PROLOG

5.8K 89 2
                                    

💠💠💠💠💠

🌸Kan Ku Cinta Kau Sampai Syurga🌸

💠💠💠💠💠

"Gol!!"

Haura menarik senyuman nipis. Tangan ditepuk berkali-kali sambil matanya tak lepas dari memerhati raut wajah lelaki yang sering menjadi pujaan hatinya dalam diam. Haura menggeleng kepala perlahan apabila dia tersedar akan sikap yang dianggap tak senonoh itu.

"Astaghfirullah.. apalah. Kalau abi tahu aku sibuk usya lelaki, habislah telinga aku kena bebel." Ujarnya perlahan.

"Usya siapa, ha? Elelele... dah pandai dah ustazah kita ni ya?" Tegur seorang gadis yang baru melabuhkan punggungnya di tempat sebelah kanan Haura.

"Siapa lagi? 'Dia' tulah." Sampuk seorang lagi gadis yang juga turut melabuhkan punggung di tempat sebelah kiri Haura. Tangan menghulurkan gelas minuman kepada Haura. Haura tersenyum malu sambil tangannya mencapai gelas berisi air lemon itu.

"Ala, kau ni Rara. Kalau suka tu cakap jelah. Nanti aku sampaikan dekat dia memandangkan... aku ni..-"

"Ila! Janganlah!!" Marah Haura sambil jarinya mencubit lengan kawannya yang bernama Daerila itu.

Gadis di sebelah kiri yang bernama Nureen hanya tergelak kuat tak ingat dunia. Daerila turut ikut ketawa. Kalau dua orang ni bergabung tawa, suara bising penonton pun boleh kalah teruk.

"Relakslah, Rara. Aku cuma nak rapatkan kau dengan abang aku tu je." Ujar Daerila selepas tawanya reda.

"Ila!! Bencilah kau ni! Mulut tu tak boleh ke cakap lagi kuat?" Marah Haura separa berbisik.

Agak geram apabila suara Daerila kuat menutur sehingga ada yang menoleh memandang mereka. Siapa yang tak kenal Daerila? Gadis tersohor dan abangnya juga tersohor. Kalau diucapnya kuat begitu, tidakkah kantoi Haura menyimpan perasaan terhadap abang teman karibnya itu?

"Boleh. Haura suka abang aku!!" Jerit Daerila lebih kuat sehingga semakin ramai pelajar berdekatan mereka menoleh. Haura menampar-nampar lengan Daerila kuat. Nureen pula sudah tergolek-golek di tanah akibat ketawa yang melampau.

"Jahat! Tak baiklah kau ni..!" Jerit Haura geram. Mukanya sudah pun naik merah kerana terlampau malu.

"Bukan dia dengar pun. Tu, dia tengah sibuk main tu." Balas Daerila selamba. Air minumannya dihirup.

"Tah. Lagipun, kita duduk seat paling jauh kut. Aku yang mata empat ni pun tak nampak satu habuk pun crush kau tu." Sambut Nureen pula. Haura mencebik sedih.

"Tak sempat. Dah kena rampas dengan peminat abang kau Ila." Jawab Haura dengan nada sedih.

"Alololo.. siannya kau. Takpe, takpe. Hari ni, nak tak kau datang rumah aku? Kita lepak bertiga. Alang-alang tu bolehlah kau usya abang aku puas-puas." Cadang Daerila. Kononnya bernas.

"Laa, kau ni Ila. Takkan kau tak kenal parents Rara ni macam mana orangnya. Tegas. Diorang tahu dalam rumah kau tu ada lelaki. Bukan je abang kau. Kawan-kawan abang kau pun ramai datang lepak sana kan? Confirmlah bapak Si Rara ni awal-awal lagi tak izinkan." Sampuk Nureen yang sedang asyik merenung padang memerhatikan seseorang.

Haura mengangguk laju. Betul tu betul. Dia tak nafikan. Bapanya sangat tegas dalam menjaga pergaulannya dengan para ajnabi. Nak membeli pun kalau boleh dia akan suruh adik lelaki Haura.

Daerila mencebik.

"Ala, tapi aku nak sangat kau datang rumah aku. Cuti sem dah dekat. Takkan tak boleh? Sekejap je pun. Selalunya Reen yang lepak dengan aku. Kali ni aku nak kau pun ada, Ra."

【C】 KAN KUTUNGGU CINTAMU SAMPAI MATIWhere stories live. Discover now