• Usikan Manja •

1.7K 61 0
                                    

"Urhh.. takde makna saya nak angkat awak. Dah lah berat. Memang taklah."

💠💠💠💠💠

Bibirnya yang sudah sedia merah disapu lipbalm berwarna jernih bagi melembabkan bibirnya agar sentiasa lembap. Bibir dirapatkan beberapa kali untuk meratakan cairan lipbalm itu.

Selendang yang tersarung di kepala dikemaskan. Akhir sekali, badan ditilik atas bawah. Setelah berpuas hati, Daerila melangkah keluar dari bilik. Kakinya diangkat laju menuruni anak tangga.

"Ha, baby. Dah ready? Tak gabra?" Tegur Puan Malaiqa yang sedang menghidang sarapan di meja.

"Ready! Gabralah jugak. Nak jumpa bos baru, kawan baru. Tapi apa-apapun baby akan buat yang terbaik sampai bos baby sayang nak buang baby. Lagipun, baby dah tak nak kerja dekat tempat lama tu. Geli geleman." Jawab Daerila sambil berjalan ke arah meja makan. Kuih dicubit sedikit.

"Em, mama pun risau kalau baby terus bekerja kat situ. Tak naklah mama menantu tua berbini empat." Sahut Puan Malaiqa sambil menyusun pinggan di atas meja.

"Ee.. mama ingat baby nak ke? Baby ni hari-hari nak muntah tau. Tapi tulah. Nasib bos." Kutuk Daerila yang berdiri di sebelah mamanya. Tangan dihulur kepada Puan Malaiqa.

"Baby pergi dulu lah ya, ma." Belakang tangan Puan Malaiqa dicium.

"Aik? Tak breakfast dulu ke?" Tanya Puan Malaiqa. Agak-agaklah nak teruja sangat pun budak ni.

"Tak. First day ni kena jadi budak baik. Bersemangat datang awal." Jawab Daerila sambil tersengih. Pipi Puan Malaiqa pula dicium kasih.

"Hey. Tak breakfast nanti masuk angin pulak perut tu."

"Takpe. Baby breakfast dekat kafe hospital. Okeylah, ma. Assalamualaikum. Kirim salam sayang dekat papa. Bye!" Daerila terus berlari anak keluar dari rumah. Bersemangat!

♥♥♥♥♥

Ting! Dariel membuka telefonnya memaparkan skrin. Tertera nama Haura menghantar mesej.

Haura Imani
Awak balik tak lunch ni? Saya ada masak udang goreng sambal.

Me
Awak makan jelah. Saya makan dekat kafe je. Malas nak balik.

Haura Imani
Kenapa? Saya masak banyak ni.

Dariel mengeluh berat.

"Tak faham bahasa betullah kau ni." Dariel meninggalkan bluetick sebelum menekan butang tutup. Serta merta skrin menjadi gelap. Telefon diletak di sebelah komputer. Fail kembali dibelek. Nafas panjang dihela.

Helai demi helai dibelek satu persatu. Tetapi, entah kenapa satu perkataan pun tak dapat masuk dalam kepala. Otaknya tak boleh proses ayat yang tertera pada kertas.

Ting!

Matanya dikerling sekilas merenung skrin telefonnya yang bercahaya. Kelihatan Haura mesejnya lagi.

Haura Imani
Awak memang tak nak balik ke?

Dariel kembali fokus membaca fail kes. Malas dia mahu melayan.

Ting!

"Ish. Apa lagi dia ni? Kes nak aku rasa serba salah lah ni." Getusnya perlahan. Geram pula dia dari tadi mesej dari isterinya asyik masuk saja.

Haura Imani
Okeylah. Saya faham. Nanti malam jelah kita makan sama-sama, ya? Saya tak nak makan sorang-sorang.

Dariel senyap sebentar. 'Ah. Suka hati dialah. Malas aku nak layan.' Bisik hati kecilnya.

【C】 KAN KUTUNGGU CINTAMU SAMPAI MATIWhere stories live. Discover now