• Perkahwinan Idaman •

1.9K 72 1
                                    

"Your hand, please?"

💠💠💠💠💠

Sebulan kemudian

Berus kecil diletak ke atas meja lalu wajah bersih Haura ditilik lama. Nureen di sebelah sudah bersiul nakal.

"Wow. Bidadari mana ni?" Pujinya perlahan. Haura hanya tertunduk malu di hadapan cermin.

"Cantiknya kawan aku ni." Puji Daerila pula.

"Tapi, sayanglah. Aku nak kau kahwin dengan Abang Ila." Kata Nureen perlahan. Bahu Nureen terus ditampar kuat oleh Daerila.

"Apa kau ni? Janganlah cakap macam tu. Aku tahu ada yang lagi baik dari abang aku tu. Percaya cakap aku, lelaki pilihan ummi dengan abi kau ni yang paling terbaik." Kata Daerila bersemangat sambil mengusap bahu Haura.

Haura membalas pandangan Daerila melalui pantulan cermin. "Dia datang tak?"

Daerila dan Nurin saling berpandangan. Masing-masing sudah beriak cuak.

"Er, aku paksa dia datang. Ehehehe."

"Dia ada lah?"

"Ada. Kat bawah."

Haura mengeluh. Matanya keras melihat berus-berus di atas meja.

"Kenapa, Rara?"

"Aku kalau boleh tak nak dia datang. Nanti dari tengok suami sendiri, tertengok dia pulak. Tak eloklah macam tu. Tak baik." Ujarnya serba salah. Kesian bakal suaminya itu.

Daerila dan Nurin tersenyum penuh makna. Memang kau akan tengok dialah lepas ni!

"Ala, takpe. Kau try lupakan dia slowly eh? In Syaa Allah kau boleh, babe." Bahu Haura dipegang lembut oleh Nureen.

Tiba-tiba, pintu bilik diketuk sebelum ianya dibuka dari luar. Kelihatan wajah Puan Ibtisam sedang tersenyum memandang anak perempuannya.

"Dah siap? Jom, turun. Pengantin lelaki dah sampai. Jom." Tangan Haura ditarik.

"Takpe, auntie. Biar kami yang bawak Haura turun." Celah Daerila laju. Puan Ibtisam tersenyum.

"Yalah. Cepat sikit ya? Semua dah tunggu tu."

Mereka bertiga mengangguk. Tangan kanan Haura dipegang Daerila manakala tangan kiri dipegang Nureen. Masing-masing memimpin Haura turun dari tangga. Semua mata di situ sudah tertancap pada pengantin perempuan termasuk Dariel yang sudah duduk di hadapan tok kadi.

Haura perlahan-lahan melabuhkan punggung di atas sofa pelapik. Wajahnya tunduk tidak mahu memandang suami. Takut jika dia terpandang Dariel, boleh luluh jantungnya. Mata dipejam rapat. Dia mesti lupakan Dariel dan belajar untuk mencintai suami yang bakal menjadi pasangan sehidup sematinya.

"Boleh kita mulakan?"

"Ya."

Tangan Dariel digamit oleh Encik Habib.

"Megat Dariel Mikael."

"Saya."

Mendengar sahaja nama itu, Haura segera menegakkan kepalanya. Bagaikan mimpi, lelaki yang bakal menjadi suaminya ialah Dariel! Wajah Daerila di sebelah dipandang dengan mata terbuka luas.

"Ila!!" Jeritnya kuat. Terkejut tok kadi dibuatnya. Masing-masing memandang Haura pelik termasuk Dariel yang berada tidak jauh darinya. Haura pantas menunduk. Lengan Daerila di sebelah sudah dicubit perlahan.

"Apa semua ni?" Marah Haura dengan nada suara yang sudah mebgendur. Daerila dan Nureen sudah terkekek-kekek ketawa puas.

"Hari ni kan birthday kau. Aku nak kasi surprise besar dan bermakna. Barulah kau akan ingat sampai bila-bila. Hahaha!" Daerila semakin galak ketawa. Bergabung pula dengan Nureen yang turut ikut ketawa besar.

【C】 KAN KUTUNGGU CINTAMU SAMPAI MATIWhere stories live. Discover now