Wargh! Penculikan apakah ini?!
💠💠💠💠💠
"Opah!!!"
Puan Malaiqa tergeleng-geleng kepala melihat anak gadisnya. Masuk dapur pun boleh riuh sekampung.
"Pelan-pelanlah. Haa.." Opah memasukkan seekor lagi ikan ke dalam kuali. Daerila menyorok di belakang opah.
Haura yang berada di meja makan memotong sayur hanya tersenyum manis.
Dari jauh, Dariel tersenyum merenung Haura yang sedang tekun memotong. Dagunya ditongkat sambil matanya tak lepas dari merenung isterinya. Senyuman Haura, lirik mata Haura, rambut lembut Haura, wajah manis Haura, badan Haura. Semuanya sempurna.
'Haii.. dia dah jadi milik aku. Sepenuhnya hak aku.' Dariel tersengih. Sempat matanya mendarat pada anggota badan Haura yang berdiri membelakanginya.
Rindu pula dia nak bermanja dengan Haura. Haih, bila nak malam ni? Tak sabar dah dia.
"Aii? Dah angau dengan isteri sendiri ke?"
Dariel tersentak. Terus dipandangnya tok wan dan Encik Daim yang sedang bermain chess di meja kopi di hadapan televisyen.
"Dah mula sayang bini ke?" Sindir Encik Daim lagi. Matanya fokus ke papan chess.
Dariel berdehem kecil sebelum dia membetulkan duduknya. Alat kawalan televisyen ditekan membuka channel kegemarannya.
"Siapa je tak sayang bini, pa." Balasnya perlahan. Ego.
"Ada. Kamu tulah."
Dariel mencebik. Agak-agaklah nak menyindir pun. Dia sayang bini lah. Dia sayang Haura.
"Meh makan dulu." Puan Malaiqa meletakkan sepinggan kuih di atas meja. Daerila juga mengangkut dulang minuman petang.
"Makan dulu meh."
"Tak boleh. Nanti laki kamu ni main tipu." Jawab tok wan yang masih fokus.
Encik Daim mencebik. Takde makna dia mahu main tipu. Padahal bapa mertuanya ini yang selalu gunakan helah untuk tipu dia.
Kemudian, tok wan mencicip teh buatan anak perempuannya. Dariel tersengih.
"Tok wan, papa tukar position tok wan."
Laju tok wan merenung papan chess sebelum dia memandang pula Encik Daim yang riaknya tak bersalah.
"Kamu main tipu?"
"Eh, mana ada. Dariel ni mengarut."
Dariel tergelak.
"Oo, kamu nak salah kan boy pula? Mana? Kamu tukar yang mana? Yang ni kan?"
"Eh.. jangan yang tu ayah. Kalahlah saya nanti ayah tukar yang tu."
"Ah, takde, takde. Ayah pasti kamu tukar yang ni." Terus ditukarnya tempat Encik Dain dari berada di tempat strategik.
"Bertuah kamu Dariel!" Marah Encik Daim naik geram. Dariel tergelak nakal. Dari dulu dia suka usik papanya dengan tok wan.
"Argh! Boleh kalah saya macam ni, yah."
Tok wan tersenyum sinis.
"Huh. Padanlah. Siapa suruh tak pandai main?"
Dariel tersengih. Dia mengerling ke opah, Daerila dan Puan Malaiqa yang sedang berbual. Mana Haura?
Dariel mengerling ke dapur. Haura masih di dapur. Dariel tersengih. Laju dia bangun lalu berjalan ke dapur tanpa disedari mereka yang lain.
Tiba di dapur, dia memerhati Haura yang sedang menunduk memeriksa bahan basah dalam peti sejuk. Dariel tersenyum nakal.
YOU ARE READING
【C】 KAN KUTUNGGU CINTAMU SAMPAI MATI
Romance※COMPLETED※ ¦ In Editing ¦ «......» KAN KUTUNGGU CINTAMU SAMPAI MATI . . . Tengku Haura Imani. Gadis yang diajar ilmu agama yang cukup oleh ibubapanya sepanjang dia hidup di atas muka bumi Allah SWT. Walaupun dia diajar untuk tidak bercinta, tetapi...