• Amaran •

1.7K 64 0
                                    

"Jangan sampai terlambat untuk kau dapatkan hati Haura sebab perangai suka menangkan ego kau ni."

💠💠💠💠💠

Haura mengelap peluh di hadapan pemanggang. Hidung ditutup rapat apabila asap menghala ke arahnya. Matanya juga sudah berair.

Tiba-tiba, tangannya dipaut. Haura menoleh ke sebelah.

"Sini. Saya pula. Awak pergi masuk." Arah Dariel dengan suara yang perlahan tanpa memandang Haura.

Haura tersenyum.

"Terima-"

"Saya tolong sebab saya bosan. Bukan apa sangat pun. Jangan nak perasan pula cakap yang saya kesian dekat awak ni." Potongnya pantas. Tak mahu disalah anggap oleh Haura.

Haura tergelak kecil sambil mengangguk.

"Terima kasih, my adorable lovely hubby! Nanti saya buatkan air jus untuk awak." Haura terus berlari ke pondok tempat mereka semua berkumpul.

Dariel mencebik. Adorable Lovely hubby? Tch.

"Oo, jadi macam tu rupanya kau layan Haura."

Dariel senyap. Dengar suara saja dia sudah tahu siapa. Haidar berdiri di sebelahnya yang sedang memanggang daging kambing.

"Huh. Nasib aku lelaki."

Dariel menjeling.

"Apa yang lelaki? Apa yang kau tahu? Kalau kau tak tahu apa-apa, zip mulut kau." Balas Dariel tanpa menoleh.

"Riel. Aku lelaki. Kau lelaki. Kita berdua lelaki. Lelaki dewasa yang cukup faham pasal hati dan perasaan. Setiap tingkah laku kau pada Haura, aku boleh nampak apa sebenarnya yang kau fikir." Ujar Haidar tenang menuturkan kata-kata.

Dariel menoleh dengan keningnya yang bertaut.

"Kau jangan nak berlagak tahu semua bendalah. Kau ni dari dulu lagi berlagak. Sebab tu, aku tak pernah puas hati dengan kau."

Haidar mencebik.

"Well, kali ni aku rasa aku tak berlagak. Kenyataan. Kau pun tahu aku ada sixth sense pasal perasaan-perasaan macam ni kan? Mata aku boleh menembusi masuk dalam jantung kau. Tapi, aku malaslah nak bagitahu kau apa perasaan kau pada Haura sebab aku nak kau sedar sendiri." Haidar memalingkan badannya menghadap Dariel.

"Tapi, Riel. Satu je aku nak bagitahu kau. Jangan sampai terlambat untuk kau dapatkan hati Haura sebab perangai suka menangkan ego kau ni. Jangan sampai Haura sendiri dah tawar hati dengan kau." Senyuman penuh sinis dipamer.

"Kau tak pernah nampak Haura marah kan? I mean, the real of 'marah'." Haidar tersenyum.

"Masa tu, duduk sebilik dengan kau pun dia tak ingin." Nafas ditarik panjang sambil mata merenung Haura yang sedang mencangkung di tepi semak. Entah apa yang dia buat.

"Aku malaslah nak cakap lebih-lebih. Sebab tu hal kau suami isteri. Kalau kena pun kau. But when that time comes, jangan cakap aku tak pesan."

Dariel menjeling. Entah kenapa kata-kata pesanan penaja yang sedikit berbaur ugutan itu membuat dia rasa gelisah. Benarkah selama ni dia ego saja? Ego tak mahu mengaku bahawa dia sudah...

Dariel menggeleng kepala perlahan. Tak mungkin. Dia tak percaya. Mata dikerling memandang Haidar yang sedang tersenyum sinis memandangnya.

"Stop cakap pasal aku. Kau." Jari dihala tepat ke wajah Haidar.

"Kau ingat aku tak nampak apa yang kau cuba buat dekat Daerila?"

"Buat apa? Mengurat?"

"Aku bagi warning dekat kau eh. Kau jangan kacau adik aku." Katanya tegas memberi amaran.

【C】 KAN KUTUNGGU CINTAMU SAMPAI MATIWhere stories live. Discover now