

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

   (Kerajaan Sywarrior)

     Richard yang melihat terlatah Agnese hanya beriak kosong.

Aku rasa kerajaan Valtoria cantik lagi!!

      "Apa yang kita perlu buat sekarang Aryaan??"

     "Kita terus menuju ke istana!!"

    Sepanjang dalam perjalanan mereka ke istana..ramai rakyat disitu menundukkan kepala ke arah Aryaan.Aryaan hanya menayangkan senyuman mesra kepada rakyat jelatanya.

     Sesampainya mereka di istana,pengawal istana lalu mengepung mereka..mana tak nya..dah putera mereka pakai topeng..mana kenal..

     "Siapa kamu semua??Dan apa tujuan kamu ke istana??"

     "Kami ingin bertemu dengan Raja Kerajaan Sywarrior"

      "Adakah tuanku tahu tentang ini??"

      "Tak"

      "Kalau begitu jawabnya..kamu semua tidak dibenarkan masuk"

      Mendengar itu,Aryaan lalu menanggalkan topengnya.

   "Perlukah seorang anak meminta izin untuk bertemu dengan ayahnya??"

    "Ttuu..an putera!!"kata pengawal istana itu dengan tergagap-gagap ...Patutlah suara macam kenal..Tuan putera rupanya..

     "Tuan putera boleh masuk..tapi siapa yang bersama dengan tuan putera ini??"

      "Kawan-kawan"kata Aryaan sambil melangkah masuk ke dalam istana.

      "Wow..macam ni perangai kau dekat kerajaan kau yee??Serius..haha"

      "Aku hempuk kau karang..takkan kau nak main-main dalam menguruskan urusan kerajaan..agak-agaklah"

      Liam dan Hunter yang mendengar ayat yang keluar daripada mulut Aryaan lalu berhenti ketawa.Betul-betul serius tu.

       Sebaik mereka melangkah masuk ke  dalam istana..mereka agak terpegun dengan rekaan di dalam istana itu.Sedang mereka terpegun dengan persekitaran dalaman istana itu..tiba-tiba...

      "Anakanda!!"

     "Ayahanda,bonda"

   Kelihatan ibu dan ayah Aryaan berlari lalu memeluk anak mereka yang sudah lama tidak pulang ke kerajaan dan menjalankan tanggungjawab sebagai putera.

     "Kenapa anakanda tidak memberitahu yang anakanda akan pulang??"

      "Sebenarnya anakanda bukan pulang tapi hanya singgah sebentar disini dan anakanda pun bukan keseorangan"

      Mendengar penjelasan daripada Aryaan,mereka berdua pun lalu memandang ke arah belakang Aryaan..dan kelihatan tiga jejaka serta empat gadis disitu.

      "Raja Valtoria pun ada disini..bagaimana perjalanan tuanku ke sini tadi??"

       "Baik-baik sahaja dan jangan berbahasa formal ..panggil nama pun tak apa..lagipun kita sama pegang gelaran Raja kan??"

       "Betul juga...kalau begitu..beta gelar diri sebagai ayahanda kepada kamu"

      Mereka yang lain mendengar perbualan itu hanya menayangkan muka menyampah.. Berlagak nampak!!

      "Puteri Lydia pun ada ikut sekali"

       "Lydia ingin mengenali tentang hutan..itulah yang ikut serta tu"

      "Jadi yang semua ni..siapa..kalau yang bertiga ni..bonda tahu..Keeya,Harlene dan Hunter"

      "Err..saya Liam,sebagai kawan kepada Raja Valtoria"kata Liam dengan menyorokkan identiti sebenar dia sebagai penyiasat upahan..demi keselamatan sebenarnya.

       "Dan saya.."

      "Agnese Hayden..tunang kepada Raja Valtoria"

      "Errr..macam mana..ttuan.."

     "Panggil bonda sayang"

     "Macam mana bonda tahu??"

     "Semua orang dah tahu..maaf bonda dan tuanku tak dapat hadir ke majlis tersebut.."

       "Tidak apa..bonda"

      "Sopan santun orangnya..patut Richard cepat-cepat mengikat pujaan hati dengan melangsungkan pertunangan dengan segera"

       Agnese yang mendengar itu tersipu malu..

       "Kalau macam itu..marilah kita makan..banyak makanan yang dimasak oleh tukang masak tadi..macam-macam tahu..ada tetamu nak datang"kata permasuri kerajaan Sywarrior itu lalu mempelawa mereka ke meja makan..








Done

#TBC❤️

  

King Of Ice And Miss CinderellaWhere stories live. Discover now